Photobucket

Sunday, December 16, 2012

Ballast terbakar

Bebaru ni hujan lebat berserta kilat telah mengakibatkan lampu rumah terbakar.Kejadian yang sama juga turut berlaku dirumah jiran-jiran.Ada kipas terbakar dan juga internet line telah rosak.

Lepas membuat siasatan rupa-rupanya ballast telah rosak.Just tukar sahaja dengan yang baru.

Nasib baiklah wayer bumi berfungsi dimana suiz utama telah ditendang.(off).
Rupa cover yang telah dibuka dalam siasatan lagi.
Inilah ballast yang telah dibuka dan nampak ada kesan hitam yang terbakar.
Ballast yang baru siap sedia untuk di tukar ganti.

Wednesday, December 12, 2012

Selamat Pengantin Baru Bob

Bob mekanik proton Kean tat yang melangsungkan perkahwinan pada 2 Nov bebaru ni di dewan penjara Kajang.

Terima kasih Bob kerana menjemput pelanggan exora club ke majlis perkahwinan.Kami doakan agar kekal hingga akhir hayat dan selamat pengantin baru.
Geng2 exora yang sempat datang pada majlis perkahwinan bob
YB menunggu pengantin sampai sebelum cabut balik.

Pengantin di arak dengan palunan kompang hingga ke pelamin.

Friday, December 7, 2012

Majalah kereta

Terbaik!!!!!! buat kali ke-2 muka aku keluar majalah kereta.Kali ini untuk majalah Otomania.Nak kena pergi kedai untuk dapatkannya sebelum kehabisan.Rasanya pic yang bawah sekali tu majalah lain.itu yang tak pasti sebab belum lagi memilikinya.
Photo ini copy dari rakan-rakan di FB



Tuesday, December 4, 2012

Udang Galah

Ini adalah udang galah sungai pahang di Pekan.Harganya mengikut saiz udang tersebut.Biasanya untuk 1 kilo RM30 ke RM35.Kalau yang jenis besar boleh cecah RM 50 sekilo.

Photo di atas dalam RM35 sekilo.Memang berbaloi dan cukup puas hati.Masak lemak cili api dan masak merah adalah menu utama.

Sunday, December 2, 2012

Restoran Mee Ketam

Selama ini hanya dengar sahaja mee ketam,tapi pada sabtu lepas dapat merasainya.Restoran ini terletak di sek.7 Shah Alam iaitu belakang UITM.Harganya memang berbaloi.Singgah restoran ni pun kebetulan ontehewat balik dari klang.




Feri Pulau Pinang

Balik dari YEG-4 bebaru ni adalah peluang buat anak-anak merasai menaiki Feri di Pulau Pinang,Kereta park bahagian bawah dan sempatlah naik ke atas untuk melihat view yang lebih jelas.Bukan main seronak anak-anak




AFF Suzuki Cup 2012


Tahniah pemain Malaysia yang berjaya menewaskan Indonesia 2-0.Kemenangan ini membawa Malaysia kelaluan separuh akhir Piala Suzuki AFF selaku naik juara kumpulan B.

Laluan Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan bagaimanapun penuh dengan ranjau apabila bakal berdepan pasukan pilihan, Thailand yang muncul juara Kumpulan A selepas Singapura menjuarai Kumpulan B dengan menang 4-3 ke atas Laos.