Photobucket

Sunday, June 17, 2012

TT Gabungan EOCM(3G) dan Alza

kehadiran TT gabungan EOCM(3G) dan ALZA

1.Cip kamal
2.Why Be
3.Ezam
4.Roslly
5.Usery
6.Mizie
7.Beta9x
8.Yie
9.Man70 ( tak bawak pesawat )
10 Hariri
11.Ali exo
12. Sayutie
13.Paparock80
14.darwis
15.Zako
16.Fauzani
17.Nuar
18. Hafiz
19. zamri
20. Zaimas
21. AZmi
Di anggarkan lebih dari 50 biji kenderaan dari Exora dan Alza yang berjaya ber TT di tapak pasar tani Kajang prima pada 15 jun 2012
sebahagian peserta yang baru sampai
Deretan Alza dan Exora....Majoriti kenderaan berwarna putih

Sumbangan iklas dari EOCM buat Alza

Friday, June 15, 2012

Buah Gajus/jambu golok.ketereh




Buah Gajus  aka jambu golok aka buah tere….semua orang panggil.Kalau dekat KL ni susah nak jumpa buah ni…..kalau ada pun dekat pasar tani macam tu.
Bebaru ni sempat kirim dari kampong untuk di masak lemak……bestnya.
Inilah hasil masakannya...nyum...nyummm.....

Thursday, June 14, 2012

Tahniah Yeng

Terima berita gembira dari adik bongsu yang bakal menjadi ayah tak lama lagi.Alhamdulillah bertambahlah anak saudara.Harap-harap dapat perempuan amin.
Tapi aku apa kurangnya ,sama ajer....aku pun harap girl juga....3 orang dah hero ni......InsyaAllah awal tahun hadapan.

Wednesday, June 13, 2012

Tips Penjagaan GearBox


Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda   mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan   pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda   boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita   dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda   rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya  bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

FM

FM terbaru:Marilah sama-sama mencuci mata buat seketika   


                                                                                       

Tuesday, June 12, 2012

Tahniah Malaysia


Keputusan perlawanan persahabatan 2012 Malaysia vs Singapore  :

Malaysia - 2
Singapore - 0
yang berlangsung di stadium Shah Alam.
Keputusan sebelum ni yang bermain di Singapore adalah seri 2- 2.
 
Tahniah Malaysia!!!!!!!!

Sunday, June 10, 2012

Sg.lopo Ulu langat

Papan tanda air terjun Sg.lopo di Ulu Langat.Lokasinya di kawasan kebun duria dan ,hanya  parking kenderaan serta pondok dikenakan bayaran.
Ini rupa pondok yang amat sesuai untuk makan-makan seekeluarga setelah penat berendam di dalam air.
inilah rupanya air terjun sg lopo
tu dia anak-anak yang tak tahu kesejukan airnya.
sambil mandi manda boleh makan durian.....kebetulan musim durian..... kan dah dalam kebun durian ....balun jerlah