Photobucket
Showing posts with label Photo Anak. Show all posts
Showing posts with label Photo Anak. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Lawatan

Lawatan Tadika ke Petrosains dan Aquaria KLCC




Thursday, December 9, 2010

Saturday, December 4, 2010

Aiman-tak sabar ke tadika

Umar Aiman bakal memasuki Tadika tahun depan bersama abangnya.
Tahun depan umurnya adalah 4 tahun dan abangnya 6 tahun.

Ini adalah Uniform utama Tadika yang baru sahaja dapat setelah selesai mendaftar.








Ini adalah baju sukan....kedua-kedua helai tersebut asyik tukar pakai sahaja....maklumlah dah tak sabar nak kesekolah.










Nasib baik dah tukar pakaian biasa......hehhheheh sabar yer....hanya sebulan sahaja lagi......bolehlah kesekolah.
Nanti belajar rajin-rajin.....

Wednesday, November 24, 2010

Anak-anak bersama kambing

Anak-anak begitu gembira sekali balik kampung dapat bermain dengan kambing......
Walaupun kambing jinak,sempat jugak kambing menyondol bebudak berdua tu....

Monday, November 22, 2010

Adam Sakit mata

AMinggu sebelum raya haji Umran Adam telah dijangkiti sakit mata dari rumah pengasuh.Kesian melihatnya sebab Adam baru sahaja 8 bulan,bukannya dia tahu apa-apa.

Sebelum berjangkit ada sorang budak yang telah membawa virus tersebut,dan anak pengasuh sekali turut dijangkitinya.

Adam telah dibawa berjumpa dengan DR. dimana ubat titik mata telah diberikan.Lebih kurang 3 hari barulah nampak mata Adam baik sepenuhnya.Kadang-kadang matanya bertaik selain dari merah.
Last-last sekali Ibunya pun turut dijangkiti.......


Saturday, November 13, 2010

Penyampaian Sijil Tadika Mimos




Pada 13 Nov 2010 telah berlangsung penyampaian sijil kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun.Anakda baru 5 tahun dan hanya terlibat dalam acara persembahan sahaja.
Acara persembahan disertai oleh kesemua murid-murid berumur 4 ke 6 tahun.

Photo dari hp.....tunggu photo dari kamera



Tuesday, November 9, 2010

Poket Game




Poket game adalah satu permainan game yang diminati oleh kanak-kanak selain game boy, PSP ,PS2 dan PS3.Kini anakda telah meminta untuk memilikinya .Ini kerana di tempat rumah pengasuh memang ada salah satu game tersebut.Pertanyaannya tiap-tiap hari,bila nak beli……bila nak beli..membuatkan kesian pun ada…….

Jika nak beli yang canggih-canggih pun bukannya tahu sangat nak mainnya.

So,memadailah membeli poket game sahaja di mana termurah dari game-game lain.Di dalamnya ada 880 game dan percuma cartridge di mana di dalamnya ada 2000 game.Gane ini boleh connection pada TV sebagai monitor.

Harga yang paling best boleh dapat adalah di Lowyat Plaza berbanding di tempat lain.Beza harganya dalam RM50 ke RM80 juga.

Dengan adanya game , harap-harap bolehlah duduk diam di dalam kereta dan bolehlah menunjukkan skill dan boleh berfikir cara strategi untuk menjadi Juara game tersebut.

Sunday, October 10, 2010

Taman Permainan

Pada Sabtu ada acara makan-makan aka open house di Puncak Jalil. Balik dari open house terpaksa ke office kejap untuk buat new recipe.Terpaksalah bawa wife dan anak-anak ke opis.Untuk membuatkan anak-anak duduk diam terpaksa janji akan bawa ke taman Bukit Jalil.

Gambar sekitar taman permainan.



Friday, September 24, 2010

Kenangan indah di pagi hari

Hari ni adalah kenangan dari anak-anak tersayang…..heheheheh….Macam biasa pada jam 6:00 pagi aku akan bangkit dari tido,so bersiaplah apa yang patut sebelum pergi kerja.Anggaran dalam jam 6:30 pagi terperasan anak yang no.2 dah kencing atas tilam.Aduhai…..terpaksalah kejutkan dia dan mandikannya terus.Kejadian macam ni jarang-jarang berlaku….apa yang dimimpikannya tak tahu…..Apa lagi takpaksalah basuh tilam tu dan jemur terus….segera gitu….kan tak pasal-pasal ada bau yang harum….

Kejadian kes yang kedua pada abangnya sewaktu sampai ke Tadika.Sepanjang perjalanan dari rumah ke opis abangnya asyik tido sahaja,,memang lena betul…..maklumlah tiap-tiap hari tido lambat…asyik duk layan kartun sahaja…….nak tengok cerita lain pun susah.

Semasa parking kereta dan kejutkan dia,”seluar abang basah”perkataan yang keluar dari mulutnya….erghhh!!!!!….nak marah….kan dibuatnya mengamuk tak nak ke tadika plak….Aduhai…..macam mana nak buat ni……pujuklah pergi toilet tukar baju lain……habis uniform dah basah…Dahlah selipar dia tak bawa plak….almaklumlah tadi berdukung tido masuk dalam kereta…hari-hari lain ok jer masuk sendiri…carilah dalam kereta kut-kut ada selipar lain…..last-last kasut adiknya ada…..pakai jerlah…..

