Photobucket

Saturday, June 9, 2012

satar ikan

Satar ikan homemade yang telah dihasilkan untuk buat kali pertama.
Hanya bakar dalam oven sahaja......nak pakai dapur arang malas.Rasanya tak sesedap jika bakar dapur arang.Apa-apa pun memang puas hatilah.
ini rupa yang telah masak dan siap untuk dimakan.

Bumper RO1na

Satu lagi bumper keluaran terbaru dari exorian club yang diberi nama RO1na oleh Zul Panjey dan Nazirtechno.Kini dah ada 3 bumper kesemuanya hasil design exorian.
Ini rupa dari silver colour
Dan ini bumper dari Zul Panjey......memang lawa rupanya.
Tahniah dengan keluaran bumper terbaru.

Friday, June 8, 2012

Operasi Sunroof exora


Rasanya ini adalah  exora yang pertama yang melakukan transformasi sunroof .Tahniah buat abang Sham sumo kita yang berani mengubah suai exoranya.
 
 
Exora Sham yang berada di bengkel Kajang untuk dikerjakan oleh pomen-pomen kereta.
Pomen sedang melakukan pemotongan bumbung 


Inilah rupa setelah bumbung di potong....dah boleh nampak langit tu.....
Dah barai.....

dah hampir siap
simen time

 siap sepenuhnya..memang terbaik....tahniah buat abang sham sumo sekali lagi

Thursday, June 7, 2012

Derma Darah


Kempen derma darah dengan kerjasama Prosboc,EOCM dan Pusat Darah Negara telah diadakan di Jusco Metro Prima Kepong pada 3 Jun 2012.Sumbangan anda ini akan menyelamatkan nyawa family,saudara mara ,rakan taulan dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
Sebahagian pesawat yang menyertai kempen derma darah dan juga memaparkan sticker kempen derma darah di cermin pesawat.Ini menggalakkan lagi orang awan untuk juga menyertainya.

Peserta derma darah dari EOCM iaitu warden.Kali pertama agaknya,nampak rauk wajahnya yang agak takut dan nampak juga isterinya sampai tutup telinga......terbaik wook jika pertama kali...cari pengalaman dan akan derma lagi untuk next time.

 Di samping itu ada juga diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.Ini akan memeriahkan lagi sambutan sambil menderma.

Sebahagian daripada peserta yang menderma dan menjayakan aktiviti tersebut.
Tahniah.....

SUT 3 dah keluar Majalah

 Sambutan Ulangtahun exora club yang ke-3 bebaru ni dah keluar majalah Otomania.Tahniah pada yang bertungkus lumus sehingga berjaya keluar majalah.
So pada exorians bolehlah dapatkan keluaran Jun di Majalah Otomania .
Majalah Kereta berkemungkinan ada juga cerita SUT-3 ini..kita tunggu jer keluaranya nanti.


Wednesday, June 6, 2012

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat anak saudara iaitu Masitah dan Ahmad Najib serta  Firdaus dan Aisyah.Semoga perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat yang berlangsung pada cuti sekolah.

Tuesday, June 5, 2012

Pantai Pandak,Marang



Jalan-jalan di Pantai Pandak semasa balik kampung pada 1 Jun sambil pekena
Ikan dan sotong celup tepung.
Sempatlah bawa anak bermain di tepi pantai.