Photobucket

Sunday, November 13, 2011

Tafsir Surah al Qadar.

Bismillahirrahmanirrahim

Tafsir Surah al Qadar.

1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.

2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr

3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.

4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr

5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.

Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

TAFSIRNYA

Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.

Ayat 2 & 3-ASAL USUL SERIBU BULAN

Diriwayatkan daripada Ibnu Abi Hatim daripada Mujahid bahawa ada seorang lelaki dari Bani Israil, namanya Syam’un. beliau merupakan seorang pahlawan Islam yang berjuang di jalan Allah selama seribu bulan. Selama perjuangannya seribu bulan, beliau tidak pernah dikalahkan oleh musuhnya.

Ada pula riwayat Ibnu Jarir daripada Mujahid juga, mengatakan beliau (lelaki Bani Israil) itu pada malam harinya sentiasa mendirikan ibadah malam sehingga subuh, manakala pada siang harinya berjihad menentang musuh sehinggalah menjelang petang selama seribu bulan.

Hikayat Sham’un

Imam Al Ghazali menceritakan kisah Sham’un dengan agak terperinci. Kisahnya begini: Sham’un merupakan seorang pahlawan di kalangan Bani Israil dan beliau tidak pernah dikalahkan musuh. Suatu hari, musuh nya berbincang cara untuk menewaskan Syam’un. Lalu mereka menghantar utusan kepada Isteri Syam’un untuk memperdayakannya. Utusan tersebut membawa satu bejana ppenuh dengan emas dan meminta isteri Syam’un supaya mengikat suaminya pada malam hari. Akibat tamakkan emas, isterinya sanggup mengikat Syam’un pada malam harinya. Keesokkan paginya, apabila Syam’un bangkit dari tidur, dengan mudahnya tali yang mengikatnya terputus satu demi satu. Lalu beliau bertanya kepada isterinya kenapa beliau diikat? Jawab isterinya, dia mahu menguji kekuatan Syam’un. Apabila pihak musuh mengetahui bahawa rancangan tersebut gagal, mereka berputus asa. Kemudian Iblis datang menemui mereka dan menasihati mereka agar meminta isteri Syam’un tanya suaminya itu apakah rahsia kekuatannya? Pada malam nya, si isteri bertanyakan Syam’un tentang perkara itu. Syam’un yang pada awalnya keberatan memberitahu, akhirnya mendedahkan rahsia kekuatannya terletak pada lapan helai janggutnya yang panjangnya hingga ke tanah. Setelah Syam’un terlena, si isteri pun memotong janggut suaminya yang hanya lapan helai itu lalu diikatnya pada kaki dan tangan Syam’un. Pihak musuh datang menangkap Syam’un dan membawanya ke rumah pasung untuk diseksa. Mereka menyeksa Syam’un dengan memotong sedikit demi sedikit anggota tubuh Syam’un seperti telinga, mulut dan lain-lain. Lalu Syam’un yang berada dalam kesakitan , berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk melawan musuhnya. Tiba-tiba Allah memakbulkan doa Syam’un , dan Syam’un menarik ikatan yang mengikatnya pada tiang2 besar di rumah pasung itu hingga menyebabkannya runtuh lalu menimpa musuh2nya sehingga mati.

Sambungan Tafsir

Sufyan as Thauri berkata, “telah disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan (maknanya): amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, Malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada malam al qadr padanya.

Daripada Abi Hurairah radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah bersabda, “ Barangsiapa yang mendirikan malam al qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, diampunkan baginya dosanya yang telah lampau.”

Ayat 4-Malaikat Turun Bawa Rahmat dan Berkat

Malaikat-malaikat yang dimaksudkan dala ayat ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya keberkatan dan rahmat turun pada malam al qadr. Keadaan ini samalah ketika turunnya Malaikat kepada orang yang sedang membaca al Qur’an atau orang yang duduk dalam majlis /halaqah zikr. Mereka melingkungi orang yang berzikir serta melabuhkan sayap mereka ke atas orang2 yang menuntut ilmu kerana memuliakan penuntut ilmu.

Manakala ar Ruh pula ialah Malaikat Jibril alaihissalam.Adapun “membawa segala urusan” membawa maksud segala taqdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara sebagaimana disebut oleh qatadah.

Ayat 5-Sejahtera hingga Subuh

Sejahtera di sini bermaksud Syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara 2 jahat pada malam itu. Kata Qatadah dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik seluruhnya , tidak ada padanya(malam al qadr) kejahatan hinggalah terbitnya fajr(Subuh).

Adapun antara tanda Malam al Qadr ialah berdasarkan kepada hadis2 di bawah:

Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.

“Artinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” [4]

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]

PENUTUP

Marilah kita sama2 mencari lailatul qadar pada malam2 yang ganjil sebagaimana sabda RASULULLAH yang baksudnya, “…Maka carilah ia sungguh2 pada 10 malam yang terakhir dari Ramadhan.”

Mega TT EOCM 11.11.11

Satu rancangan TT seluruh ahli club exora di Malaysia mengadakan satu TT sempena 11.11.11 dan waktu kemuncaknya 11.11pm.

