Photobucket
Showing posts with label Kahwin/tunang. Show all posts
Showing posts with label Kahwin/tunang. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Konvoi pengantin

 Majlis perkahwinan ahli baru EOCM saudara zarul dan Nonie di gombak dengan diiringi sebanyak 25 buah exora ke Dewan Serbaguna Taman Melati Impian




Sunday, December 16, 2012

Selamat Penganti Baru KM

Selamat Pengantin Baru Buat KM dan Hana yang berlangsung di kampung Ngor ,Sauk, Kuala Kangsar.Semoga pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat.





Wednesday, December 12, 2012

Selamat Pengantin Baru Bob

Bob mekanik proton Kean tat yang melangsungkan perkahwinan pada 2 Nov bebaru ni di dewan penjara Kajang.

Terima kasih Bob kerana menjemput pelanggan exora club ke majlis perkahwinan.Kami doakan agar kekal hingga akhir hayat dan selamat pengantin baru.
Geng2 exora yang sempat datang pada majlis perkahwinan bob
YB menunggu pengantin sampai sebelum cabut balik.

Pengantin di arak dengan palunan kompang hingga ke pelamin.

Thursday, July 12, 2012

Taman Botani

Menghadiri majlis perkahwinan di Taman Botani Putrajaya.Ini pertama kali sampai walaupun selalu lalu sahaja.View di situ memang menarik sekali dengan hiasan dan gubahan lanskapnya.
 laluan pejalan kaki nak pergi tapak jamuan perkahwinan


menikmati jamuan 
Photo tak banyak ambil......yer

Tuesday, July 3, 2012

Sepupu belah wife kahwin di Sg.Buloh

Layan jerlah gambar ni....
Lokasi di Sg.Buloh....
Selamat Pengantin Baru










Wednesday, June 6, 2012

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat anak saudara iaitu Masitah dan Ahmad Najib serta  Firdaus dan Aisyah.Semoga perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat yang berlangsung pada cuti sekolah.

Monday, June 27, 2011

Perkahwinan Lan Siakap di PD




Selamat Pengantin Baru Lan
Semoga kekal selamanya

Sunday, June 5, 2011

Kenduri Kahwin

Hari ini menghadirkan diri undangan perkahwinan sebanyak 3 tempat.Kalau difikirkan memang ta larat nak isi makanan semua tu....terpaksalah makan sidikit jer.....
Lokasi pertama adalah jiran lorong rumah sendiri,so terpaksa kena gerak awal jam 12.00 t.hari sebelum ke next destinasi.Di sini ada kelainan masakan iaitu kambing/ayam bakar,boleh tahan sedap kambing tu.....
Next adalah ke Dewan Serdang Raya Sri Kembangan.....anak-anak tak nak makan kerana dah kenyang makan di lokasi pertama.....terpaksalah rasa sedikit.....
Last sekali adalah di dewan IIM Jalan Duta tingkat 2....Dekat sini bolehlah makan yang termampu sahaja.......

Selamat Pengantin Baru buat pengantin.

Tuesday, May 3, 2011

Majlis pertunangan Yeng

Majlis pertunangan Yeng pada 1 May 2011 di kampung.....Tahniah...
Tengah berbincang tujuan datang

Monday, March 14, 2011

Selamat Pengantin Baru Sham-Maimunah


Selamat Pengantin Baru buat sham dan wife yang berlangsung 13 March 2011 di Flat Sri Melaka Cheras.Semoga berbahagia dan kekal selamanya... amin.

Sunday, February 20, 2011

Kahwin

Hari ini berlangsungnya satu majlis perkahwinan berbangsa india iaitu jiran satu lorong di kuil jalan reko.Aku hanya bagi hadiah dekat rumahnya setelah selesai acara di kuil.Nasib baiklah takder acara dekat rumah....kalau tidak tentu bising dengan alunan muziknya. Dalam 2 ke 3 hari lagi akan berlangsung di Pahang pula.


Monday, June 14, 2010

Syiken dan Din-Batu Pahat

Pada 12 Jun,Konvoi dari Muar menuju ke dewan jamuan di Batu Pahat bermula jam 10:00 pagi.Perjalanan kesana mengambil masa dalam 1 jam.Persiapan rombangan diadakan di dewan peladang yang berhampiran dengan dewan jamuan tersebut.


Ketibaan pengantin disambut dengan paluan kompang yang berarak ke pelamin di pentas utama.Disamping itu ada persembahan zapin dan nyanyian bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan.Majlis diakhiri dengan jamuan makan beradab dan potongan kek sebelum rombongan belah perempuan berangkat pulang ke Terengganu.

Sunday, June 13, 2010

Syiekin dan Din-Kuala Terengganu

Pada 7 Jun acara akad nikah berlangsung disebelah malam dan jamuannya pada 8 jun .Kendurinya berlangsung di kampung Pulau Musang Kuala Terengganu.

Semua masakan adalah dari gotong royong diantara ahli keluarga untuk tetamu jemputan.Masakan yang disajikan adalah Nasi briani +putih,gulai daging,ayam masak merah,sayur timun dan dll.Acara bermula jam 11:00am dan berakhir jam 17:00pm.
Seminggu lepas tu akan berlangsung pula di rumah pengantin lelaki di Batu Pahat Johor.Sebanyak 5 ke 6 biji kereta akan konvoi ke Johor dan beberapa lagi dari Kuala Lumpur.

