Photobucket

Thursday, November 3, 2011

Moise kek coklat

Rupa moise kek coklat yang aku buat bebaru ini.....rasanya boleh tahan sedap hehehehe...

Jalan2 Putrajaya

Lokasi taman permainan ini adalah berdekatan dengan Istana.
Suka anakda sebab dah bawak dia jalan-jalan di taman permainan.Jika nak dukung pun tak nak...

so bolehlah cuci-cuci mata dengan beberapa keping gambar yang diambil.Kot-kot anda berminat nak ke sini.....J
Jika nak jogging pun boleh sebab ada disediakan laluannya....next time pergi kena pakai pakaian bersukan ni.so bolehlah jogging.





Wednesday, November 2, 2011

HARGAILAH ISTERI ANDA



hargailah isteri anda..
BIAR DIA BERANAK SELALU

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.........

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak¦.

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,

Tapi bila dah habis cuti tu.....layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak¦.ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih¦

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis..

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seand ain ya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
by: Aduka Panji Alam (Official) Fans Club

Tuesday, November 1, 2011

Piala Malaysia 2011

Piala Malaysia 2011 Final berlangsung di Stadium Shah Alam,dengan keputusan Terengganu tewas 2 - 1 dengan N9.
Marilah tengok beberapa gambo









DIY- Rak

Kali ini kita akan melakukan aktiviti DIY- Rak.Kegunaan rak ini adalah untuk meletakkan barangan yang berada di dapur.Jika anda berminat nak pasang di dalam bilik atau di dalam rumah,tiada masalah ,asalkan bersesuaian.Papan kayu serta penahan bolehlah beli di kedai DIY atau hardware.Untuk DIY ini semua barang adalah dari IKEA.
untuk permulaan kita kena pastikan ketinggian yang perlu dan bersesuaian untuk di pasang.Jika kita nak drill lubang dekat mozek hendaklah meggunkan mata drill yang kecik dulu,kalau tidak mata drill tersebut akan bergerak.Waktu drill hendaklah pasang plastik di bawah lubang yang nak di tebuk supaya tidak berabuk.
Keadaan tapak yang di pasang serta plastik untuk menadahnya.
keadaan rak yang telah siap di pasang.
inilah hasilnya

Bus stand lama

Ini adalah bus stand lama kuala Terengganu yang terletak di tengah-tengah bandar.Sekarang dah jadi tapak stesen teksi kerana dah ada pembinaan yang baru.
Banyak kenangan waktu ini dimana zaman sekolah dulu.Tambang bas pun murah...kalau hari minggu,memang ramai orang yang menaiki bas sampai ke tangga....dan kadang-kadang aku tak sempat nak bayar dah sampai ....hehhehe....
Di lorong-lorong situ banyaklah peniaga yang menjual air tebu,keropok dan juga digelar lorong bombay.....kira banyaklah kedai-kedai keset kat situ

Kejohanan Futsal EOCM 2011


KEJOHANAN FUTSAL EOCM 2011 PADA 30 OKTOBER 2011 BERTEMPAT D FERRO FUTSAL SUBANG.

Inilah pasukan aku Geng Ari yang menjadi Johan Futsal CR 2011.
tu dia aksi iklan sos chili
allo bang.....no berapa tu....
team juara bersama piala
Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai.tp ramai dah pulang waktu ni