Photobucket

Thursday, June 10, 2010

Pestai Pantai

Balik kampung bebaru ni sempat singgah sekejap di Pesta Pantai Mengabang Telipot Batu Rakit.
Pergi ke situ pada waktu malam dimana ada acara wayang kulit ,dikir barat dll.
Peniaga tidak melepaskan peluang berniaga sempena musim cuti sekolah di mana sepanjang jalan hingga ke pantai.Deretan kedai yang didirikan sepanjang laluan
pekena air dulu ,sementara menunggu wayang kulit bermain
sempat bergambar dulu sebelum acara bermula
kedua anak di hadapan sekali
makin penuh ruang di isi oleh pengunjung untuk menyaksikan wayang kulit

Pelbagai jualan yang di niagakan di situ terutamanya makanan,pakaian ,mainan dan sebagainya.
Makanan yang jarang dijumpai banyak juga diniagakan.Selain itu permainan turut disediakan untuk pengujung.

Di bahagian tepi pandai didirikan hampir seratus khemah daripada nipah untuk diduduki sepanjang pesta tersebut.Bekalan air dan elektrik disediakan

Bukit Gambang Water Park

5 jun, Konvoi ke Bukit Gambang Water Park bermula di Bera dengan 3 keluarga melalui Temerloh dan LPT dimana exit Gambang.Ini semua kebetulan nak balik kampung sempena perkahwinan adik pada 7 Jun.Sampai di situ dah agak lewat dalam pukul 1 tengahri.Parking memang penuh,dapat park pun jauh tak ingat jalan kaki di tengah panas.
Keadaan parking yang penuh dan terpaksa berjalan kaki jauh untuk ke water park

Kita orang sempat menjamu selera dahulu di kawasan berhampiran kerana sebarang makanan tak dibenarkan masuk di dalam.
Semua anak-anak begitu suka sekali sehingga jam 5:30pm baru keluar.....sampai kecut dibuatnya.
acara makan dahulu sebab dah t.hari ,semua kelaparan sebelum masuk water park

Waktu tamat operasi pada pukul 6:00pm.Lepas itu baru bertolak balik ke Terengganu

Senarai harga

Senarai harga di pintu masukkedai di dalam water park

Aiman dan Affan





sesi photo sebelum balik

Saturday, June 5, 2010

baucer birthday + new born




Alhamdulillah bulan ni dapat Baucer birthday Jaya Jasco
dan new born duit cash.
Nanti bolehlah beli seluar sehelai di JJ.Maklumlah JJ tengah sale sekarang.
Terima kasih my company kerana sudi memberi sedikit penghargaan.

Thursday, June 3, 2010

Nasi Ayam + Tauhu Bakar+Cucur Udang



Mencari parking,view kedai dari jauh di selekoh

Kedai makan paling top di Semenyih dimana menyediakan masakan Nasi Ayam,Tauhu Bakar bersama Cucur Udang dan kerang rebus.
Pelanggannya terdiri daripada pelbagai kaum,tahu sajalah kalau kaum lain pun ramai mesti masakannya sedap.Jika waktu puncak anda dikehendaki beratur panjang menunggu giliran nak makan.
Berjalan masuk ke kedai Tauhu Bakar


Rupa Tauhu Bakar + Cucur Udang
Nasi Ayam....sambal best

Tabung Haji


Urusan membuka akaun baru Tabung Haji untuk Umran Adam selesai juga pagi ni walaupun dah berapa lama tertangguh.Urusan dilakukan di Tabung Haji Kajang berhampiran pusat satay Kajang.Kali ini dah tahu apa yang perlu dibawa dan apa yang perlu diphotocopy. Semua ini pengalaman dari yang lepas.So urusan berjalan dengan lancarnya.

Untuk pengetahuan semua, kulit buku Tabung Haji ada kelainan sedikit dengan wajah baru.


Bahagian hadapan


Bahagian belakang

Keadaan di Tabung Haji pagi ni, takderlah ramai sangat seperti baru-baru dapat gaji.....memang sesuai berurusan .Hanya beberapa minit sahaja dah selesai.....yang lama tu duk isi borang.Kebetulan tu aku update sekali akaun aku......
Next time bolehlah daftar untuk pergi Haji plak.

Wednesday, June 2, 2010

Pneumonia



Dua hari lepas bawa anakda Aiman ke Klinik Kesihatan UPM untuk check batuk yang tak baik-baik dan ada tanda-tanda asma. Waktu pemeriksaan DR. menyatakan bunyi itu bukan asma,
macam ada something.
Ujian X-ray dan darah telah dilakukan.Dengan keputusan tersebut didapati telah terkena Pneumonia atau radang paru-paru dimana ada kuman di dalam darah dan paru.
Keadaan paru yang kelihatan hitam sedikit

Dr.hanya bagi ubat antibiotik yang kuat supaya kuman tersebut mati.Jika keadaan batuk tak baik,dikehendaki datang balik untuk pemeriksaan selanjutnya.
Alhamdulillah sampai hari ini nampaknya dah takder batuk...just kena habiskan ubat tersebut sebanyak 2 kali sehari.

Tuesday, June 1, 2010

Ribut



Petang tadi hujan yang lebat bersama angin telah melanda area Bukit Jalil.Awning polycarbonate dekat tempat kerja telah tanggal ditiup angin.Yang tak bestnya,awning tersebut melayang kat kereta aku....nasib baik takder apa-apa calar dekat kereta.Macam manalah pemasangannya yang tak begitu kuat atau tak cukup screw?

Pandangan dari atas tangga

Rupa awning yang tertanggal