Photobucket

Monday, May 10, 2010

Bowling wafer fab 2010



Pada 9 May 2010 telah berlangsung Bowling tournament di Bukit Jalil Golf Resort.
Sebanyak 10 team telah menyertai kejohanan tersebut yang turut disertai oleh Manager.

Berikut keputusan keseluruhan:

1.Grand Livina ; Total = 1296

1. Zul Husni

2. Haiza

3. Akashah

2.Alfa Romeo 156 ; Total = 1218

1. Sabri

2. Firza

3. Azuan

3.Lancer Evo ; Total = 1209

1. Syahir

2. Sally

3. Shafie

4.Audi R8 ; Total = 1181

1. Khairil

2. Kamariana

3. Shamsul

5.Chevrolet Optra ; Total = 1100

1. Fairuz

2. Asmah

3. Shaidi

6.Ford Ranger 2.5 ; Total = 1080

1. Shahrilzul

2. Fadzilah

3. Asbari

7.Bugati Veyron ; Total = 1065

1. Azni

2. Hilmy

3. Herman

8.BMW 525i M-Sport ; Total = 1034

1. Bojeng

2. Engku Hilmi

3. Halim

9.Mazda 6 Sport ; Total = 928

1. Firdaus

2. Nora

3. Bazura

10.Porsche Boxster 2.5 ; Total = 928

1. En. Iskandar

2. Mr. David

3. Letchumy


keseluruhan peserta bowling

Best Player Wanita
Best Player Lelaki

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat hari Ibu yang disambut pada bulan mei setiap ahad minggu ke-2.
Aku ucapkan Selamat Hari Ibu buat Ibu ku ,arwah Ibu mertua dan juga seluruh Ibu di Malaysia serta tak lupa buat isteri tersayang yang mana Ibu kepada anak-anak ku.
Aku doakan semua Ibu berada dalam keadaan sihat walafiat semua.

Sebagai manusia kita dilahirkan melalui perut ibu, ibu jugalah yang menyusukan dan menyuapkan kita dikala kita lapar dan dahaga.

Ibu jugalah yang setia menemani kita dikala kesedihan dan kesepian. Ketika kita gembira juga, ibu insan pertama yang berkongsi kegembiraan bersama kita. Ketika kita sakit, ibu juga yang bersengkang mata untuk kita, malahan banyak lagi perkara lain yang ibu lakukan terhadap kita, yang tidak dapat dibanding dengan orang lain. Tidak kira tohmahan atau kejian yang diterima oleh ibu, lantaran sikap buruk kita.

Alangkah hebatnya suara hati kasih sayang yang ALLAH titipkan kepada kita, melalui ibu.

Dalam dunia, setiap manusia hanya mempunyai satu ibu, bukan dua atau tiga, jadi hargailah ibu kita dengan sebesar-besar penghargaan. Cintailah ibu dengan sepenuh cinta.

Selamat hari ibu…


Thursday, May 6, 2010

Karipap kembali


Hari ini dah mula kembali acara bisness karipap berintikan ikan yang dah 2 bulan stop.Ramai sangat pelanggan tetap bertanya bila nak buat kembali .Ini diSebabkan my wife bersalin dan takder supporter dari belakang.....
Untuk starting pertama membuat karipap, aku hanya buat dalam 1 Kg gandum sahaja. Ini telah habis kesemuanya.....dan banyak tempahan yang masih Q.Jika wife dah masuk kerja lagilah ramai yang bertanya.....dan banyak tempahan.
Alhamdulillah rezeki....

Tuesday, May 4, 2010

Tukar minyak hitam


Hari ni sempat jugak tukar minyak hitam kereta bersama oil filter dan air filter yang sekian lama tertangguh.Minyak hitam hanya guna yang biasa sahaja iaitu Petronas Mach 5 .Jumlah keseluruhannya hanya RM70 dan hanya DIY sendiri.

Total KM dah cecah 121,000KM sepatutnya perlu tukar pada 116,000KM lagi....
Nasib baiklah minyak hitam ok lagi...

The big one






Di kedai kasut crocs ,IOI Mall.











Di kedai Sri kembangan
Raket badminton besar tu....










siapa nak lawan dengan aku...moh kita

Monday, May 3, 2010

Afiq Akram & Hafizah














Selamat pengantin baru semoga kekal selamanya.

Majlis pernikahan Hafizah & Afiq Akram pada 30 April 2010 telah berlangsung di Bandar Baru Bangi. Hari persandingan berlangsung pada 1 Mei 2010 di putrajaya.

semua photo dari KI CreativeImage's Photos
Majlis di Bandar Baru Bangi

Acara akad nikah berlangsung dengan jayanya dikendalikan oleh adik pengantin perempuan sendiri.Alhamdulillah semuanya selamat.




Lalu ke makan tu!!!!!!...hehhehehe selepas akad nikah selesai .....tambah nasi afiq....jangan malu-malu....






apa pengantin buat ni.....cak....









Majlis di Putrajaya

Nun jauh di sana......







acara panjat bukit berdekatan....apasal tunjuk tu...nak hujan ekkk.....






post yang best









Yang sebelah ni akulah snap.......Ini adalah gift dari pengantin iaitu coklat bar.








Saturday, May 1, 2010