Photobucket
Showing posts with label Kereta/DIY. Show all posts
Showing posts with label Kereta/DIY. Show all posts

Friday, April 6, 2012

TT Korek idung

TT berlangsung di Pajam diketuai oleh Hassan Pajam bersama pomen zamri .Acara berlangsung di bawah pokok manggis yang redup.
Pesawat-peswat yang mendarat di Pajam untuk dikerjakan oleh Zamri pomen.

Pesawat EOCM505,EOCM850,EOCM 503 dan EOCM 1111 menanti satu persatu akan dibuat oleh Zamri pomen.
Mann70 sibuk plak main handdy....tahulah dapat setting chennel baru 3G...hehhehhe
Usar enjin ezam yang ada leaking minyak itam sebelah kiri.Pomen zamri cas RM20 jer bukak top cover enjin dan seal balik gasket serta cuci sekali....berbaloi-baloi....
Baju belang-belang tulah zamri pomen yang tengah buat kerjanya.
Dari hasil yang dapat memang berpuas hati.....bab kata YB Terbaik wooooookkkkk.Memang rezeki dia sebab dah ramai ahli EOCM datang untuk membuatnya.

Friday, December 9, 2011

Exora apa ini?

Exora versi apa ni,siap ada disk belakang tu....adakah turbo atau sebaliknya.Nampaknya ada lagi perubahan terhadap rim,memang cun.Bahagian lampu belakang tu perhhhhhh kalau dapat menarik nie

Wednesday, October 19, 2011

Rim Kriss

ada sesiapa berminat.....nak tolak murah2 jer....

Thursday, October 6, 2011

DIYsmoke headlamps exora







TT smoke di Desa Pinggiran Putra
Tengah barai bumper


Tengah barai bumper

semua headlamps dah di buka


Monday, September 26, 2011

SAMBUTAN MERDEKA RAYA BUKIT FRASER 2011

Pada 24 Sep 2011 sebanyak 80 ++ biji exora club telah mendaki bukit Fraser dlm sambutan merdeka raya.




Monday, August 15, 2011

DIY rak Oven

Akhirnya jumpa juga cara nak mencantikkan tempat dan susun oven aku ni.Barang tersebut dijumpai dengan search melalui google dimana boleh di dapati di IKEA Damansara.
Ini contoh cara lekat di dinding......gambar dari ikea
Microwave yang telah siap di letak......gambar dari ikea

Dan ini gambar yang telah aku DIY semalam.

kereta ku di cium

Minggu lepas hari khamis kereta aku dah di cium oleh mat motor berhadapan Uni. Ten.yang tengah jem.Mat motor tersebut tak reti cilok ke apa....habis bumper aku di sondolnya.

keaadaan bumper yang renggang semasa kejadian
tempat mat motor cium bumper

Monday, May 23, 2011

update pasal absober

Salam,pasal pertukaran absober kereta akhirnya selesai jua sabtu bebaru ni,setelah macam-macam halangan.
Apa yang didengari (krak..krak...krakkk)waktu memandu dalam 20km terjawap......rupa-rupanya absober bermasalah.Barulah best memandu.......

Tuesday, May 10, 2011

Visor Waja


Akhirnya terjual juga visor waja aku hari ni setelah iklan di mudah.my.Walaupun sebelum ni ramai yang bertanya dan mahukannya dengan SMSDalam seminggu senyap macam tu jer tanpa callling2 atau sms..Siapa cepat dia dapat …..dan t.hari tadi perjumpaan di TPM dalam urusan jual beli.......kasi murah-murah jer.Terima kasih pada pembeli tersebut.......

Monday, January 31, 2011

Tayar & Sport Rim

Hari minggu baru ni singgah kedai tayar.Apa lagi.....nak tukar tayar barulah....yang sudah botak dan makan tepi......kebetulan hari tu ramai plak orang...almaklumlah dah nak raya cina agaknya.......so ramailah yang ambil kesempatan servis kereta untuk balik kampung.

Sementara menunggu my turn dan siap sepenuhnya...acara cuci-cuci mata sport rimlah dulu.Kedai ni boleh tahan jugak banyak rim yang ada.....harga taklah tanya plak....meh kita lihat 3 photo rim mangkuk untuk tatapan pembaca blog.


Tuesday, May 4, 2010

Tukar minyak hitam


Hari ni sempat jugak tukar minyak hitam kereta bersama oil filter dan air filter yang sekian lama tertangguh.Minyak hitam hanya guna yang biasa sahaja iaitu Petronas Mach 5 .Jumlah keseluruhannya hanya RM70 dan hanya DIY sendiri.

Total KM dah cecah 121,000KM sepatutnya perlu tukar pada 116,000KM lagi....
Nasib baiklah minyak hitam ok lagi...

