Photobucket
Showing posts with label Selera Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Selera Terengganu. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Sotong sumbat pulut

Pada hari minggu bebaru ni ada pergi Pasar Semenyih.Ini adalah rutin hari minggu mencari lauk-lauk untuk di masak.Harga ikan pasar Semenyih boleh dikatakan murahlah jugak dan ikannya segar -segar belaka.

Masa duduk pilih ikan terpandanglah sotong besar.Dalam kepala dah fikir dah..kalau buat sotong  sumbat pulut  menarik jugak ni....almaklumlah dah lama tak makan,Adalah ambik dalam 6 ekor dengan harga RM12.

Photo dibawah adalah hasil sotong sumbat. pulut

Sunday, July 1, 2012

Rojak buah stor


Inilah buah stor yang akan dibuat rojak.Jikalau makan macam tu, pun sedap.Buah stor ni agak susah nak dapat masa kini.Ini kebetulan ke pasar tani ternampak makcik menjualnya.Itu yang mari idea nak buat rojak. 

Inilah hasilnya.Nak sedap lagi boleh  makan bersama keropok keping.


Tuesday, June 26, 2012

Mek comel


mek comel
 
Makanan tradisional Terengganu.....resepinya mudah je
Mungkin dah ramai yg tahu membuatnya

Bahan - bahannya:
  • Ubi Keledek ( kat trg keledek dinamakan Ubi Stele
  • Tepung gandum - secukupnya
  • gula
  • minyak masak utk menggoreng
Cara - caranya:
  1. Keledek direbus dan dipenyek. Berapa byk keledek tu, dok kisah…ada yg wak2 butir jer…....itupun byk gak dapat kuih mek comel ni...
  2. Selepas tu masukkan tpg gandum sedikit demi sedikit sehingga dpt doh yg diingini....kalau boleh jgn byk sangat buh tpg nanti dok rasa ubi plok....cukup boleh dibentuk, stoplah .
  3. Kemudian bulat2kan doh tadi dan masukkan gula ke dlm setiap doh tadi....slps tu bujurkan...dan bolehlah digoreng....
  4. Ingat!...dlm adunan tadi jgn sekali2 ditambah air...


Friday, June 15, 2012

Buah Gajus/jambu golok.ketereh




Buah Gajus  aka jambu golok aka buah tere….semua orang panggil.Kalau dekat KL ni susah nak jumpa buah ni…..kalau ada pun dekat pasar tani macam tu.
Bebaru ni sempat kirim dari kampong untuk di masak lemak……bestnya.
Inilah hasil masakannya...nyum...nyummm.....

Saturday, June 9, 2012

satar ikan

Satar ikan homemade yang telah dihasilkan untuk buat kali pertama.
Hanya bakar dalam oven sahaja......nak pakai dapur arang malas.Rasanya tak sesedap jika bakar dapur arang.Apa-apa pun memang puas hatilah.
ini rupa yang telah masak dan siap untuk dimakan.

Monday, April 9, 2012

Nasi Dagang


Nasi dagang ikan ayer Terengganu di pasar malam Jenaris Kajang.Rasanya memang puas hati dengan harganya.Ini tahu dari rakan kenalan baru yang juga asalnya dari Ganu.Nanti boleh cuba masakan lain pulok iaitu nasi minyak,nasi lemak ikan dan juga nasi kerabu dan tak lupa laksang.

Tuesday, January 3, 2012

Bubur Asyura

Bebaru ni ada buat sedikit bubur asyura recipe ganu kite di rumah.Lepas siap bolehlah agihkan ke rumah sanak saudara yang duduk berdekatan.

Keadaan nasi yang belum diletakkan rempah....kasi hancur dulu beras tu.rupa asyura yang hampir nak masak

Inilah hasilnya untuk dibahagikan kepada sanak saudara dan teman-teman.

Sunday, October 23, 2011

Nasi dagang

Pagi ni makan Nasi daganglah plok....sempena Ganu boleh pergi peringkat akhir piala Malaysia

rupa kukusan yang dah siap masak nasi....

inilah hasil nasi dagangnya...cukup2 untuk 6 orang makan

lauk ikan ayer yang terbaik terutamanya kepala

dah siap sedia menjamu selera bersama keluarga

Tuesday, August 9, 2011

Nekbat

Nekbat terkenal pada bulan puasa di pantai timur dimakan waktu berbuka puasa.Ni rupa nekbat yang belum dimasak,rupanya macam bahulu tapi tawar jika dimakan macam tu.

Dapat bekalan nekbat dari kampung….hanya masak sahaja….best best best……Jika cari nekbat di pasar ramadhan di sini susah dan jika ada pun tak sedap seperti yang dikehendaki.


Wednesday, July 27, 2011

Karipap


Balik kerja hari ni pulun buat karipap 200 biji, disebabkan ada pelanggan nak sesangat untuk acara pagi esok katanya.Nasib baiklah ada inti dalam 2 kilo lebih.Pelanggan tak jauh mana dari rumah,so senanglah nak menghantarnya.Selesai membuat adalah dalam jam 9.30pm dan jam 10.00pm hantar.
Pada minggu ni nampaknya kena siapkan apa yang diminta oleh pelanggan sebaik mungkin sebelum masuk bulan ramadhan.

Thursday, June 30, 2011

Nasi Dagang daun pisang

Lama tak makan nasi dagang beralaskan daun pisang (kelongsong) yang terkenal di Terengganu.

Friday, April 22, 2011

Sunday, January 9, 2011

Pulut Lepe


Hari ni menu selera Terengganu dengan dengan pulut lepa ikan.Gambo kat atah sebelum bakor....puah hati ah makang....sebab susoh ngat cari alik KL nie....

Saturday, January 8, 2011

Nasi kapit sambal nyiur


Hari ni dapat makan nasi kapit sambal nyiur hasil tangan my wife.Dah berapa tahun lamanya tak merasai inti tersebut.Kalau di KL ni memang tak pernah jumpa.Jika zaman sekolah dahulu memang selalulah makan dimana membeli di pasar chabang 3.
Bahan utama untuk sambal tersebut ialah ikan+nyiur dll.