Photobucket

Sunday, June 12, 2011

Terengganu Juara Piala FA


Tahniah buat Terengganu yang bangkit di saat akhir dimana mengalahkan Kelantan dalam waktu tambahan.
Tak sia-sia pergi semalam tengok dekat Stadium Bukit Jalil.Pada minit terakhir penyokong Terengganu dah ramai meninggalkan tempat duduk kerana beranggap tiada peluang lagi.Tapi dengan semangat pemain berjaya juga menghasilkan gol.
Dengan gol tersebut penyokong Terengganu berjaya memenuhkan kembali tempat duduk dan memberi sokongan hingga dapat menghasilkan gol ke-2.

Tahniah Ganu

Monday, June 6, 2011

Keputusan penuh Liga super

Selangor (7) - Perlis (1)
Felda united (1) - Kedah (2)
Johor FC (1) - Perak (1)

...
N.9 (4) - T-team (0)
Terengganu (0) - Kelantan (3)

Kelantan mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dan diikuti rapat oleh Selangor

Link Market Value kereta

So bolehlah buat rujukan kalau-kalau ada yang nak jual kereta dimana harga terkini market value

Klik di sini

Perlawanan Menarik Malam ni Terengganu Vs Kelantan



Perlawanan malam ini ibarat Pra final piala FA yang akan berlangsung di Kuala Terengganu.Untuk perlawanan sebenarnya pada 11 June di Stadium Bukit Jalil.Jika Terengganu menang malam ni, kedudukan tangga teratas berubah dan peluang untuk juara liga cerah.

Pusat Sains Negara

Membawa anak-anak ke Pusat Sains Negara (PSN) sempena cuti sekolah.Bertolak ke sana selepas menghadiri kenduri kahwin di Semenyih.

Sampai di PSN memang penuh parking sampai ke luar....nasib baiklah waktu masuk tu ada satu kereta nak keluar,betul-betul di hadapan pintu masuk utama.Ini adalah kali pertama sampai di PSN selama tinggal di Selangor.Kebetulan ada pameran dinasour waktu ini,so tentulah anak-anak paling suka untuk melihatnya.

Harga tiket untuk kanak-kanak 4 tahun hingga 17 tahun adalah RM5.00 dan dewasa RM10.Dia ada pakage Family 2 dewasa,2 kanak-kanak iaitu RM25.So jimatlah rm 5.00.

Selain pameran dinasour ,pameran sains lain pun ada di sekitar itu.Budak-budak semuanya suka dan tak nak balik dibuatnya.

Selepas selesai tengok pameran bolehlah beli cenderamata dan menikmati makan di bahagian luar PSN di pinggir bukit.Jika tengok dari situ ada satu kolam di bahagian bawah(tempat riadah) dan sesuai untuk bawa anak-anak mandi manda disitu.....jika tahu dah bawah pakaian mandi anak-anak.







Sunday, June 5, 2011

Kenduri Kahwin

Hari ini menghadirkan diri undangan perkahwinan sebanyak 3 tempat.Kalau difikirkan memang ta larat nak isi makanan semua tu....terpaksalah makan sidikit jer.....
Lokasi pertama adalah jiran lorong rumah sendiri,so terpaksa kena gerak awal jam 12.00 t.hari sebelum ke next destinasi.Di sini ada kelainan masakan iaitu kambing/ayam bakar,boleh tahan sedap kambing tu.....
Next adalah ke Dewan Serdang Raya Sri Kembangan.....anak-anak tak nak makan kerana dah kenyang makan di lokasi pertama.....terpaksalah rasa sedikit.....
Last sekali adalah di dewan IIM Jalan Duta tingkat 2....Dekat sini bolehlah makan yang termampu sahaja.......

Selamat Pengantin Baru buat pengantin.

Friday, June 3, 2011

Malaysia Vs Hong Kong

Full Time: Hong Kong 1-1 Malaysia..kalau kalah tadi,esok metro,kosmo,utusan semua pakat2 nk hentam..tahniah Harimau Malaya..aumm aummm