Membuat on wheel belancing secara manual di kedai Continental Permaisuri.Hasil kerjanya memang memuaskan.Harga belancing mengikut saiz rim,untuk rim 18" ni dia ambil RM28 jer.
Wednesday, October 17, 2012
Kejohanan Bowling EOCM CR 2012
Pada 14 Oct berlangsungnya kejohanan bowling CR 2012 di Metro Point Kajang dengan meriahnya.Crew 3G menjadi tuan rumah untuk tahun ini dengan penyertaan 120 orang peserta,setiap pasukan terdiri daripada 4 ahli jajahan masing-masing.
Sepanjang perjalanan berlangsung ,diselitkan dengan cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana.
Tahniah pada geng lanun yang menjadi Juara untuk musin 2012.
Balingan perasmian dari chip CR menandakan Kejohanan Bowling CR 2012 bermula
Wednesday, October 10, 2012
Urat
Puncanya dari kejadian lama.......urat punggung telah lari,sekarang telah di blok oleh lemak.itulah punca sakitnya.
Alhamdulillah setelah melakukan urutan dapatlah diperbetulkan dan harap dapat kembali berjalan dengan selesa lepas ni.
Kalau bangun tido atau duduk terlalu lama ,terpaksa ambil masa untuk berjalan sebab terasa sengal-sengal sampai ke punggung....tuhan saja yang tahu bertapa sakitnya.
Sunday, October 7, 2012
bowling
Hari ni ada sesi latihan crew 3G untuk kejohanan bowling EOCM CR 2012 yang akan berlangsung di Metro Point Kajang pada 14 Oct ,jam 9 pagi.
Nampak sangat lama tak bersukan dan bermain sampai tangkap pinggang beb....sakit dibuatnya.
Saturday, October 6, 2012
57K
Hari ni genap 57.000KM servis minor exora ku dengan kerugian RM223.Sepanjang berkhidmat buat kami sekeluarga memang terbaik operasinya. Kini telah bertukar wajah dengan rim baru setelah rim STP yang telah botak keempat-empanya.
zoom kasi dekat sikit
Dari pandangan sisi tepi
Saturday, September 29, 2012
Kunci Oh Kunci
Nak dijadikan cerita hari ini terlupa ambil kunci rumah di dalam kereta,Sebenarnya kereta telah di pinjam oleh kakak untuk ke Port Dickson.Kereta bertukar sebelum solat jumaat lagi.
Waktu balik kerja dah nak sampai rumah barulah perasan kunci tak ambil dalam kereta...
aduh......macam mana nak masuk rumah ni.....dahlah ada temujanji dengan member di Ampang malam tersebut.
Kunci spare ada,tapi dalam rumah.........Yang aku buat pinjam tukul dan screw driver dengan jiran.
Cara buatnya tak boleh diceritakan.....tapi alhamdulillah dalam masa 5 minit dapat masuk kembali.
Subscribe to:
Posts (Atom)