Wednesday, April 7, 2010

DIY -Lantai Tandas bocor


Sebelum ini tandas ke 2 bahagian atas telah mengalami kebocoran atau lelehan air pada bahagian tepi dinding selepas digunakan terutamanya mandi. Ini disebabkan oleh waterproof yang tak cukup masa membuatnya masa dahulu.Anggaran untuk dibaiki semula mengikut kontraktor adalah dalam RM1500. Ini termasuklah memecahkan balik tiles yang sedia ada dan menampal balik simen bancuhan bersama waterproof.

Kejadian serupa ini juga telah terjadi pada rumah sepupu aku dimana kes yang sama dengan aku. Dia telah meminta kontraktor Indonesia membuatnya. Caranya tak perlu pecahkan tiles tersebut mengikut kata Indo.Just hanya korek balik antara tiles to tiles itu sahaja.Dengan cerita dari sepupu aku itu telah membuatkan aku meng DIY kan sendiri tandas rumah aku.So berapa banyak save yang telah aku perolehi.

Aku hanya beli simen biasa dan simen gam 1 kg bagi kedua-duanya dengan nilai RM2.00. Waterproof aku dah ada,iaitu balance masa renovation bahagian bawah.
So modal aku hanya RM2.00 sahaja.Mula-mula aku korek antara tiles tersebut. Keesokknya barulah aku simen dan biarkan 2 hari untuk keras betul-betul.
Selepas itu bolehlah test.....hasilnya memuaskan.

Sunday, April 4, 2010

DIY atap

Acara memasang atap baru dimana ada kesan pecah yang sedia ada.Ini telah menyebabkan basah di dalam bilik anak aku jika waktu hujan lebat.Memandangkan hari cuti nilah boleh aku panjat ikut syiling untuk tukar.Sebelum ni hanya pakai tape sahaja....itu pun ada bocor juga untuk sementara.
Ini gambar yang aku dah buka sekeping atap yang pecah....tu dia nampak langit membiru.
Rupa atap yang pecah...

Monday, February 8, 2010

DIY lagi

Acara DIY skirting depan yang telah tanggal belah kanan.
Ini disebabkan naik divider tak lepas dan telah sagat....aduhai...
Lokasi kejadian berhampiran gelangan tenis di tempat kerja.

Rupa skirting yang tanggal

Peralatannya

Hasilnya

Gara-gara sagat disebabkan parking tiada....terpaksalah cilok dekat sub station nak park kereta.....waktu tu nak hantar anak ke tadika.
Laluan ke tadika dah tidak dibenarkan masuk......entah kenapa aku pun tak tahu....mesti ada kes ni.....ataupun ramai sangat ambil
kesempatan parking terus kereta di sepanjang jalan ke tadika tu....dan susah nak buat pusingan balik......

Friday, January 22, 2010

DIY lagi

Acara DIY mengecat pintu selepas renovation rumah.Ini disebabkan ada sedikit kesan simen yang percik
ke pintu dan juga sedikit cat.Jika basuh menggunakan air sabun pun tak berapa puas hati kesannya.
Nasib baiklah ada balance cat yang lama dalam store,so bolehlah aku DIY.
Aku hanya membeli berus cat serta minyak thinner sahaja yang bermodalkan RM5.
Step pertama:bersihkan permukaan pintu dari segala habuk dan juga kesan simen/cat yang melekat.
step kedua:gunakan sand paper untuk melicinkan permukaan pintu bagi menampakkan kesan kilauan cat.
step ketiga:bolehlah apply cat(jenis meranti) dengan menggunkana berus.

Peralatan yang diperlukan

Hasilnya seperti gambar dibawah;

Sebelum cat

Hasilnya

Tuesday, January 19, 2010

Barang-barang Ikea

Barang-barang Ikea dalam perancangan nak jual sebab dah tak pakai setelah mempunyai Kitchen Cabinet.
Antaranya adalah seperti gambar dibawah.....

1.Rak pinggan


Kod Rak pinggan


2.Rak botol


Kod Rak botol



3.Rak penutup periuk


SOLD OUT ITEM 1 AND 2


Monday, November 30, 2009

New fashion & decoration combinative sticking paper

Acara DIY sticking paper di dinding rumah.
Corak stiker mempunyai pelbagai rupa bentuk,dimana sesuai untuk bahagian bilik tidur, tandas,ruang menonton,tingkap dan sebagainya.
Kita bolehlah menyesuaikan corak yang dipilih untuk dihias


Dua contoh corak sticker paper

Pemasangannya adalah senang kerana caranya telah disediakan atau mengikut idea sendiri. Jika salah atau silap pemasangan dan ingin membukanya semula tidak ada masalah cat tanggal pada dinding tersebut.

sebahagian telah ditampal.

Tengoklah anak-anak pun sibuk untuk membantu menampal sticker paper pada dinding
rumah.Hanya bagi anak-anak menampal untuk sticker yang kecil-kecil sahaja.
Ada sesetengah tu kena betulkan balik disebabkan terlampau rapat antara satu sama lain.


Inilah rupa sticker paper yang telah siap dipasang pada dinding rumah.Hasilnya memang memuaskan dan berbaloi dengan harganya.