Photobucket
Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

FM

FM terbaru:Marilah sama-sama mencuci mata buat seketika   


                                                                                       

Sunday, January 9, 2011

New Collection Frigle Magnet



Koleksi terbaru FM hasil pemberian kawan-kawan dan sanak saudara yang berjalan ke destinasi tersebut.Terima kasih.







Tuesday, September 28, 2010

Akuarium-

Sekarang terpaksa setup baru akuarium setelah pengasuh anak telah mengambil kembali ikan catfish yang dipancingnya.Dalam beberapa minggu jugaklah akuarium kosong tanpa bunyian air yang jatuh dimana tenang dibuatnya....umpama berada di air terjun.....
Ini adalah ikan patin yang dibeli dengan harga RM0.80 seekor.Anggaran saiz dalam 3 inci.Selain itu ada ikan lampam,ikan sepat,ikan jelawat,udang dan 2 jenis lagi apa ke namanya.
Beberapa pokok menghiasi akuarium supaya nampak lagi lawa di mata dan sedap dipandang.

salah seekor udang yang dibela....memang asyik gaduh sahaja sesama dia.

Tuesday, July 13, 2010

noodles station

Makan di noodles station Metro point Kajang selepas bermain bowling.Ini adalah untuk test lane sebelum perlawanan sebenar bermula dan juga bola baru.




Ini lah menu yang aku order.....nasi goreng tomyam

Thursday, July 1, 2010

Bola Bowling

Kini aku telah memiliki bola bowling sendiri yang berjenama Tzone yang beratnya 11.6 lbs.Aku membelinya di Endah Parade Sri Petaling.
Ini adalah sebahagian daripada bola yang dipamerkan untuk di jual kepada pelanggan.Pelbagai jenama yang dijual dan harganya mengikut jenis bola bowling tersebut.
Sedang megukur lubang jari yang sesuai untuk ditebuk.Yang mengukur rasanya pemain Malaysia,sebabnya rasa macam pernah tengok dalam TV.
Sedang melakukan testing balingan selepas tebuk lubang....memang terbaik.
Ini tengah melakukan acara testing bola bowling baru 4 Frame RM10...tetapi hanya jam 10:00am sampai 13:00m sahaja.

wow boleh tahan jugak resultnya
Ini panel yang diperlukan untuk apa-apa keadaan yag diperlukan

Saturday, June 19, 2010

Fridge Magnet



Salam buat pembaca my blog.Kini tibanya update terbaru Fridge magnet yang dapat dari kawan-kawan.
Bukit Gambang Water Park
Korea
Langkawi

Vietnam

Germany

Thursday, May 13, 2010

FM

Kuching
Langkawi
Londan

Terima kasih kepada yang beri FM seperti atas.

Saturday, April 17, 2010

Red tail Catfish


Akhirnya terjawap juga apa nama ikan yang dipostkan sebelum ini iaitu "Red tail Catfish".Asalnya dari South America dan kebanyakkannya di Amazon.Jika di sana saiznya adalah setinggi oarang dan rupaya begitu menakutkan.

Friday, April 16, 2010

Nama apa ikan ini?

Kepada kaki pancing dan kaki kedai aquarium apa nama sebenar ikan ini.Ini hasil pemberian pengasuh anak aku yang memancing.Ikan ini aku pernah tengok di kedai aquarium tapi nama sebenarnya tidak diketahui.Memang lawa ikan hiasan ini.....jika harga dekat kedai memang mahal untuk anak kecil.



Wednesday, April 14, 2010

Deco tikar santai



Keadaan dalam bilik anak nampak suram jer disebabkan tiada hiasan ....so marilah Idea.."Deco tikar santai" menjadi hiasan dinding.Nasib baik sesuai dengan warna bilik tersebut.

Banyak lagi design-design yang menarik dan ini salah satu pilihan aku.Tikar ini dari sarawak dibeli di persint 9 Putrajaya.Sesiapa yang ada kelapangan bolehlah berjalan dan membeli belah disana pada setiap ahad.

