Photobucket
Showing posts with label Affan. Show all posts
Showing posts with label Affan. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Cabut gigi

Buat pertama kali buat anak sulong cabut gigi susu yang tak salin yang baru.Ini telah menyebabkan dua batang telah tubuh dibelakang gigi susu.Sebelum gigi baru makin membesar ,langkah awal baik cabut sahaja gigi susu tersebut.Dental clinic Saleha menjadi pilihan yang berdekatan dengan rumah.
Dr tengah memeriksa sebahagian gigi Affan .Ada tiga batang gigi susu yang akan dicabut.Untuk kali ini hanya 2 batang dahulu dicabut dan sebatang lagi minggu depan.Alhamdulillah Affan takder rasa sakit dan menangis.
Muka menahan sakit  dan darah keluar.Untuk mempercepatkan darah berhenti Dr. nasihatkan makan ais-cream

Friday, January 18, 2013

Bantuan Sekolah RM100



Hari ini pergi sekolah anak untuk ambil duit bantuan sekolah sebanyak RM100.Alhamdulillah bolehlah beli apa yang patut untuk anak nanti.
Anak sekolah sesi petang,waktu yang diberi adalah dari jam 2 hingga 4 petang.So kena datang awal sebab nak kena kerja semula.

Saturday, January 5, 2013

Hari Pertama Persekolahan

Hari pertama persekolahan buat Affan dan Aiman.
Aiman begitu semangat sekali nak ke sekolah sebab nak naik van sekolah.
Semoga anak-anak semua belajar rajin-rajin dan berjaya.

Tuesday, December 18, 2012

Persiapan ke sekolah

 Kini Ibubapa mula sibuk dalam  menyediakan persiapan sekolah anak-anak yang tak lama lagi akan di buka. Alhamdulillah dah selesai 90% persiapan kecuali untuk sekolah agama sahaja.
 Ini gambaran di KOOP sekolah yang penuh dengan buku-buku dan kelengkapan persekolahan yang bakal di buka tak lama lagi.Anakda bakal memasuki darjah dua untuk tahun 2013.Semoga pelajarannya bertambah baik dari tahun sebelumnya.

Friday, November 16, 2012

Birthday Affan

 Makan pizza sempena birthday affan yang ke 7.Semoga menjadi anak yang baik. 
Dapat percuma set kanak-kanak jika belanja rm 20 ke atas.



Thursday, October 18, 2012

Expo Konvo UPM

 ingin melakukan flying fox buat pertama kali.Bayaran hanya RM4 seorang,



Saturday, June 30, 2012

Sukan Tahunan Sek.keb.

Hari ini adalah hari sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma.Anakda Usman Affan terlibat dalam 2 acara. Hanya satu acara telah mendapat tempat pertama.

Yang tak seronoknya anakda yang dapat tempat pertama tidak dapat hadiah gara-gara kesilapan guru dalam proses penyampaian hadiah.Mak ayah yang menonton dari jauh bukan main bagi sokongan buat anak-anaknya untuk menang.Anak-anak dah bising dengan kata-kata "apalah cikgu ni dapat no 1 tak dapat hadiah".

Adalah beberapa keluarga dari kumpulan tersebut telah bertanyakan guru berkenaan kes ini.Akhirnya dia mintak maaf di atas kesilapannya..dan akan bagi waktu sekolah nanti .......tak seronoklah budak tu.....kalau mak bapak tak bertanya...mesti cikgu buat senyap jer....

oklah.....tengok gambolah plok



Sunday, December 25, 2011

Sekolah

Hari ni pergi beli kelengkapan anak untuk tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik kesuma.

Untuk tahun 1 ada 8 kelas.Dalam 1 kelas tu ada 40 orang murid....perhhhh ramainya.....Jenuh cikgu nak layan.

Sunday, November 20, 2011

Konvo Tadika


Konvo tadika anak pada 19 Nov 2011 sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar.Jom layan beberapa gambar
Penyampaian Sijil dan persembahan Tadika Mimos diadakan diAudiorium Dr.Tengku mohd Azman






Tuesday, November 15, 2011

Birthday Usman Affan

Sambutan birthday anakda Usman Affan di Bandar Baru Bangi pada malam kelahirannya.
Ini adalah untuk meraikan dan bagi beliau rasa happy sahaja.
Menu utama adalah KFC dan disertakan dengan kek coklat Angry birds.
Rupa kek Angry Birds
acara memotong kek
post dulu bebudak ni
adik yg duduk kusyuk makan jelly
birthday boy tgh makan kek

Thursday, August 11, 2011

Pengesahan sekolah

Semalam buat pengesahan sekolah untuk anak tahun satu tahun depan.Nasib baik Q 3 orang sahaja waktu tu.

Pengesahan ini dibuka sepanjang bulan ogas dimana pihak sekolah ada menghantar surat ke rumah.Dalam bulan 12 nanti akan diadakan sesi orientasi dan peperiksaan untuk tentukan kelas.

Sekarang dah buka fail peribadi murid ,ingatkan pihak sekolah bagi FREE ,rupanya kena beli sendiri di koperasi …..harganya boleh tahan juga……

Selamat menduduki tahun satu buat Usman Affan.



Tuesday, August 2, 2011

puasa


Semalam Usman Affan berjaya puasa sampai pukul 5 petang w/pun tak bersahur.Agak-agak hari ni boleh tahan ke tidak sbb malam td bersahur.....
Tahniah.....1st time belajar puasa

Monday, July 25, 2011

Deman lagi

Dari malam semalam Affan kembali deman disebabkan petang itu bermain panas dengan adiknya.Dah lah baru 2 hari baik….kini demannya kembali lagi….Untuk kali ini suhunya lain macam sikit ,di mana asyik maintance 39D ++ jer ,…….memang

Susah nak turun ke 38++…….Walaupun dah masuk ubat buntut pada jam 2 pagi suhunya masih sama juga……

Pada jam 6:30am sempatlah jumpa DR dekat klinik……dah kena masuk ubat buntut sekali lagi…..still sama juga hinggalah ke tengahari……..memang tak bermaya melihat keadaannya….nasib baiklah nak minum dan makan.

Keadaannya berlarutan hingga ke petang barulah suhunya turun….alhamdulillah….kalau tak malamnya kenalah ambil darah.

Thursday, July 21, 2011

Affan Deman

Hari ini dah masuk 3 hari Usman Affan tak ke sekolah di sebabkan deman dan cirit.Adiknya Umran Adam pun sama deman.

So terpaksa cuti hari ni untuk menjaganya.Yang kesian semalam tinggalkan Affan di rumah pengasuh yang terpaksa mencuci cirit yang tak sempat ke toilet.Habis semua seluar yang dibekalkan kena cirit dan terpaksa pakai seluar adiknya ......

Buat masa sekarang nampaknya kedua-duanya macam dah okey......
Harap-harap besok bolehlah pergi ke sekolah.

Friday, July 1, 2011

Lawatan

Lawatan Tadika ke Petrosains dan Aquaria KLCC




Monday, January 3, 2011

Di persekolahan

Selamat Tahun Baru 2011.
Hari ini bermulalah anak no 2 bersekolah di tadika.Umar Aiman berumur 4 tahun bersama abangnya 6 tahun.Bukan main seronok dapat pakai pakaian sekolah baru dan semangat baru.
Semoga berjaya.

Thursday, December 9, 2010