Photobucket
Showing posts with label adam. Show all posts
Showing posts with label adam. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Birthday Adam

Pada 11.3 genaplah umur Umran Adam 3 tahun.Semoga anakda sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.
Hadiah birthday,bukan  main seronok lagi.... siap buat tido lagi.

Ada buat  jamuan ringkas  dengan jemputan anak beranak jer dimana menu utama nasi dagang.

Kuah nasi dagang iaitu ikan ayer@tongkol.Kepala ikan menjadi rebutan.
Rupa nasi dagang yang baru siap di masak.
acar timun yang menjadi ulam bersama nasi dagang.
Siap sedia untuk di makan.

Thursday, October 18, 2012

Expo Konvo UPM

 ingin melakukan flying fox buat pertama kali.Bayaran hanya RM4 seorang,



Wednesday, September 26, 2012

Potong rambut


Alhamdulillah untuk kali kedua potong rambat anakda yang berumur 2 tahun dah tak nangis.
Untuk yang pertama kali tu..perhhhhhh mengamuk bukan main.
Barulah adik nakpak hensem…..siap buat pacak lagi.

Thursday, July 21, 2011

Affan Deman

Hari ini dah masuk 3 hari Usman Affan tak ke sekolah di sebabkan deman dan cirit.Adiknya Umran Adam pun sama deman.

So terpaksa cuti hari ni untuk menjaganya.Yang kesian semalam tinggalkan Affan di rumah pengasuh yang terpaksa mencuci cirit yang tak sempat ke toilet.Habis semua seluar yang dibekalkan kena cirit dan terpaksa pakai seluar adiknya ......

Buat masa sekarang nampaknya kedua-duanya macam dah okey......
Harap-harap besok bolehlah pergi ke sekolah.

Monday, March 14, 2011

epy birthday


Baru nak post birthaday untuk anakda yang comel Umran Adam yang genap 1 tahun 11.03.2011.
Kesian plak cukup setahun susah plak nak buang air besar...."sembelit cukup tahun katakan"
Asyik menangis dan merenggep jer tengah2 malam.....minum grip water pun sekejap sahaja ok.
Last-last kena ubat bontot barulah ok.

Tuesday, February 22, 2011

Adam tak sihat


Hari ni terpaksa EL sebab Adam tak berapa sihat.So hanya hantar sekejap sahaja ke rumah pengasuh kerana perlu hantar abangnya ke sekolah dahulu. dan ambil balik lepas tu.

Adam asyik batuk + selesema.Sebelum ni dah nak baik batuknya...entah macam mana semalam start teruk kembali.

Jika kita sendiri jaga lain sikit rasa sebab boleh beri tumpuan sepenuh terhadapnya.

Jika selalu batuk,tekaknya akan merah dan boleh menyebabkan deman.Itu yang tak mahu tu....
Harap-harap Adam sihat sepenuhnya....selepas makan ubat....

AMIN.

Monday, January 31, 2011

Adam

Umran Adam yang berusia 10bulan ++ kini dah pandai nak memanjat kerusi pula.......berjalan pun dah banyak langkah.....so kena monitor kut-kut nak panjat terpelanting ke belakang.

Thursday, January 20, 2011

10 bulan


Umur Umran Adam dah masuk 10 bulan lebih ++.Buat masa sekarang tengah belajar nak berjalan.....mungkin satu dua minggu lagi okey kut.So nanti bolehlah pakai kasut abangnya yang lama,masih elok lagi....
Kini tangga dah kena pagar,kalau tidak asyik panjat sahaja....

Tuesday, December 28, 2010

Umran Adam

Sedar tak sedar Umran Adam dah hampir 10 bulan...banyak benda yang dah pandai dilakukannya.....


Sunday, December 12, 2010

Umran Adam



Umran Adam telah di botakkan kepalanya semalam.Kebetulan pula genaplah sembilan bulan.Nasib baiklah tak susah mana nak licinkan.....duduk diam jer....



Monday, November 22, 2010

Adam Sakit mata

AMinggu sebelum raya haji Umran Adam telah dijangkiti sakit mata dari rumah pengasuh.Kesian melihatnya sebab Adam baru sahaja 8 bulan,bukannya dia tahu apa-apa.

Sebelum berjangkit ada sorang budak yang telah membawa virus tersebut,dan anak pengasuh sekali turut dijangkitinya.

Adam telah dibawa berjumpa dengan DR. dimana ubat titik mata telah diberikan.Lebih kurang 3 hari barulah nampak mata Adam baik sepenuhnya.Kadang-kadang matanya bertaik selain dari merah.
Last-last sekali Ibunya pun turut dijangkiti.......