Photobucket

Monday, January 24, 2011

1/2 day

½ day pagi tadi untuk 4 urusan sekaligus.Semua berjalan dengan baik semuanya.Alhamdulillah.

Seorang pakcik yang meminta mengisi borang pengeluaran buatnya.So aku tolonglah sementara menunggu giliran aku dipanggil.Kalau tak dia akan balik rumah agaknya dan datang kembali.Umurnya dah cecah 70++ .

Friday, January 21, 2011

New baby


Semalam menerima pesanan SMS dari anak saudara mengatakan telah selamat melahirkan anak perempuan.Alhamdulillah semuanya selamat dan sihat.

Dengan lahirnya baby ini ke dunia,maka aku telah mempunyai 3 orang cucu rupanya.Dua lelaki dan sorang perempuan.

Waktu melawat di Hospital Putrajaya memang putih gebu baby tersebut,geram tengok.Insyaallah next time doa-doakan aku pulak dapat baby girl yer.Amin.

Thursday, January 20, 2011

Roti Canai D'Bukit

Hari ini kempunan belaka nak makan roti canai D'Bukit selepas main futsal di Galaxy Futsal Bandar Baru Bangi.Dalam waktu tu biasanya ada lagi,ini mungkin cuti thaipusam yang menyebabkan ramai pelanggan hari ini.

Waktu datang hanya tinggal nasi lemak dan mee jawa sahaja.So bebudak ni orderlah apa yang ada......Beberapa minit kemudian sampailah mee jawa 3 pinggan.Yang 3 orang lagi nasi lemak termasuklah aku.Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai pesanan.Rupa-rupanya nasi lemak dah habis....
aduhai kempunan lagi.......cakaplah awal2 dah habis ambil order buat apa.......
so hanya minum air sahaja.....next time boleh repeat balik.

Kelambu Moden

Kelambu moden dah dibeli untuk anak-anak.Jika balik kampung nanti bolehlah pakai untuk mengelak dari serangan nyamuk...hehehehehe...teringat plak zaman aku kecil2 dahulu pun pakai kelambu......

Bukan main seronok budak-budak ni...dia buat macam khemah plak.Saiz yang beli 180X200X145 kira boleh muat saiz TOTO.
Cara lipat

Kelambu zaman dahulu macam photo di bawah....setiap penjuru terpaksa kena ikat tali.

10 bulan


Umur Umran Adam dah masuk 10 bulan lebih ++.Buat masa sekarang tengah belajar nak berjalan.....mungkin satu dua minggu lagi okey kut.So nanti bolehlah pakai kasut abangnya yang lama,masih elok lagi....
Kini tangga dah kena pagar,kalau tidak asyik panjat sahaja....

Monday, January 17, 2011

Mat ayam kampung

Hari ni bos belanja makan di Mat ayam kampung sri kembangan sempena penyusunan semula module di tempat kerja.Last pergi bila yer?......dah lama rasanya.......Jika sekali sekala ok jugak makan dekat sini pekena ayam kampung.

Order makan bersama air asam boi + jus limau kasturi memang menarik....lain dari yang lain rasanya.Saiz ayam pula nampak kecil sedikit dari biasa....anak ayam muda agaknya....

Damping Malam (2010)



Mengisahkan WADI (36) dengan isterinya KU KHALIRA (32) yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH(45) oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.

Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI (36) ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…

DOWNLOAD HOTFILE SINGLE LINK

HF