Photobucket
Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Selamat Tahun Baru 2013 buat semua pembaca blog.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Monday, July 16, 2012

Boss Pencen

 Hari makan-makan sempena boss production yang dah nak retire bebaru ni.Ini adalah salah satu gift buat boss sempena persaraannya.
Nak buat benda alah ni pun last minute bagitahu....so ini ajerlah hasilnya dimana sebelum 30 minit berlangsungnya acara.
 keesokkannya buat baru yang lebih elok untuk digantikan dengan yang kosong tu.

Wednesday, June 20, 2012

Happy Mother/father day

Terima Kasih buat anakda Umar Aiman yang telah memberi hadiah  ucapan hari ibu dan hari bapa bebaru ini.Di harap Umar belajar rajin-rajin dan menjadi seorang yang berguna dan taat kepada perintah Allah.


Thursday, June 14, 2012

Tahniah Yeng

Terima berita gembira dari adik bongsu yang bakal menjadi ayah tak lama lagi.Alhamdulillah bertambahlah anak saudara.Harap-harap dapat perempuan amin.
Tapi aku apa kurangnya ,sama ajer....aku pun harap girl juga....3 orang dah hero ni......InsyaAllah awal tahun hadapan.

Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul s.a.w

Assalamualaikum umat Islam semua,

Salam Maulidur Rasul buat umat Islam semua..

Rasul Junjungan Rasul Mulia, Jadikanlah Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh dan teladan yg baik dan idola kita semua..wassalam..

Saturday, November 5, 2011

Selamat Eidul Adha


Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban buat pembaca blog kami.

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran kepada semua muslimin dan muslimat. Hari ni 17 Ogos 2011 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1432H adalah hari ulangtahun turunnya kitab suci Al-Quran ke muka bumi ini kepada Nabi Muhammad S.A.W pada malam Jumaat, tahun ke-41 selepas keputeraan baginda.. Di hari yang mulia ini bersama-samalah kita mememilihara kesucian al-Quran ini.. Pada yang bercuti.. Selamat bercuti :) ~KL kerja hari ni..

Tuesday, August 2, 2011

puasa


Semalam Usman Affan berjaya puasa sampai pukul 5 petang w/pun tak bersahur.Agak-agak hari ni boleh tahan ke tidak sbb malam td bersahur.....
Tahniah.....1st time belajar puasa

Monday, May 16, 2011

16 May Hari Guru


Selamat Hari Guru buat guru-guru seluruh Malaysia.Terutamanya buat-buat guru yang mengajar aku dari tadika sehingga tamat pengajian yang tertinggi.Jasa mu tetap ku kenang walaupun ada pahit dan manisnya.Dan tak lupa buat ayah ku ,adik ku ,abg ipar ku,anak saudara ku dan kawan-kawan ku yang menjadi seorang pendidik untuk anak bangsa kita dengan ucapan selamat hari guru sekali lagi.

Juga tak lupa buat guru-guru anak-anak ku selamat hari guru juga.

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menimbang Cahaya mata ke-2

Di pagi hari Maulidul rasul lahir seorang baby boy di Hospital Termerloh buat adinda ku untuk anak ke-2.Tahniah diucapkan dari kami sekeluarga.Agar semuanya sihat.

Tunggu kedatangan kami ke sana untuk melihat new baby.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432: Biodata Rasulullah S.A.W


Kembali kepada Sunnah.. tanda cinta kita kepada Rasulullah S.A.W

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.


Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir buat Umar Aiman yang genap 4 tahun hari ini.
Semoga menjadi anak yang soleh dan menurut perintah Allah dan Ibubapa.
Amin.

Saturday, February 12, 2011

Birthday Ica

Selamat Hari Lahir buat adik ica yang berumur 1 tahun.

KFC kajang berhadapan Metro


Menari bersama chiky


Tuesday, February 1, 2011

Selamat Hari Wilayah 2011 yang ke 37

Selamat Hari Wilayah bagi warga wilayah dan pekerja di wilayah.Selamat bercuti semua

Saturday, December 18, 2010

Selamat Pengantin Baru

Arghhhh kenyangnya makan gulai kahwin di Taman perumahan.Selamat pengantin baru semoga berbahagia dan kekal buat selamanya.

Saturday, November 27, 2010

Ulangtahun ke-7



Selamat menyambut ulangtahun ke-7.......Lagu ini ditujukan khas buat yang tersayang.
Semoga sihat dan kekal buat selamanya.

Monday, October 18, 2010

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir buat My wife/Ibu dari abang dan anak-anak.Semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki serta dapat menjaga anak-anak dengan terbaik.