Photobucket
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Bercuti di Port Dikson

Bercuti di Port Dikson sebelum puasa dengan beberapa family
Ini adalah tempat penginapan di Pusat Sains Marin UPM.Terdapat 4 buah rumah yang ada di sana.Rumah yang belakang mempunyai pokok durian dan ciku.Masa pergi memang bertuah kerana penuh dengan buah durian dan dapatlah rasa.
Pemandangan dari rumah belakang mengadap ke pantai
 Pokok durian yang betul-betul dibelakang dapur,terdapat dua pohon.
 ini salah sebiji yang dapat
 persiapan dalam acara bbq pada malam tersebut
 membuat bara sebelum bbq

udang bakar





Tuesday, April 2, 2013

Belon udara panas Putrajaya

Kini Putrajaya sekali lagi menjadi tapak utama dalam pertunjukkan belon udara panas di persint 2.Kami sekeluarga tak melepaskan peluang membawa anak-anak dalam menyaksikan pertunjukkan tersebut.Acara berlangsung selama 4 hari bermula khamis hingga ahad.

sebahagian daripada  belon-belon yang di pamarkan






Bukit Tinggi

 Bawa anak jalan-jalan pada musim sekolah ke Bukit Tinggi Pahang.Ini adalah pertama kali ke sana dengan empat keluarga bergerak jam 9 pagi.Jika anda dari Kuala Lumpur ,perjalanan mengambil masa dalam 30 minit ke 40 minit sahaja.
Bangunan-bangunan yang tersergam indah di colmar sesuai untuk bergambar.
Kita orang makan dulu sebelum memulakan lawatan dengan potluck ringan-ringan.Makanan kat sini agak mahal dan kedai pun tak banyak.Memang sesuai bawa sendiri jika berkeluarga.
kebetulan ada club kereta yang park dekat colmar...bergambar dulu lah

Ini taman arnab yang ada di atas sana....budak budak memang suka


Tuesday, March 12, 2013

Bukit Broga

Keadaan di bawah pada jam 7pagi.Kelihatan kereta dah penuh di bawah pokok kelapa sawit dengan bayaran parking sebannyak RM2
Papan tanda memberi info jarak ke puncak bukit broga sejauh 1.7km
 perjalanan mendaki bermula

sebahagian orang yang menaiki bukit broga
berjaya menawan bukit broga
kelihatan banyak kasut yang rosak dicampak di atas dahan pokok.Hendaklah memakai kasut yang sesuai masa mendaki.


Monday, February 18, 2013

Pantai airport

Beriadah bersama anak-anak selepas makan ikan celop tepung di Pantai Airport.Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di pantai airport ini.Salah satunya adalah bermain laying-layang,menunggang kuda ,berkelah bersama keluarga dan sebagainya. Jika waktu dahulu pantainya agak dekat dengan jalanraya tetapi kini dah ditambak pasir serta banteng batu untuk mencantikkan lagi pemandangan pantai.Jika anak nak bermain pun senang.
Usmana menunggang kuda dengan bayaran RM3 untuk satu orang sebanyak 3 kali pusingan.

Layang-layang yang dijual di pantai airport
anak-anak yang begitu gembira sekali setelah dapat bermain-main di pantai.

Sunday, December 2, 2012

Feri Pulau Pinang

Balik dari YEG-4 bebaru ni adalah peluang buat anak-anak merasai menaiki Feri di Pulau Pinang,Kereta park bahagian bawah dan sempatlah naik ke atas untuk melihat view yang lebih jelas.Bukan main seronak anak-anak




Monday, November 19, 2012

Bawa anak jalan-jalan

Bawa anak jalan-jalan taman permainan putrajaya sempena cuti sekolah.