Photobucket

Monday, April 12, 2010

cucuk 1 bulan


Semalam genaplah Umran Adam sebulan,dimana adam akan kena cucuk untuk 1 bulan .Adam terpaksa makan ubat untuk mengelak dari terkena deman dari kesan cucukan tersebut.

Sunday, April 11, 2010

Sekitar Sukan Tadika Mimos


Beberapa photo yang diambil dari Sukan Tahunan Tadika MIMOS yang berlangsung di Kompleks 3K,Sri Kembangan.



Friday, April 9, 2010

coretan saja

Hari ni orang kampung datang ke rumah dimana satu kenduri kahwin Najwa akan berlangsung di Dewan serbaguna di Taman koperasi polis di gombak pada esok 10.April 2010. Adik aku dari Tasik Bera pun ada datang juga.....bertambah meriahlah rumah aku hari ni.Pada tarikh yang sama anak aku pun ada “Tadika MIMOS Annual Telematch 2010 di Kompleks 3K.Habis sahaja acara tersebut bolehlah aku terus gerak ke sana.Harap-harap takder delay dalam acara tersebut.

Kebetulan pada minggu ni aku kerja petang terpaksalah banyak pergerakan sikit.Lepas balik kerja jam 11 malam nak kena ambik adik di Kerinchi Link sebab nak join jugak besok

Wednesday, April 7, 2010

DIY -Lantai Tandas bocor


Sebelum ini tandas ke 2 bahagian atas telah mengalami kebocoran atau lelehan air pada bahagian tepi dinding selepas digunakan terutamanya mandi. Ini disebabkan oleh waterproof yang tak cukup masa membuatnya masa dahulu.Anggaran untuk dibaiki semula mengikut kontraktor adalah dalam RM1500. Ini termasuklah memecahkan balik tiles yang sedia ada dan menampal balik simen bancuhan bersama waterproof.

Kejadian serupa ini juga telah terjadi pada rumah sepupu aku dimana kes yang sama dengan aku. Dia telah meminta kontraktor Indonesia membuatnya. Caranya tak perlu pecahkan tiles tersebut mengikut kata Indo.Just hanya korek balik antara tiles to tiles itu sahaja.Dengan cerita dari sepupu aku itu telah membuatkan aku meng DIY kan sendiri tandas rumah aku.So berapa banyak save yang telah aku perolehi.

Aku hanya beli simen biasa dan simen gam 1 kg bagi kedua-duanya dengan nilai RM2.00. Waterproof aku dah ada,iaitu balance masa renovation bahagian bawah.
So modal aku hanya RM2.00 sahaja.Mula-mula aku korek antara tiles tersebut. Keesokknya barulah aku simen dan biarkan 2 hari untuk keras betul-betul.
Selepas itu bolehlah test.....hasilnya memuaskan.

Sunday, April 4, 2010

Pizza Roti

Ubah selera makan pizza roti plak

Bahan2
6 keping roti
6 sosej ayam/daging - direbus dan potong serong
1/4 cili capsicum - potong dadu
(boleh tambah lain2 sayuran spt mixed vege - rebus dulu, atau apa2 sayuran yg sesuai)
3 biji telur - campur garam sikit dan buat scrambled
(kita tambah inti daging yg kita guna utk cara berlauk hari tu - kalau takde ni pun takper..)
mozarella cheese secukupnya
sos cili secukupnya
butter secukupnya

Cara2
Sapurkan roti dengan butter. Kemudian sapukan sos cili. Aturkan sosej atas roti. Taburkan inti daging cincang, cili capsicum dan scramble egg. Kemudian last.. taburkan mozarella cheese. Bakar dlm ketuhar sehingga cheese mencair dan roti nampak sedikit garing. Hidang semasa panas.

DIY atap

Acara memasang atap baru dimana ada kesan pecah yang sedia ada.Ini telah menyebabkan basah di dalam bilik anak aku jika waktu hujan lebat.Memandangkan hari cuti nilah boleh aku panjat ikut syiling untuk tukar.Sebelum ni hanya pakai tape sahaja....itu pun ada bocor juga untuk sementara.
Ini gambar yang aku dah buka sekeping atap yang pecah....tu dia nampak langit membiru.
Rupa atap yang pecah...

Saturday, April 3, 2010

Ronda-ronda mencari sarapan

Hari ini pagi-pagi terasa nak pergi pasar tani di Mardi UPM.Kebetulan tu bolehlah cari ikan haruan buat isteri ku.
Perjalanan masuk melalui pintu utama, dimana kereta dah banyak.Parkingnya tak perlu risau sebab kawasan letak kereta memang banyak disediakan.

Banyak gerai di pasar tani yang ada dimana setiap gerai mengikut kategori masing-masing.Disini senanglah kita nak membeli apa yang diperlukan disebabkan susunan yang teratur serta memudahkan pelanggan.
Ini jualan sayur-sayuran yang begitu segar sekali.....aku tengok jer takda beli.... Apa yang aku cari ialah ikan haruan.......masa aku pergi tu hanya terdapat dua gerai jualan ikan sahaja.Tapi malangnya hari ni tiada orang menjual ikan haruan.

Apa lagi alang-alang dah dekat dengan Pasar Borong Selangor....aku terus memandu kereta ke sana..... dah pasti ada....
Haruan!!!!!hanya Kedai no 98 sahaja yang ada menjual ikan haruan disitu......Harganya untuk 1Kg RM20.00.Selain itu pelbagai ikan yang ada dijual,tapi harganya boleh tahan jugak......mungkin harga ikan sekarang meningkat.
Ini lah ikan haruan yang aku beli di Pasar Borong yang akan di potong untuk dijadikan santapan di tengahari.
Ini talapia merah....buat goreng jer.....sedap

Mari kita tengok hasilnya.....
Jom menjamu selera bersama sup haruan dan talapia goreng berulamkan pegaga