Photobucket

Thursday, August 26, 2010

Kedua UA Demam


Hari ini masuk hari ke-5 Usman Affan demam.Pergi ke tadika pun hanya hari isnin sahaja.Temperaturenya memang tinggi........ sekali sekala temp. boleh mencecah 39++.Waktu yang teruk demamnya adalah waktu tengahari dan malam.Setiap jam terpaksalah monitor temp.terhadapnya.Keadaan tersebut, terpaksalah ibunya dan aku mengambil cuti untuk menjaganya mengikut giliran.

Pada petang semalam ,terima panggilan dari pengasuh mengatakan Umar Aiman pulak deman panas.Ini membuatkan risau disebabkan sejarah sawan yang lalu takut berulang terhadapnya.Nasib baiklah hari tersebut ibunya cuti menjaga Affan demam dan bolehlah menghantar ubat buntut ke rumah pengasuh.Selepas memberi ubat ,barulah temp.nya makin menurun dan panas kembali sebelah malam,terpaksalah bawa pergi ke klinik mintak ubat.

Pagi ini bawak kedua-duanya berjumpa ustaz mintak air tawar.Harap-harap besok Usman Affan boleh kembali ke tadika.Sekarang nampaknya kedua-dua tak boleh duduk diam kat rumah .....biar je dia main bagi berpeluh sikit.

Coretan 26.Aug.2010

No comments: