Photobucket
Showing posts with label Jalan jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan jalan cari makan. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Mee Udang Mak Jah Wangsa Walk

 Mee Udang Mak Jah yang terletak di Wangsa Walk Wangsa Maju Kuala Lumpur.Ini  1st time rasa selepas dengar cerita dari kawan-kawan yang pernah makan  di sana.Makanannya memang best dan puas hati.Kedudukan kedainya adalah satu baris dengan Maybank di hujung sekali.
Mee udang biasa yang di order,memang penuh dengan udang sahaja...harganya memang berpatutan iaitu RM8 semangkuk
Ni nasi goreng udang,selak nasi jumpa udang....

Monday, July 1, 2013

Restoran Nasi Arab Saba

Restoran Nasi Arab Saba yang baru dibuka di Bandar Rinching sebelum Pelangi Semenyih2.Restoran ini maybe cawangan baru yang top di Cyberjaya kalau tak silap.First time try sempena birthday......
lamb kabsah....memang best
chicken mandy


licin tu....lapar ke....apa ni

Majlis Kenduri Doa Selamat & menyambut ramadhan

 Majlis jemputan dari rakan EOCM di Perumahan Awam Sri Johor,Cheras KL.Sebanyak 9 buah Jelopy berkonvoi ketempat kejadian untuk menikmati lunch time yang bermula dari jam 12pm hingga 4pm.
Bro sham yang tengah sedap makan bersama family.
Semua ni tengah kekenyangan dan ada TT borak-borak kejap sebelum berangkat pulang.

Cendol Rojak Fasa 4 Bandar Baru bangi

 Lokasi tempat rojak dan cendol adalah di Bandar Baru Bangi fasa 4 tambahan.Jika anda dari Jalan reko menghala ke PKNS,sebelum traffic light sebelah kiri di bawah pokok.Anda akan lihat ramai orang yang berbaris menunggu giliran masing-masing.
Pengunjung tengah menikmati makanan yang dipesan dan kadang-kadang memang terpaksa Q tempat duduk pun ada....gara-gara penuh.
Menikmati ABC dan cendol
Layan rojak mee dan rojak biasa jer,,
Kalau nak diikutkan dengan ramainya orang yang berkunjung disitu disebabkan apa,itu pun tak pasti.Nak kata terlampau sedap sangat tak jugak biasa-biasa sahaja...maybe lokasi jualannya kot.....

Untuk pengetahuan semua ada satu lagi lokasi cendol yang best iaitu cendol sawit yang terletak di Bandar Tasik kesuma.Kedai ini pun boleh tahan jugak ramainya macam di fasa 4 tambahan ni.

Tuesday, May 14, 2013

Rumah Makan Cibiuk


Lokasi rumah makan cibiuk terletak di Taman Putra Kajang, Selangor bersebelahan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.Jika dari Semenyih melalui Highway SILK sebelum tol sg.ramal dah nampak belah kiri.Dekat sini ada satu exit betul-betul berdekatan dengan kedainya.
Ini adalah sebuah restoran berasaskan makanan Sunda telah dimana  nama diberi bersempena dengan sebuah nama tempat di Jawa Barat, Indonesia.
Layanan yang diberikan memang cukup sopan sekali dan memang terbaik sekali

Ini yang paling best buat cuci mulut...


Cheesy Burger Bakar

Cheesy Burger bakar yang terletak di sek. 7 Bandar Baru Bangi berhampiran sup urat keting.Harganya agak murah berbanding burger bakar di tempat lain.
Ini senarai harga burger bakar mengikut citarasa pilihan anda
Burger tengah bakar.
Inilah hasilnya....hanya bungkus sahaja..memang sedap....

Tuesday, March 26, 2013

Restoran Arabian House, Seksyen 7 Bangi

Lunch dengan Family di Restoran Arabian House.Kedai ni boleh dikatakan baru jer bukak.....Jika kita dari Semenyih melalui Highway Silk,dimana ada satu exit sebelum tol sg.ramal.....disitu lah kedainya....Dari Highway dah nampak kedai tersebut.
Arabian House Restaurant
Nasi kabsah lamb ...memang sedap
Ni kebab ayam

Wednesday, March 20, 2013

Umai D'Lakes Cafe Putrajaya

Jalan-jalan di Purtajaya sambil minum petang di Umai D'Lakes Cafe Putrajaya berhampiran Millennium Monument Putrajaya.
Antara menu yang di order
Deretan air ....arhhhhh dahaganya
Roti Jala memang sedap dengan gulai ayam
Bubur Jagung kepunyaan Aiman dan Affan
View di waktu petang time makan...kelihatan matahari nak melabuhkan tirainya
photo sebelum singgah di Umai D'Lakes Cafe Putrajaya......
Jalan-jalan di Millennium Monument Putrajaya. dulu

Wednesday, February 27, 2013

Sup Tulang Janda Baik Sg.Besi



Sup tulang janda baik terletak di sg.besi berhampiran lapangan terbang sg.besi.Yang tahu ni,dari rakan-rakan duduk sembang pasal makan dan juga pernah keluar dalan JJCM.Itu yang membuatkan nak test rasa.
Memang meletop sup tulangnya dan daging  pun banyak.Nak kena repeat lagi ni.



Thursday, February 14, 2013

Ikan celup Tepung

Pekena ikan celop tepung di belakang airport Kuala Terengganu,Sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan dimana banyak gerai makan yang baru wujud.Suasana pun dah lain,boleh dikatakan sepanjang jalan penuh dengan kenderaan....ini mengalahkan pantai batu buruk.
Tunjuk 3 ekor dulu...agak mahal ikan kembong RM4 seekor.....nasib baiklah bersaiz besar.
hahhahah...dah tinggal sedikit  sotong celop tepung...baru nak snap gambo.....
tu dia tinggal rangka sahaja setelah dikerjakan,

Wednesday, February 13, 2013

Satar Kemaman

Sempena cuti Hari Wilayah bebaru ni sempatlah balik kampung di Terengganu.Ontheway balik tak lupa singgah di geliga Kemaman,pekena satar dan otak-otak.Untuk pemgetahuan kedai yang biasa beli dulu dah tak sedap macam biasa.Saiznya dah kecil jauh sekali bezanya
 Ada satu kedai di bawah pokok,yang ni memang best dan terbaik.Sempatlah singgah waktu nak balik ke KL
Pada cuti raya cina naklah  singgah sekali lagi,tapi hampe kedai tutup.So hanya singgah kedai sebelah sahaja.Kebetulan kedai tersebut ada juga menjual satar.
Menu lain pun ada  termasuklah nasi minyak,nasi lemal,nasi dagang dan macam-macam lagi.
Inilah nasi minyak yang di order......rasanya not bad oklah.....
Ni nasi lemak,anak yang order.....ikannya lain sikit iaitu ikan rebus,nasib baik sambal sedap.