Photobucket
Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Bateri kereta

Setalah genap 2 tahun berhidmat akhirnya berakhir disini sahaja walaupun pakai jumper dan try topup air bateri tiada ada tanda-tanda bateri tersebut di cas semula.
Ini adalah bateri kering....biasa dengar kering tak semestinya tiada air bateri....rupa-rupanya ada macam biasa.Gambar kat atas adalah lepas tuang air bateri.Selepas jumper oklah.biarkan dalam 30 minit running  bateri tersebut tak cas langsung.off on suis kembali kong.Ada member dah dekat nak kong dia sempat topup bateri dan boleh guna kembali dah hampir 1 tahun.
Jumper dilakukan
Ini adalaaha bateri baru dengan kerugian RM250berjenama panasonic
Bateri lama tokey kedai ambik RM20

Wednesday, October 31, 2012

Calar


Apa perasaan anda bila kereta anda dilakukan macam ni?
Perrrhhh PANAS membara kan.
Kita menjagakan bagai nak rak…..ada plak kutu yang duduk gatal
tangan melakukannya….
Kalau dapat tahulah langit tinggi rendah……
Kejadian berlaku masa pergi makan tengahari dan park kereta seberang jalan kedai makan.

Wednesday, October 17, 2012

On wheel belancing

 Membuat on wheel belancing secara manual di kedai Continental Permaisuri.Hasil kerjanya  memang memuaskan.Harga belancing mengikut saiz rim,untuk rim 18" ni dia ambil RM28 jer.


Wednesday, June 13, 2012

Tips Penjagaan GearBox


Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda   mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan   pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda   boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita   dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda   rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya  bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

Monday, May 28, 2012

VW Polo

Nak beli tak mampu....ambik gambar cukuplah...hehhehee....
Ni kereta member yang baru dapat minggu lepas....
.....hanya teman  P ambik kereta dekat Sungai Besi.
Dalamam dan luaran yang menarik....
Padanlah dengan harganya.....
Jika nak yang menarik lagi model Golf...perh......lagi Best....
Harganya pun best.....

Tahniah dengan kereta baru bro....

Monday, April 9, 2012

TT Bowling Amal

TT bowling Amal telah berlangsung di Selayang Mall di bawah jajahan Ganas.
Crew 3G hanya hantar 2 team sahaja memandangkan ramai yang ada kerja .
Untuk keputusan: salah satu team crew 3G telah berjaya menduduki tempat ke-3 dengan jatuhan pin sebanyak 1000 ++.Dan salah seorang crew 3G menjadi johan ketegori individu.


acara memanas badan sebelum lontaran sebenar



Friday, April 6, 2012

TT Korek idung

TT berlangsung di Pajam diketuai oleh Hassan Pajam bersama pomen zamri .Acara berlangsung di bawah pokok manggis yang redup.
Pesawat-peswat yang mendarat di Pajam untuk dikerjakan oleh Zamri pomen.

Pesawat EOCM505,EOCM850,EOCM 503 dan EOCM 1111 menanti satu persatu akan dibuat oleh Zamri pomen.
Mann70 sibuk plak main handdy....tahulah dapat setting chennel baru 3G...hehhehhe
Usar enjin ezam yang ada leaking minyak itam sebelah kiri.Pomen zamri cas RM20 jer bukak top cover enjin dan seal balik gasket serta cuci sekali....berbaloi-baloi....
Baju belang-belang tulah zamri pomen yang tengah buat kerjanya.
Dari hasil yang dapat memang berpuas hati.....bab kata YB Terbaik wooooookkkkk.Memang rezeki dia sebab dah ramai ahli EOCM datang untuk membuatnya.

Wednesday, April 4, 2012

TT Jemputan SSC Motosport

Konvoi start dari Awan Besar ke Taman Equen Park,dimana bermacam-macam kelab kereta terlibat,salah satunya adalah exora club.Exora kelab dapat menhantar sebanyak 12 buah sahaja,sebab ahli-ahli lain terlibat dalam aktiviti lain.
Pit stop pertama di LLM Petronas Uniten sebelum konvoi ke Hentian Awan Besar pada jam 1830pm.
Konvoi mula bergerak ke Hentian Awan Besar melalui susur keluar UPM dan masuk Highway Plus.Lepas tol sg.besi diteruskan lagi melalui highway Kesas sehinggalah sampai ke destinasi yang ditujui.

bergambar beramai-ramai di hentian rehat awan besar





Tuesday, March 6, 2012

TT serang










Konvoi EON 4S

Tajuk : Konvoi EON 4S Lembah Klang
Tujuan : Konvoi 200 buah pesawat ke majlis perasmian pembukaan EON 4S
di Jalan Chan Show Lin bersama Menteri Pengangkutan
Tarikh : 03 Mac 2012 ( Sabtu )
Tempat : EON HQ Glenmarie, No 2, Persiaran Kerjaya
Berkumpul Taman Perindustrian Glenmarie, Seksyen U1
Shah Alam, Selangor
Masa : 08.30 pagi
Masuk : Percuma
Pakaian : T-shirt rasmi hijau/hitam EOCM
Pesawat : EOCM 100 buah + PROSBOC 100 buah











Friday, February 17, 2012

TT Familia 3G

TT Familia telah dirancang oleh geng 3G pada mulanya di Tasik Permaisuri Cheras. Pertukaran ke Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi adalah tiada incharge ahli dari sana nak usar lokasinya.

Sebanyak 23 biji exora berjaya ber TT + Pot luck



Friday, February 3, 2012

Rumah Amal Anak Yatim YPIN,Kg.Sungai Manggis,Banting.

Program Rumah Amal Anak Yatim YPIN di kampung Sg.Manggis Banting,Selangor.
yang dihadiri oleh exorian dari sekitar CR.
Tahniah diucapkan buat semua kerana berjaya menjayakan program tersebut.