Photobucket

Friday, April 17, 2009

Buah Nam-Nam

Buah Nam-nam aka.buah katak puru aka buah kopek.
Memang dah lama tak makan buah ni,
waktu di kampung dahulu ada satu pokok dekat dengan rumah.Buahnya sedap
dimakan bersama garam + kicap.



Monday, April 6, 2009

Cup Cake

Beberapa gambar hasil tangan my wife dalam usaha belajar membuat cup cake minggu lepas.Tahniah buat beliau.









Friday, March 27, 2009

Gempa bumi 3.0 Richter di Jerantut

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku di Jerantut, Pahang pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata, gempa yang berlaku pada 9.46 pagi itu berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur.

Pusat gempa terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran lemah dirasai di sekitar daerah Jerantut. - Bernama

Wednesday, March 25, 2009

cara cuci ketera


Cara mengekalkan kilauan kereta


MEMANG ada orang malas membasuh kereta dengan alasan tiada masa. Kebanyakannya menghantar ke tempat cucian kereta dan membayar antara R5 dan RM10 sekali cucian. Ada juga yang tidak berminat menjaga kebersihan bahagian dalam kereta hingga ada kanak-kanak menyindir sarang tikus’ dengan surat khabar, selipar, plastik dan bungkus gula-gula berselerak di sana-sini.

Namun, ramai juga yang rajin mencuci kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali sambil melihat minyak hitam, air bateri, tekanan tayar dan tar pada badan kereta. Bagi mereka, membasuh sendiri menimbulkan kepuasan selain kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Elak guna sabun basuh

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci bahagian luar dan dalam sekali dalam masa satu atau dua minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.

Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Pilih bahan pengilat bermutu

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta.

Bagaimanapun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan.

Hati-hati mencuci enjin

Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk.

Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air

Tuesday, March 24, 2009

D'tebing


D’tebing lagi hari ini.
Manunya kantonis mee dan mix
Kenyangnya……

farewell


Salam,
Pada 23 March 2009 berlangsungnya farewell buat saudari Yusma Laili & Rozita yang akan berkhidmat di tempat yang baru.
Semoga beliau berdua terus Berjaya di sana.
Kini warga process semakin berkurangan dan bertambah suram rasanya.
Mungkin ada lagi yang akan meninggalkan……..!!!!

Monday, March 23, 2009

Pertunjukan belon udara panas sedunia di Putrajaya

Semalam Ahad (last day) pergi jalan-jalan lihat Belon udara panas.
Jalan jem tak ingat...aduhai...



MENGIKUT catatan sejarah, manusia pertama kali terbang menggunakan belon udara panas pada 21 November 1783. Ketika itu, belon udara panas ciptaan Montgolfier Brothers berjaya diterbangkan Jean-Francois Pilatre de Rozier dan Francis Laurent d’Arlandes di Perancis.

Bermula detik itu, manusia terus berinovasi demi memenuhi impian menawan langit. Kekuatan intelek terus dicabar selepas dikaji secara mekanik bagaimana burung mampu terbang hingga terciptanya belon udara panas. Obsesi ini akhirnya membawa kepada ciptaan pesawat dan kapal terbang yang kini gah menembusi ruang angkasa.

Namun, di sebalik kepesatan teknologi penerbangan, keunikan belon udara panas tidak pernah dilupakan. Biar di mana saja, aktiviti menaiki belon udara panas pasti mengundang keseronokan. Ini terbukti apabila setiap kali belon udara panas muncul di celah awan, kehadirannya tentu disedari dengan disambut rasa penuh pesona mata yang memandang.

Jika ditanya, tentu ramai antara kita mahu merasai sendiri pengalaman terbang menaiki belon udara panas. Tentu hati terpesona melihat keindahan alam secara terbuka pada jarak ketinggian maksimum yang mampu dicapai belon udara panas. Bagai seekor burung yang terbang, keseronokan melayang di udara pasti mengujakan hati ibarat hidup bebas tanpa ada yang menghalang.

Nyata belon udara panas mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Tidak hairanlah, banyak negara seperti di Amerika Syarikat (AS) dan benua Eropah saban tahun menganjurkan pesta belon udara panas.

belon2Pencipta belon udara panas akan berkumpul dan mempamerkan hasil ciptaan masing-masing. Sama ada reka bentuk tradisional atau moden hingga mungkin tidak terfikir akal, belon udara panas terus menawan hati siapa saja.

Jika anda antara mereka yang ternanti-nanti peluang melihat lebih dekat belon udara panas, tunggu kemunculan 25 belon udara panas yang didatangkan khas dari seluruh dunia sempena Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 di Putrajaya, mulai Khamis ini.

Pertunjukan belon udara panas selama empat hari itu antara lain mempamerkan keunikan belon udara panas termasuk berbentuk haiwan seperti penyu dan gelas minuman yang jarang dapat dilihat berlegar di ruang udara.

Bertempat di Monumen Alaf Baru di Presint 2, Putrajaya, negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Belgium, Thailand, New Zealand, Korea, Filipina, AS dan Indonesia masing-masing akan mempamerkan kehebatan belon udara pada pertunjukan terbesar ini.



Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 dijangka mendapat sambutan hebat berikutan cuti persekolahan mulai semalam. Sehubungan itu, ibu bapa wajar mengambil peluang membawa anak-anak menyaksikan pertunjukan berwarna-warni itu.

Apa yang menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan proses mengisi belon dengan gas helium hingga ia dinaikkan ke udara. Jika berhasrat mempelajari lebih dekat teknik menaikkan belon udara panas, pengunjung disaran datang seawal jam 7 pagi ketika petugas melakukan proses itu.

Timbalan Presiden Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Kapten Khairudin Rani ketika ditemui Sabtu, berkata pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai jenis bentuk dan warna belon yang akan dipamerkan pada pertunjukan itu.

“Kami mahu pastikan setiap pengunjung menikmati pengalaman menyeronokkan kerana inilah kali pertama pertunjukan hebat belon udara panas diadakan di Malaysia,” katanya.

Khairudin yang lebih dikenali sebagai Rudy berkata, pertunjukan ini diharap menjadi landasan bagi Malaysia menganjurkan lebih banyak pertunjukan sama seperti program yang dianjur di beberapa tempat iaitu di Albuquerque, AS; Bristol, United Kingdom (UK) dan Saga, Jepun hingga mampu menarik kunjungan jutaan peminat belon udara panas.

Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 dibuka antara jam 7 pagi hingga 7 petang secara percuma.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-74940298 atau melayari laman web di www.myballoonfiesta.com.

INFO:

* Belon udara panas adalah kejayaan teknologi penerbangan manusia tertua.
* Belon udara panas merangkumi beg yang dikenali sebagai ‘envelope’ yang mampu menampung udara panas.
* Belon udara panas mempunyai bakul rotan atau gondola untuk membawa penumpang.
* Tidak seperti belon yang diisi gas, belon udara panas mempunyai ruang terbuka pada bahagian bawah envelope kerana udara di sekeliling gondola mempunyai tekanan yang sama dengan udara di sekitarnya.
* Dalam setiap pertunjukan atau sukan belon udara panas pada masa ini, envelope diperbuat daripada fabrik jenis nilon manakala permukaan yang hampir dengan penunu gas pula diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar dikenali sebagai Nomex.
* Belon udara panas ciptaan sekarang boleh dikawal pergerakannya berbanding zaman dulu yang hanya terbang mengikut arah tiupan angin.

Cerita from (myfotografi2u)