Photobucket

Monday, July 13, 2009

Arah kiblat boleh disemak Khamis ini

Arah kiblat boleh disemak Khamis ini
13/07/2009 2:51pm

TAWAU 13 Julai - Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Thursday, July 9, 2009

Perhimpunan Dunia di Malaysia

Assalamualaikum;

Dijemput semua muslimin-muslimat menghadiri ijtimak Tabligh dunia yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Julai ini di kat masjid kuarters klia bandar ENSTEK dekat trek F1, Sepang. Ijtimak (perhimpunan) ni jarang-jarang diadakan di Malaysia dan kali terakhir yang aku ingat diadakan di Meru, Klang lebih kurang 15 tahun yang lalu.

Ijtimak Tabligh adalah perhimpunan orang Islam terbesar kedua terbesar selepas ibadah Haji di Mekah iaitu di Tongi, Bangladesh.
Sesiapa yang berkelapangan , dijemput ke sana untuk merasakan suasana iman dan amal yang berbeza iaitu bersolat berjemaah
secara besar-besaran memohon hidayat dan rahmat dari ALLAH swt. Selain dari itu, beribu-ribu para pendakwah akan dikeluarkan di Jalan ALLAH untuk mendakwahkan kebesaran ALLAH SWT serta mengajak semua muslimin-muslimat kembali mengamalkan ajaran Islam dengan mentaati perintah ALLAH dan mengamalkan sunnah baginda Rasullulah swt.


Tuesday, July 7, 2009

FM terbaru

sila tengok photonya yer di bawah

Monday, July 6, 2009

Aquaria

Semalam 060709 pergi melawat Aquaria di KLCC

Friday, July 3, 2009

Bakar al-Quran di masjid

KOTA SARANG SEMUT: Belum sampai 24 jam dibebaskan dari penjara, seorang lelaki yang juga penagih dadah dipercayai membakar 30 naskhah al-Quran yang disimpan dalam sebuah masjid di Kampung Tualang, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, bekas banduan berusia 30-an yang baru dibebaskan dari penjara pada pagi sebelumnya itu memasuki masjid berkenaan sebelum mengambil 30 al-Quran itu yang diletakkan di atas rak dan membakarnya di ruang solat.

Kejadian itu hanya disedari jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh beberapa jam selepas itu.

Siak masjid berkenaan, Abdul Hamid Shafie, 70, berkata dia terkejut apabila penduduk kampung memaklumkan mengenai kejadian itu sebaik dia tiba untuk menunaikan solat Subuh.

“Sebaik tiba, saya nampak ramai penduduk berkumpul di pekarangan masjid sementara asap memenuhi ruang solat. Saya sangkakan masjid terbakar, bagaimanapun dimaklumkan ada individu menceroboh masjid dan membakar al-Quran,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, semalam.

Katanya, sepanjang usianya dia tidak pernah mendengar ada pihak sanggup membakar al-Quran dalam masjid.

“Mujur api tidak marak kerana al-Quran itu dibakar di atas simen, jika tidak pasti masjid ini rentung. Perbuatan ini bukan saja mencemarkan rumah Allah, tetapi menunjukkan sikap keji lelaki terbabit,” katanya.

Abdul Hamid berkata, masjid itu tidak berkunci kerana ia bertujuan memudahkan penduduk atau orang luar menunaikan solat pada bila-bila masa.

Menurutnya, lelaki itu yang juga penduduk kampung itu pernah melakukan tindakan hampir sama tiga bulan lalu apabila dia mencampakkan beberapa naskhah al-Quran dalam kolah masjid.

Tindakannya itu menyebabkan penduduk mengutip al-Quran itu sebelum menjemurnya sehingga kering.

“Dia kerap keluar dan masuk penjara. Apabila melihat al-Quran itu terbakar, kami tahu ia perbuatannya kerana dia baru saja dibebaskan dari penjara atas kesalahan mencuri.

“Saya tidak faham mengapa lelaki itu sanggup bertindak demikian. Mungkin dia hilang pertimbangan dan tidak dapat mengawal diri,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan masjid berkenaan kini hanya memiliki senaskhah al-Quran yang tidak sempat dibakar lelaki itu.

Abdul Hamid berharap ada pihak tertentu untuk menyumbangkan al-Quran untuk kemudahan jemaah di masjid itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, ketika dihubungi, berkata polis sudah menahan lelaki terbabit Selasa lalu dan direman sehingga hari ini.

Thursday, July 2, 2009

Ping Pong


Semalam berakhirnya kejohanan ping pong di my Company.
Walaupun Juara kumpulan B,tapi di separuh akhir
pasukan aku telah tewas 2 games dan menang satu sahaja.

Cuba lagi tahun depan.

Wednesday, July 1, 2009

Afad & Apek

Perkahwinan Afad dan Apek di Felda Palong 3 Gemas Negeri sembilan.