Photobucket

Wednesday, June 17, 2009

Restoran Sup Urat Ketin

Restoran Sup Urat Ketin UK bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Pengusahanya bernama Sabul Ismail,menyediakan pelbagai jenis masakan kampung, moden dan juga Barat. Satenya juga tidak kurang sedapnya.

Menurut Sabul, dalam sehari beliau dapat menjual lebih 100 mangkuk sup keting yang berharga RM6 setiap satu.

Antara pelanggan yang selalu datang untuk menikmati sup keting Sabul ialah pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Kid (Hamzah Mohd. Taib), bekas anggota kumpulan Search.

“Mereka datang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi saya tidak pula bertanya pada Dr. Fadzilah mengenai rahsia makan sup khususnya bagi orang lelaki,” katanya sambil ketawa.


Tuesday, June 16, 2009

Picnic di Kelumpang

Pada 15 Jun 09,satu acara BBQ diadakan di Kelumpang,Ulu Selangor.
Acara disertai oleh beberapa keluarga dan juga budak bujang.
Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 1/2 dari Technology Park Malaysia
ke Kelumpang melalui Highway Utara Selatan (PLUS) dimana dikehendaki exit di Tol
Tanjung Malim.Jarak ke Kelumpang dari tol dalam 7 ke 8KM.Kami berkumpul di tol
tersebut dalam pukul 10:00am.


Menu makanan pada hari tersebut adalah ayam bakar,sate,ikan siakap,tomyam,koktail,
kek birthday,agar-agar dan ada sedikit menu sampingan.
Hidangan menjamu selera bermula selepas mandi manda dimana masing-masing sudah
kelaparan setelah berendam.

Acara berakhir pada sebelah petang dalam pukul 16:00pm dan bertolak balik ke Kuala
Lumpur dan pulang ke rumah masing-masing.

Memang best dan menyeronokkan.


Tuesday, June 2, 2009

Koleksi FM

Sehahagian koleksi Frigle magnet yang dikumpul.
Antaranya adalah hadiah dari kawan-kawan dan juga beli sendiri.

Sambil tunggu kereta siap servis

sambil tunggu kereta siap servis.....layan anak kat tempat permainan

Geng Ben 10

STADIUM TERBUKA GONG BADAK RUNTUH






Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan.

Mampat difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. MAMPAT juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.......

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) .

Copy Paste dari
http://www.mampat.blogspot.com/