Selepas siap mandi dan tukar pakaian baru…..dibuatnya tak nak masuk kelas…….aduhai…..terpaksa panggil cikgunya ambil…..

“kenangan indah di pagi hari”

Aloyai…….

Thursday, September 16, 2010

Gambar pada 1 syawal

Sedikit gambar pada hari lebaran
Affan dan Aiman dengan baju melayu raya
My family berkumpul di pagi raya.
1 keluarga dan seorang bujang tiada di dalam gambar dimana bekerja di hari raya
Seramai 12 cucu untuk raya tahun ini
Photo beraya di Kuala Hiliran


Thursday, August 26, 2010

Kedua UA Demam


Hari ini masuk hari ke-5 Usman Affan demam.Pergi ke tadika pun hanya hari isnin sahaja.Temperaturenya memang tinggi........ sekali sekala temp. boleh mencecah 39++.Waktu yang teruk demamnya adalah waktu tengahari dan malam.Setiap jam terpaksalah monitor temp.terhadapnya.Keadaan tersebut, terpaksalah ibunya dan aku mengambil cuti untuk menjaganya mengikut giliran.

Pada petang semalam ,terima panggilan dari pengasuh mengatakan Umar Aiman pulak deman panas.Ini membuatkan risau disebabkan sejarah sawan yang lalu takut berulang terhadapnya.Nasib baiklah hari tersebut ibunya cuti menjaga Affan demam dan bolehlah menghantar ubat buntut ke rumah pengasuh.Selepas memberi ubat ,barulah temp.nya makin menurun dan panas kembali sebelah malam,terpaksalah bawa pergi ke klinik mintak ubat.

Pagi ini bawak kedua-duanya berjumpa ustaz mintak air tawar.Harap-harap besok Usman Affan boleh kembali ke tadika.Sekarang nampaknya kedua-dua tak boleh duduk diam kat rumah .....biar je dia main bagi berpeluh sikit.

Coretan 26.Aug.2010

Monday, July 26, 2010

Adam tak sihat



Minggu lepas Adam demam + batuk + selesema.Ini adalah pertama kali Adam mengalami keadaan tersebut.Asalnya adalah selesema yang membawa ke batuk dan demam.Kahak memang banyak dan terpaksa berulang alik ke klinik 4 jam sekali.Ini uttuk monitor keadaan adam yang mana sukar untuk bernafas.
Adam yang mengambil gas....

Tuesday, July 6, 2010

Saja-saja



Dari kiri Umar Aiman,Umran Adam dan Usman Affan,Acara sesi bergambar bersama adik beradik.Aiman bukan main lagi bergaya sakan nampaknya....bersilang kaki tu....
Yang ni plak photo bersama ayahnya....nasib baik si kecil tu pandai tengok kamera....dapatlah snap sekeping dua....

Monday, July 5, 2010

Dataran Putrajaya

Membawa anak-anak berjalan-jalan di Dataran Putrajaya.Kebanyakan area tengah-tengah dataran tengah renovation.Ini mungkin membaik pulih dan mempercantikkan lagi.
Keadaan cuaca pada hari tersebut tak berapa elok dimana hujan gerimis sejak pagi lagi.Jika nak berjalan-jalan sekitar tersebut terpaksalah memakai topi untuk mengelakkan dari sakit kepala atau boleh menyebabkan deman.

Wednesday, June 2, 2010

Pneumonia



Dua hari lepas bawa anakda Aiman ke Klinik Kesihatan UPM untuk check batuk yang tak baik-baik dan ada tanda-tanda asma. Waktu pemeriksaan DR. menyatakan bunyi itu bukan asma,
macam ada something.
Ujian X-ray dan darah telah dilakukan.Dengan keputusan tersebut didapati telah terkena Pneumonia atau radang paru-paru dimana ada kuman di dalam darah dan paru.
Keadaan paru yang kelihatan hitam sedikit

Dr.hanya bagi ubat antibiotik yang kuat supaya kuman tersebut mati.Jika keadaan batuk tak baik,dikehendaki datang balik untuk pemeriksaan selanjutnya.
Alhamdulillah sampai hari ini nampaknya dah takder batuk...just kena habiskan ubat tersebut sebanyak 2 kali sehari.

Sunday, May 30, 2010

Basikal

Anakda berdua dapat basikal baru yang dibeli di Pekan Semenyih.Nasib baiklah dapat harga yang agak murah,maybe kedai yang telah uzur dan tak perlu bayar sewa kot.Warna adalah pilihan masing-masing.

Basikal Usman adalah bersaiz 20' berbanding Umar 16' .Sekarang hanya bermain di dalam rumah dahulu sebelum bermain di luar.Kasi traning dulu...hehehhehe.....

KFC


Semalam bawa anak makan di KFC
Jika ikut masa berlalu memang dah lama tak makan di KFC.Kebetulan ada promosi Black Pepper Chicken...itu yang membuatkan nak merasai keenakannya walaupun dah tahu lama.
Ini Usman Affan yang hanya makan fun fries dan air milo sahaja.....ayam tak nak...duk sibuk dengan mainan KFC.
Ini plak Umar Aiman yang tak duduk diam...asyik nak main jer.....nasib baik banyak dia makan berbanding dengan abangnya.

Inilah mainan yang diingini oleh kedua-dua anak aku tu.....dari pembelian kids manu