Photobucket

Thursday, January 8, 2009

Khamis ,08/01/2009 - Pergerakan Hamas hari ini sangat menghargai langkah “berani” Presiden Venezuela , Hugo Chavez yang menghalau duta Israel ke Carac



Khamis ,08/01/2009 - Pergerakan Hamas hari ini sangat menghargai langkah “berani” Presiden Venezuela , Hugo Chavez yang menghalau duta Israel ke Caracas sebagai bantahan pembunuhan beramai-ramai Israel di Semenanjung Gaza. Dalam satu siaran akhbar pergerakan itu berkata Chavez telah memulakan satu langkah di mana negara-negara Arab yang memelihara hubungan dengan Israel tidak berani melakukannya.

Adalah menjadi kejutan bagi sesetengah negara Arab yang masih berkeras mengatakan hubungan diplomatik dengan Israel dikekalkan walaupun pertumpahan darah sedang berlaku di Gaza. Caracas telah menegaskan duta Israel dan enam diplomat lain di kedutaan Israel adalah persona non grata (penolakan akreditasi diplomat di negara penerima)‏. Israel bertindak balas dengan menyingkirkan duta Venezuela di Tel Aviv.

Di harap negara-negara lain pun turut sama mengusirnya

Palastin

Marilah kita sama-sama berdoa agar rakyat Palastin memperolehi kemenangan dari kekejaman zionis.
Ramai kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa korban.

Ada sedikit gambar-gambar kejadian di sana.














KENCING (Diabetes Mellitus) MANIS

Semalam pergi melawat jiran di Kajang Medical Centre dimana beliau mengalami kencing manis.
Ini terjadi waktu berkerja di pejabat tanah Shah Alam,Selangor dimana berlaku muntah-muntah dan sakit kepala.

Dibawah ini ada sedikit artikal mengenai kencing manis

KENCING (Diabetes Mellitus) MANIS


Penyakit kencing manis ialah sejenis penyakit di mana terdapat paras kandungan gula yang sangat tinggi dalam darah seseorang yang menghidapinya (>10.0 mmol/L).
*

Penyakit ini berpunca apabila tubuh seseorang itu tidak dapat mengimbangi tahap gula dalam badannya disebabkan kekurangan insulin atau kurangnya keberkesanan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas.
*

Di antara punca yang ketara menyebabkan pankreas tidak berfungsi dengan baiknya untuk mengeluarkan insulin yang diperlukan oleh tubuh untuk menukarkan gula yang diambil dalam makanan, ialah disebabkan penompokan toksid yang berlebihan di persekitaran pankreas.
*

Lambakan toksid yang banyak ini akan menyebabkan sel-sel dalam pankreas menjadi rosak dan gagal untuk berfungsi untuk mengeluarkan insulin. Akibatnya gula akan menjadi berlebihan dalam sistem darah dan akhirnya masuk dalam sistem urinari kerana kerana kegagalan ginjal untuk menapis kandungan gula yang berlebihan dalam darah yang dihantar ke ginjal.

TANDA-TANDA KENCING MANIS

*

Sering rasa haus atau lapar tetapi berat badan tidak bertambah.
*

Kerap kencing (poliuria).
*

Rasa letih dan tidak bertenaga.
*

Mudah timbul bisul dan lambat sembuh.
*

Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan.
*

Menurunnya kemahuan/kemampuan seks.
*

Sengal-sengal otot (neuropati periferal)
*

Pengliyatan semakin kabur.

TAHAP-TAHAP KENCING MANIS

*

Secara umumnya ada 2 tahap:

- kencing manis yang bergantung kepada insulin.

- kencing manis yang tidak bergantung kepada insulin



*

Pesakit kencing manis juga boleh mengalami komplikasi pada organ-organ lain seperti mata, buah pinggang, kerosakan sistem saraf malah boleh mengakibatkan stroke, penyakit jantung dan darah tinggi.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO YANG MENJADI PUNCA KENCING MANIS

*

Umur
*

Keturunan (Genetik)
*

Gaya hidup

RAWATAN HERBA

1. Penyakit Kencing Manis Tahap Awal (Gula Dalam Darah)

*

TEH HERBA diminum 3~5 kali sehari.
*

PLANTISOL diambil 2 biji setiap pagi dan 2 biji setiap malam (AMBIL SEBELUM MAKAN)
*

Air rebusan UBAT PERIUK KENCING MANIS diminum 1 cawan lompang 3 hingga 5 kali sehari. (AMBIL SEBELUM MAKAN).