Thursday, March 25, 2010

Kamera

Photo semasa di kedai Bintang Maju

Camera? dah ada hp punya 3.2 megapixel ...
compact pun ada 2.5 megapixel.
Compact ni seusia perkahwinan aku...
masih lagi elok walaupun menjadi permainan anak-anak.
Sekarang jika zooming ambil gambar kadang-kadang tu, dah tak berapa
sharp gambarnya....tapi dalam keadaan biasa masih cun melecun.

Kini terasa jugak ingin memiliki model SLR yang
kini menjadi pilihan pengguna. Tapi tepuk poket,mengatakan relex dulu....hehhehehhe...
Insyaallah jika ada rezeki adalah tu....
Model apa...Sony...Canon...Nikon....semuanya menarik.....

Model camera dah banyak keluaran terbaru dan megapixel pun makin
meningkat.......so makin bermutulah hasil photo tu nanti....

Tunggu!!!!!!

Friday, February 19, 2010

Fridge Magnet

Update fridge magnet terbaru yang baru dapat.
Sesiapa yang kaki kumpul FM tu....meh cuci mata...hehhehe

semuanya terdiri dari Dubai,vietnam,Oman,Sabah dan Sarawak






Tuesday, January 19, 2010

Guppy


Setelah sebulan aquarium sepi tanpa isinya,tapi kini kembali menyeri kembali dan menceriakan suasana sekeliling.
Aku sekarang beralih peliharaan ikan lampam ke ikan guppy.Buat permulaan hanya 12 ekor sahaja dahulu.
Dari masa kesemasa aku akan tambah lagi jenis guppy yang berlainan jika rajin berjalan-jalan ke kedai ikan.

Monday, November 30, 2009

FM update

FM update…

Dapat beberapa FM terbaru dari wife aku hasil pemberian kawan-kawannya dan juga beliau sendiri. Bagi sesiapa yang kaki buat koleksi bolehlah kongsi-kongsi FM ye…hehehheh…

Sekarang kalau nak kumpul pun yang “jatuh tak pecah “,almaklumlah anak-anak semuanya lelaki….faham-faham jelah…tak gitu Bro Kash….

Bahagian atas pintu peti ais dah penuh rupanya.

So kini bermula tampalan bahagian bawah plak.Harap-harap anak-anak tak buat main.Kalau dia main pun hanya yang mereka minat sahaja….nak-nak ada upin ipin ni.





Geng Upin Ipin
Dah penuh sebahagian pintu bahagian atas

Friday, November 20, 2009

Ikan lampam dalam kenangan

Bebaru ini berakhirnya binatang peliharaan aku iaitu ikan lampam yang telah mati kesemuanya. Ikan bandaraya yang kebal pun turut mati juga.Punca kejadian tidak diketahui.Tetapi sebelum ikan mati dia buat tak nak makan hampir satu minggu.......
Ini gara-gara lepas bagi makan anak udang.
Maybe itu puncanya.......

Tapi sekarang aku ada bela lain....iaitu turtle..hehhehheheh
lagi senang,tak payah bagi makan....hehehheheh

gambar turtle..hehehhe


gambar lama dalam kenangan

Tuesday, July 7, 2009

FM terbaru

sila tengok photonya yer di bawah

Friday, February 20, 2009

Projek ternakan ikan keli kanvas


Hasil tangan aku yang baru 50% siap.(tempat pembersihan air)

Projek ini adalah jiran sebelah punya,aku hanya menolong menyiapkan kolam pembersihan air sahaja.
Sekarang tunggu air di paras PH yang sesuai untuk melepaskan anak ikan keli sahaja.


Kanvas sudah dipasang panjannya dalam 15 kaki dan lebar dalam 8 kaki
Anggaran dalam 2 ribu ekor buat permulaan.
semoga berjaya....dan bolehlah rasa