Photobucket

Wednesday, December 21, 2011

Program paling menjijikkan di tv



LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.
Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi

Monday, December 19, 2011

Kuliah Maghrib

Alhamdulillah ramai anak-anak muda ingin mancari ilmu.Ini adalah gambaran di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi di mana kuliah maghrib di sampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus



Wantan Mee

makan t.hari hari ini dengan menu wantan mee di kedai D'jamel,Desa Tun Razak.

Exora BOLD

Bilalah boleh test exora bold ni.....asyik tengok orang jer test....
Nampak mmg berdesut tak ingat lajaknya......ahhhhh kena test jugak ni.....






Sunday, December 18, 2011

jejak Upin Ipin

Hari ni bawa anak jalan-jalan di Muzium Negara sempena pameran jejak Upin Ipin.Pergi ke Muzium awal untuk mengelakkan kesesakan jalanraya dan parking kereta.




Tuesday, December 13, 2011

Geng Semut Merah ke Desaru

Sebahagian geng semut merah yang menyertai konvoi ke Desaru Damai Beach Resort.












KL dilanda banjir

Hujan lebat sebelah petang tadi menyebabkan Kuala Lumpur di landa banjir kilat terutamanya di Jalan Tun Razak.Jika sebelum ini Bandar Kajang lumpuh dengan lebih 200 kenderaan tengelam terutamanya di Plaza Metro Kajang.

Adakah salah pembangunan yang tidak betul atau perparitan tidak dapat menampung air hujan yang terlampau banyak...fikir-fikirkan.....