Lokasi

November 11 - CR Krabat GLR Ganazzz & Paexoc
Tarikh: 11.11.11 Jumaat
Mula Berkumpul: 8.30 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 PM
Lokasi: Restoran Sri Pattani Seafood ( Saujana Utama )


November 11 - CR Warikh & VIP & 3G
Tarikh: 11.11.11 Jumaat
Mula Berkumpul: 9.11 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 PM
Lokasi: Dataran Nilai N9


November 11 - NR
Tarikh: 11.11.11 Jumaat
Mula Berkumpul: 9.11 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 mlm
Lokasi: R&R Bagan Ajam...dulunya Pantai Bersih....BORR

November 11 - ER Tgk Crew
Tarikh: 11.11.11
Hari: Jumaat mlm Sabtu
Mula Berkumpul: 9.11 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 mlm
Lokasi: Pulau Warisan (Belakang Kg.Cina)


November 11 - ER Pahang Crew
Tarikh: 11.11.11
Hari: Jumaat mlm Sabtu
Mula Berkumpul: 10.30 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 mlm
Lokasi: Dataran Mahkota

November 11 - SR
Tarikh: 11.11.11 Jumaat
Mula Berkumpul: 8.30 mlm pekena Sup Tulang Korban dulu kat Setia tropika
Masa Kemuncak: 11.11 mlm
Lokasi: Danga Bay

Wednesday, November 9, 2011

Nasi Arab


Ini adalah kali ke-3 makan di Restoran Half Moon nasi Arab yang terletak di Sri Kembangan berdekatan South Citi Plaza.Hari in makan sempena hari lahir kawan.

Harga untuk semua masakkannya adaah berbaloi-baloi sekali berbanding restoran arab yang lain.
Waktu operasi kedainya adalah pada jam 12:00PM dan sentiasa penuh dengan pelanggan.
Biasa yang order adalah kabshah atau mandy lamb.Kalau yang jenis makan sedikit seeloknya order satu pinggan shj dan minta extra plate.

Tuesday, November 8, 2011

Demam

Hari ni cuti jaga anakda berdua yang demam panas sejak semalam lagi.Bila check suhu kedua-dua badannya memang betul-betul panas,suhunya dalam 40 d.Nasib baiklah ada stok ubat bontot dlm peti ais.Pagi td nak bawa ke klinik yg selalu pergi,tp kliniknya tutup sampai besok sempena raya haji.Terpaksalah singgah klinik kesihatan UPM sebelum hantar ibunya.Alhamdulillah sehingga petang ni kedua-duanya dah kebah.....Harap-harap OK semuanya.Amin

Monday, November 7, 2011

kek creamer

Inilah rupa kek creamer yang dah siap di bakar

yang ni kek tadi yang telah di terbalikkan
Kasi potong sedikit untuk di rasa

Makan-makan di Hari Raya Qurban

Memandangkan ramai yang tak balik raya kali ini,aku adakan acara makan-makan sedikit.Semuanya dari anak beranak belaka.Manu utama lain tak bukan iaitu nasi dagang dan juga sedikit pulut kuning dan rendang ayam.Di samping itu sebijik kek sempena ulangtahun perkahwinan yang tak lama lagi.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan lagi acara makan-makan ini.

Jadual penuh Perlawanan Bola, Sukan sea Indonesia 2011


Berita sukan terkini.

Persiapan skuad harimau muda (ong kim swee) rasanya sudah lengkap. Perlawanan pertama, akan bertemu dengan Singapura musuh tradisi ini bakal menentukan sejauh mana kekuatan skuad bawah 23 tahun ini. Mampukah untuk membalas dendam skuad Senior yang tempoh hari dalam kelayakkan piala dunia kita tewas dengan aggregate5-3.

20 pemain yang akan beraksi:

Ong kim swee telah menyenaraikan 20 pemain ini yang bakal beraksi di Sukan sea ini nanti. Yang digugurkan jangan berkecil hati.

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi Roslan.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Amer Saidin, Asraruddin Putra Omar, Zubir Azmi.

Tengah: Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, K Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Zakaria.

Penyerang: Baddrol Bakhtiar (C), Ahmad Fakri Saarani, Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu.

Malaysia di group A.

  • MALAYSIA
  • INDONESIA
  • SINGAPURA
  • THAILAND
  • KEMBOJA

Group B :

  • VIETNAM
  • LAOS
  • BRUNEI
  • TIMOR LESTE
  • MYANMAR
  • FILIPINA

Jadual penuh perlawanan bolasepak.

Kepada yang tidak ingin terlepas mengikuti perkembangan perlawanan dibawah ini ada jadual perlawanan semua negara yang bertanding.

jadual perlawanan bolasepak sukan sea 2011, jadual bolasepak sea games 2011, jadual perlawanan sukan sea indonesia 2011, jadual perlawanan malaysia bolasepak sukan sea 2011


Kalau diikutkan dah banyak kali jadual ini ditukar sedemikian rupa. Mungkin indonesia ada taktik dan alasan mereka. Namun, bagi pasukan juara tidak boleh mempertikaikan jadual perlawanan ini. Harus bersedia menempuh semua pasukan dengan jayanya.

Masa diatas ialah waktu indonesia. Jadinya kena tambah sejam. Kalau pukul 4, maknanya pukul 5 lah start. Apepun kita tunggu dan lihat.

Ringkasan Jadual Perlawanan malaysia:

7 November 2011 ::> MALAYSIA |vs| SINGAPORE (5 ptg)
9 November 2011 ::> MALAYSIA |vs| THAILAND (5 ptg)
11 November 2011 ::> INDONESIA |vs| SINGAPORE (3 ptg)
13 November 2011 ::> MALAYSIA |vs| KEMBOJA (5 ptg)
17 November 2011 ::> INDONESIA |vs| MALAYSIA (8 mlm )

*Waktu yg dinyatakan diatas tidak dapat dipastikan samada ianya tepat ataupun tidak tepat.
*Venue untuk semua perlawanan diatas adalah di stadium Gelora Bung Karno.
*Siarang langsung akan ada di RTM dan astro ARENA.
*Sebarang perubahan atau perkembangan terkini akan dimaklumkan.