Photobucket
Showing posts with label Picnic/Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Picnic/Jalan-jalan. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Sg.lopo Ulu langat

Papan tanda air terjun Sg.lopo di Ulu Langat.Lokasinya di kawasan kebun duria dan ,hanya  parking kenderaan serta pondok dikenakan bayaran.
Ini rupa pondok yang amat sesuai untuk makan-makan seekeluarga setelah penat berendam di dalam air.
inilah rupanya air terjun sg lopo
tu dia anak-anak yang tak tahu kesejukan airnya.
sambil mandi manda boleh makan durian.....kebetulan musim durian..... kan dah dalam kebun durian ....balun jerlah

Thursday, November 3, 2011

Moise kek coklat

Rupa moise kek coklat yang aku buat bebaru ini.....rasanya boleh tahan sedap hehehehe...

Wednesday, May 25, 2011

Games

Kalau sebut pasal game,kebanyakan budak-budak memang suka walaupun game biasa-biasa saja.Jika dah suka ,time lapar pun terasa kenyang.Gambar ni adalah pusat permainan kanak-kanak di Tesco.So terpaksalah layan anak-anak kejap di situ......lepas ni kalau pergi Tesco terpaksalah buat pembayaran jauh sedikit dari pusat game itu.

Tuesday, February 8, 2011

Sekitar Cuti Raya Cina di kampung

Ni duduk sibuk bagi kambing makan
ayam belanda kat kuala hiliran
kg Undang
macho man
kg undang
selesai makan di pantai batu buruk
pantai batu buruk
menikmati nasi ayam hailam

Sunday, November 28, 2010

MAHA 2010


Laluan masuk yang begitu sesak sekali.....kenderaan bergerak perlahan-lahan sahaja.Jika larat nak berjalan kaki bolehlah.....park kereta di sepanjang tepi jalan bahagian luar.
Umar Aiman sempat bergambar dengan Maskot
Pantang jumpa air budak berdua ni

Wednesday, November 3, 2010

Family Day Cade,UPM -Melaka








Family day Cade-UPM telah diadakan di Kemunting Beach Resort,Pangkalan Balak Melaka,selama 2 hari 1 malam.Anak-anak tak melepaskan peluang mandi kolam di waktu petang dimana belum lagi ada aktiviti bermula.
Umran Adam telah memenangi tempat kedua dalam acara Telatah si cilik pada sebelah malam.
Melompat tak ingat sewaktu lagu dimainkan.

Umar Aiman hanya mendapat hadiah saguhati di dalam perlawanan susun puzzle semudah ABCUsman Affan juga mendapat saguhati di dalam acara susun puzzle dalam ketagori umur 5-8 tahun.
Acara sukan disebelah pagi dimana Aiman telah mendapat tempat pertama di dalam mencari gula-gula di dalam tepung.
Usman Affan menerima hadiah di dalam acara membawa bola pingpong di dalam sudu.

Aku hanya dapat saguhati sahaja di dalam acara berlari dalam guni.
Kesemua ahli keluarga Cade bergambar buat kenang kenangan






Friday, August 6, 2010

Makan-makan sempena menyambut bulan Ramadhan



Acara makan-makan sempena menyambut bulan ramadhan telah diadakan di Tanan Bukit Jalil.
Anggaran dalam 20 0rang menyertainya. Menu utama adalah pizza,spaggetti,ayam bakar serta beberapa menu lain.
Inilah rupa pizza yang belum di bakar lagi....
sebelum makan,menanti ahli-ahli yang terlibat datang.
Sempat lagi layan.....sebelum semua ahli tiba

Ini gambar selepas selesai makan.......bagus semuanya licin

Sunday, June 13, 2010

Bandaraya Bersejarah

Berjalan-jalan bersama anak-anak di Bandar Hilir Melaka selepas pulang dari majlis perkahwinan Nora dan Din di Batu Pahat Johor pada 12 Jun 2010.
Bayaran menaiki river cruise boat untuk dewasa adalah RM10 dan kanak-kanak RM 5.

Yang tak bestnya waktu membeli tiket ,ada ker kaunter tersebut mengatakan tak ada duit tukar.Hampeh hanya RM50 dan jumlah kami sekeluarga hanya RM30 sahaja........RM20 takder ker...

Bukan main ,yang beratur punyalah ramai....macam manalah nak maju......buat malu pelancong jer...Ada kes abg tu..... kaunter tersebut bagi baki duit tak cukup...nasib baik abg tu perasan.
Hampeh sekali lagilah.....Nasib baiklah puas hati sepanjang perjalanan menyusuri sepanjang sg.Melaka.....

Affan
Aiman







Thursday, June 10, 2010

Pestai Pantai

Balik kampung bebaru ni sempat singgah sekejap di Pesta Pantai Mengabang Telipot Batu Rakit.
Pergi ke situ pada waktu malam dimana ada acara wayang kulit ,dikir barat dll.
Peniaga tidak melepaskan peluang berniaga sempena musim cuti sekolah di mana sepanjang jalan hingga ke pantai.Deretan kedai yang didirikan sepanjang laluan
pekena air dulu ,sementara menunggu wayang kulit bermain
sempat bergambar dulu sebelum acara bermula
kedua anak di hadapan sekali
makin penuh ruang di isi oleh pengunjung untuk menyaksikan wayang kulit

Pelbagai jualan yang di niagakan di situ terutamanya makanan,pakaian ,mainan dan sebagainya.
Makanan yang jarang dijumpai banyak juga diniagakan.Selain itu permainan turut disediakan untuk pengujung.

Di bahagian tepi pandai didirikan hampir seratus khemah daripada nipah untuk diduduki sepanjang pesta tersebut.Bekalan air dan elektrik disediakan