2. Penyakit Kencing Manis Tahap Kedua (Gula Dalam Air Kencing)

*

Sama seperti di atas; cuma sebagai tambahan amalkan MALAC/ALAC (2/2/2)

3. Penyakit Kencing Manis Tahap Kronik - Luka sukar sembuh, gangren pada kaki dan pesakit yang telah menggunakan insulin.

*

Amalkan Pati rebusan UBAT PERIUK KENCING MANIS dengan minum 1 cawan lompang 3 hingga 5 kali sehari.
*

Minum TEH HERBA dengan kepekatan yang tinggi secara berterusan (3 uncang dalam 1 mug). Air TEH HERBA boleh digunakan sebagai ubat basuh dan hampasna ditempelkan pada luka (gangren).
*

Amalkan PLANTISOL (2/2/2) secara berterusan.
*

Amalkan herba ALAC secara berterusan (1 cawan lompang, 3 hingga 5 kali sehari).

NOTA PENTING:

*

Jangan tinggalkan ubatan hospital melainkan setelah disahkan oleh doktor.
*

Herba merupakan makanan tambahan yang boleh bertindak sebagai ubat yang mempercepatkan peroses penyembuhan.
*

Teruskan pengamalan herba untuk tujuan mengekalkan kesihatan.
*

Elok diamalkan bagi pengguna yang keluarganya mempunyai rekod kencing manis.

Wednesday, January 7, 2009

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura 7 JAN 2009


Ini adalah bubur asyura yang biasa dibuat apabila tiba 10 Muharram.
Teringan kat kampung masa budak-budak dulu dimana penduduk kampung bergotong royong
membuatnya.

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Kenduri Kahwin Nadia

Acara berlangsung pada 03/01/2009 di Gombak,Selangor.

Keluarga sebelah lelaki bergambar di atas pentas

Bergambar bersama ayah pengantin perempuan

Anak-anak aku tengah layan jogget sambil makan gula-gula.

Pelamin pengantin

Inilah pengantinnya

Friday, January 2, 2009

Cuti Tahun Baru 2009



Semalam cuti bawa anak-anak jalan di Putrajaya area PICC.
Sempatlah anak-anak bermain di mini taman berhampiran tasik disitu.

Haramkan tayar toreh, terpakai


Jan 2, 09 12:16pm
Kerajaan digesa mengharamkan penggunaan tayar toreh dan terpakai kerana kajian menunjukkan penggunaannya boleh menyebabkan kemalangan maut.

Sewaktu membuat gesaan itu, lapor Bernama, penerbit majalah Auto Touch Shamsudin Mohd Fauzi berkata kajian oleh pihaknya Perfect Driving & Safety Academy (PDSA) mendapati kebanyakan kemalangan berpunca daripada tayar, terutamanya tayar toreh dan terpakai.

"Ramai orang tidak menyedari penggunaan tayar itu boleh menyebabkan kemalangan maut dan jika ia tidak diharamkan lebih ramai lagi akan menjadi mangsa korban di jalan raya," katanya selepas membentangkan laporan kajian mengenai dua jenis tayar tersebut di Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kedah (JKJR) di Alor Star semalam.

Shamsudin, juga pengarah PDSA, berkata kajian itu juga mendapati kebanyakan pembeli tayar jenis ini terdiri golongan penduduk luar bandar yang kurang pengetahuan mengenai bahaya menggunakan tayar berkenaan.

Tambahnya, Kedah mempunyai kedai yang paling banyak menjual tayar toreh dan terpakai terutamanya di Kuala Ketil dan Baling.

"Banyak pengguna tayar mengambil jalan mudah dengan membeli tayar itu kerana mereka tidak menyedari tayar toreh sebenarnya adalah tayar yang telah botak dan ditoreh untuk menebalkan semula bunganya sehingga menyebabkan tayar itu semakin nipis," Shamsudin dipetik berkata.

Malahan tayar terpakai yang diimport juga tidak sesuai digunakan di Malaysia kerana cuaca di negara ini berbeza, katanya.