Sunday, May 30, 2010

Wedding fiza n epul

Menghadiri kenduri kahwin diKampung Geduhom Dangi,Jehol Negeri Sembilan.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 1/2 dari rumah ke tempat kenduri.Nasib baiklah ada Highway Silk dan juga highway bukit putus yang telah siap, dimana banyak mempercepatkan perjalanan ke Pekan Kuala Pilah.
Sampai di sana ,pengantin sedang bersanding di atas pelamin ....sempat juga tengok....
Pengantin sedang bersanding

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Kereta pengantin

Suasana tetamu yang begitu ramai di rumah pengantin perempuan.

Monday, May 3, 2010

Afiq Akram & Hafizah














Selamat pengantin baru semoga kekal selamanya.

Majlis pernikahan Hafizah & Afiq Akram pada 30 April 2010 telah berlangsung di Bandar Baru Bangi. Hari persandingan berlangsung pada 1 Mei 2010 di putrajaya.

semua photo dari KI CreativeImage's Photos
Majlis di Bandar Baru Bangi

Acara akad nikah berlangsung dengan jayanya dikendalikan oleh adik pengantin perempuan sendiri.Alhamdulillah semuanya selamat.




Lalu ke makan tu!!!!!!...hehhehehe selepas akad nikah selesai .....tambah nasi afiq....jangan malu-malu....






apa pengantin buat ni.....cak....









Majlis di Putrajaya

Nun jauh di sana......







acara panjat bukit berdekatan....apasal tunjuk tu...nak hujan ekkk.....






post yang best









Yang sebelah ni akulah snap.......Ini adalah gift dari pengantin iaitu coklat bar.








Tuesday, January 12, 2010

Selamat Pengantin Baru


Pada 9 Januari 2010 berlangsungnya raja sehari Syamsul dan Suhana di Felda Selancar 1, Segamat Johor.
Pertama sekali tahniah buat pengantin,welcome to the club.

Aku bergerak dari Semenyih pada jam 11:00 pagi.....selepas SMS Kash sebab ingin konvoi sekali.....
Walaubagaimanapun info dari Kash tak selesai lagi urusan di KL pagi tu......
Aku bertolak dahulu perlahan-lahan melalui jalan lama menuju ke Seremban....sementara Kash siap....
setibanya di bandar Seremban Kash dah settle urusannya melalui panggilan telefon......so aku pun lajak
lagi melalui jalan lama menuju ke Senawang dan exit ke Highway PLUS.....

Pemanduan aku hanya perlahan sahaja.....menuju ke Hentian R&R Air Keroh Melaka....untuk berjumpa disana.
Ketika aku sampai di R&R tak kurang 2 minit,MPVnya muncul.....perhhhh....lajunya pecut.....
Si Zizi pun turut sama berjumpa disitu melalui calling2 dari kash......
Konvoi berlangsung dengan 3 biji kereta yang diketuai oleh Gzi.....pemanduan dalam 130KM/j ke 140KM/j
sehingga exit Tangkak.

Dari Tangkak ke Selancar rupa-rupanya jauh jugak....ingankan dekat jer....itu yang gerak lewat sikit.
Jalan ke Segamat agak sesak sedikit kerana lori kelapa sawit melalauinya.....waktu tu...nak pecut pun
tak berapa....kena Q lori kelapa sawit 3 biji bersusun.....main belasah jer memotong double line .
kalau tak lewatlah sampai...
Tiba di rumah pengantin dalam pukul 3 petang...waktu tu dah takder orang....khemah pun dah nak kemas.
tapi ok lah janji sampai.....kita orang hanya berselisih dengan abg zaidi...dan chepool sahaja di
persimpangan jalan nak keluar....
kira rugilah tak jumpa geng bas sekolah yang dah lama tu......
Dalam 1 jam lebih jugak berada di rumah pengantin sebelum bertolak balik melalui jalan lama sehingga
sampai rumah......

From khaiphoto

Tuesday, August 11, 2009

Selamat Pengantin Baru




Selamat pengantin baru buat Herman yang berlangsungnya pada 8 dan 9 di Felda Kahang Timur,Kluang Johor.
Dalam perjalanan ke sana dimana jerubu memang teruk bila berada di Muar .Memang tahap udara tidak sihat, jarak penglihatan hanya 500M sahaja.
Jika melalui Jambatan baru nak ke pekan Muar memang tak Nampak air dibawahnya.

Masakan dikenduri memang best……ayam kampung + daging + sayur + bubur kacang.
Selamat pengantin baru sekali lagi ….semoga kekal abadi

Wednesday, July 1, 2009

Afad & Apek

Perkahwinan Afad dan Apek di Felda Palong 3 Gemas Negeri sembilan.

Thursday, June 25, 2009

Majlis Perkahwinan di Ijok Kuala Selangor

Majlis Perkahwinan kawan wife UPM di Ijok,Kuala Selangor pada 07 Jun 09.
Rumah pengantin betul-betul di hadapan padang bola dan bersebelahan ladang
tanaman buah dragon kepunyaan bapanya.Perjalanan dari rumah mengambil masa
dalam 2 jam ke sana.Ketika sampai acara makan beradap sedang berlangsung.
Boleh dikatakan semua persiapan dilakukan sendiri terutamanya hantaran,pelamin dan
juga bunga telur.
Acara berlangsung dengan meriahnya dimana mempunyai nyanyian dan panca silat di dalam
acara perkahwinan tersebut.

Semoga kekal selamanya.

Monday, June 22, 2009

Pertunangan Ha

Beberapa gambar daripada acara pertunangan antara Hafizah dan Afiq pada 21 jun 09 di Bandar Baru Bangi, Selangor.