Photobucket

Tuesday, July 6, 2010

Saja-saja



Dari kiri Umar Aiman,Umran Adam dan Usman Affan,Acara sesi bergambar bersama adik beradik.Aiman bukan main lagi bergaya sakan nampaknya....bersilang kaki tu....
Yang ni plak photo bersama ayahnya....nasib baik si kecil tu pandai tengok kamera....dapatlah snap sekeping dua....

Monday, July 5, 2010

Dataran Putrajaya

Membawa anak-anak berjalan-jalan di Dataran Putrajaya.Kebanyakan area tengah-tengah dataran tengah renovation.Ini mungkin membaik pulih dan mempercantikkan lagi.
Keadaan cuaca pada hari tersebut tak berapa elok dimana hujan gerimis sejak pagi lagi.Jika nak berjalan-jalan sekitar tersebut terpaksalah memakai topi untuk mengelakkan dari sakit kepala atau boleh menyebabkan deman.

Masakan Jenahak

Hasil dari masakan tangan isteri yang terbaik,dengan menghasilkan 2 masakan daripada seekor ikan jenahak yang agak besar.Jenahak ini adalah dari pemberian pengasuh anak yang memancing dekat Klang.Ikan tersebut dah dipotong dua untuk masakan pada hari minggu.


Ini adalah masakan lemak cili api pada hari sabtu.Gambar tersebut adalah bahagian sebelah bawah iaitu ekor.
Ini pula adalah masakan sweet sour dengan membuat berkuah sedikit pada hari Ahad. Rasanya memang sedap....macam ikan haruan isinya.

Sunday, July 4, 2010

cool blog

Jalan-jalan di Tesco Semenyih sambil membeli barang dapur.Waktu tu orang takderlah ramai lagi...mungkin awal kut...Nasib baiklah budak bertiga ni duduk diam dalam troli.
Lepas bayar barang yang dibeli terperasan kedai yang biasa menjual bauhu telah bertukar menjadi kedai cool blog kat situ.Banner dan gambar yang dilampirkan macam menarik jer.....membuatkan aku terasa nak order .....apa lagi kasi testlah satu cup.....
So memang betul-betul best!!!!selepas mencubanya................

Tengok ni tak sabar-sabar nak minum .....balun sampai habis satu cup untuk 4 beranak..next time boleh beli lagi....nak order satu sorang tak boleh sebab aiman batuk.......kan bertambah teruk...

Saturday, July 3, 2010

Jenahak

Ini merupakan seekor ikan bernama jenahak hasil pemberian dari pengasuh anak.Hasilnya adalah dari memancing di Klang.Rupa jenahak adalah lebih kurang dengan ikan merah.
Ini baru sahaja lepas buang perut,sisik dan potong dua.Masakan yang akan dibuat adalah 2 jenis yang berlainan rasa.Tunggu masakannya

Thursday, July 1, 2010

Bola Bowling

Kini aku telah memiliki bola bowling sendiri yang berjenama Tzone yang beratnya 11.6 lbs.Aku membelinya di Endah Parade Sri Petaling.
Ini adalah sebahagian daripada bola yang dipamerkan untuk di jual kepada pelanggan.Pelbagai jenama yang dijual dan harganya mengikut jenis bola bowling tersebut.
Sedang megukur lubang jari yang sesuai untuk ditebuk.Yang mengukur rasanya pemain Malaysia,sebabnya rasa macam pernah tengok dalam TV.
Sedang melakukan testing balingan selepas tebuk lubang....memang terbaik.
Ini tengah melakukan acara testing bola bowling baru 4 Frame RM10...tetapi hanya jam 10:00am sampai 13:00m sahaja.

wow boleh tahan jugak resultnya
Ini panel yang diperlukan untuk apa-apa keadaan yag diperlukan

Raja Buah

Inilah isi durian yang di beli

Bebaru ni ada beli durian 1 biji , 1kg Rm4.50. Isinya boleh tahan jugak.....nak kata hantu durian takderlah......kalau tengok durian tu takderlah kemaruk mana nak makan....
Tapi jika pasar malam atau sepanjang perjalanan dekat Semenyih ramai yang menjual durian.Takder plak nak berhenti bertanya berapa selonggok atau berapa 1 kg. Kalau kaki durian dah lama pi singgah beli.