Pada waktu balik kerja hari ini,tayar belah belakang pancit lepas jejambat Bandar Baru Bangi.Tolak sekejap ke tepi highway adalah seorang India offer nak tukar.Aku sebenarnya ada semua peralatan tukar tiub,tapi pump aku bermasaalah sikit.....
Last-last bagilah dia tukar......
so kenalah RM15 berbanding dikedai biasa RM9 ke RM10.
Nasib baik dia buat cepat.......
Walaubagaimanapun sebenarnya tayar belah belakang tu dah botak....macam kepala tuan dialah....hahahahahaha....
Besok kena tukarlah jawapnya.
Jika tayar botak memang tak elok untuk perjalanan jauh dan membonceng......serta kelajuan tak boleh melebihi 80km/j.
Friday, December 12, 2008
Hobi-FM dan Key-chain
PC Fair 08 (12-14 Dec)

Projek ke PC Fair lepas solat jumaat hari ini.Solat jumaat di belakang istana……Waktu perjalanan ke KLCC mak ai….jalan jem tak ingat…….Waktu persimpangan empat nak masuk parking bawah KLCC dah tak gerak…..rupa-rupanya parking di situ sudah penuh.
Kita orang dah ke arah kanan dari traffic light untuk parking di hadapan Taman KLCC……Area situ pun tak gerak jugak…..penuh dengan kenderaan…….
Jam di tangan hampir menunjukkan 3:00pm……..kita orang dah tukar rancangan berpatah balik ke opis…..kalau tak mahu balik pukul berapa ni……dahlah nak parking pun susah……nak berjalan ke KLCC dari parking tu mengambil masa……nak tengok dan membeli mahu ambil masa satu jam lebih jugak tu…..itu pasal batal saja niat ke sana.
Projek gagal.............
Wednesday, December 10, 2008
Bumi perlu perisai khas asteroid

VIENNA: Sekumpulan saintis antarabangsa meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera mewujudkan sistem 'perisai khas' bagi melindungi bumi daripada ancaman hentaman asteroid atau tahi bintang.
Panel Ancaman Asteroid itu menegaskan, sistem berkenaan berasaskan tiga elemen iaitu - amaran, teknologi pemusnah dan proses pembuat keputusan yang menghalang berlakunya bencana besar-besaran.
Ia turut mencadangkan agar satu rangkaian antarabangsa diwujudkan bagi melakukan usaha mengesan tahi bintang yang berada di laluan menghentam bumi.
Sistem itu juga, kata mereka, boleh membantu kerahan kapal angkasa yang boleh memusnahkan sebarang objek yang boleh mengancam planet ini.
"Biarpun kemungkinan perlanggaran tahi bintang dengan bumi agak kecil, tetapi kesan insiden sedemikian amat buruk andai ia berlaku," kata saintis itu kepada sekumpulan delegasi PBB di sini, kelmarin. � Agensi
Tuesday, December 9, 2008
Ku Milikmu
.jpg)
Meniru gaya Ku milikmu di dalam slot lestary setiap selasa jam 9:30pm.
Sinopsis Ku Milikmu Lakonan Eira Syaziera dan Zizan Nin
Sinopsis Ku Milikmu
Mengisahkan Iqbal dan Soraya yang kedua-duanya mempunyai latar belakang dari keluarga yang berada. Mereka mula mengenali di antara satu sama lain melalui internet di mana Soraya yang menjadi anak Malaysia bermastautin di Amerika Syarikat menakala Iqbal pula berada di Malaysia.
Iqbal mengenali Soraya dengan nama Kirana kerana Soraya menggungkan nama samaran tersebut di dalam internet. Perhubungan jarak jauh mereka ini telah berlarutan selama 2 tahun sehinggalah satu hari Soraya mahu pulang ke Malaysia untuk menguruskan cawangan syarikat milik familinya di samping ingin bertemu dengan Iqbal.
Iqbal terkenal dengan sikapnya yang sering berfoya-foya rasa teruja untuk bertemu Kirana buat pertama kalinya. Ketika berada di dalam kapal terbang dalam perjalanannya, Soraya terfikir untuk menguji sejauh manakah kejujuran Iqbal untuk mendapinginya bukan semata-mata kerana harta. Soraya menyuruh pembantu peribadinya yang bernama Anissa untuk menyamar menjadi dirinya untuk tempoh 3 bulan agar dirinya boleh melihat sendiri keikhlasan Iqbal. Anissa yang pada mulanya keberatan terpaksa akur dengan kehendak majikannya itu.
Setelah mengenali Kirana, ternyata Iqbal tidak menyukai sikap Kirana yang dianggapnya kasar dan tidak menepati ciri-ciri wanita pilihannya. Iqbal dapat merasakan pembantu Kirana iaitu Soraya lebih menarik dan bergaya. Setelah Iqbal mempertemukan Kirana dengan keluarganya, mereka mula berkenan dengan Kirana dan ingin mengambilnya sebagai menantu. Sebenarnya, bapa Iqbal iaitu Datuk Hussien mempunyai agenda tersembunyi untuk menjodohkan Kirana dengan Iqbal untuk kepentingannya perniagaan memandangkan bapa Kirana, Syed Muzaffar merupakan jutawan di Amerika Syarikat.
Iqbal mula berasa tersepit untuk meneruskan hubungan bersama Kirana memandangkan hatinya menafikan kewujudan Kirana namun desakan keluarganya membuatkannya dalam keliru. Manakala Soraya pula sudah mula memendam persaan terhadap Iqbal dan dalam pada masa yang sama Anissa juga sudah mula menyukai keperibadian Iqbal. Adakah Anissa akan bertarung dengan perasaannya atau dia redha melepaskan Iqbal kepada Soraya yang terkenal dengan sikap materialistik dan gemar berfoya-foya?
Saksikan kesudahan cerita ini setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3.
Monday, December 8, 2008
Sarapan Di Pagi Raya
Salam buat semua..di Hari Raya Aidiladha.
Pada tahun ini kami sekeluarga tidak pulang ke kampung.
kami hanya beraya di Taman perumahan sahaja.Aktiviti korban di surau tempat kami adalah sebanyak 4 ekor.Sebelum sembahyang raya.....pergi ke kubur anak dahulu.
Sarapan pagi yang disediakan adalah Laksa kuah merah Terengganu,wow dah lama tak makan ni....tambah banyak kali jugak ni...
Thanks to my wife kerana masakan yang Best....
Pada tahun ini kami sekeluarga tidak pulang ke kampung.
kami hanya beraya di Taman perumahan sahaja.Aktiviti korban di surau tempat kami adalah sebanyak 4 ekor.Sebelum sembahyang raya.....pergi ke kubur anak dahulu.
Sarapan pagi yang disediakan adalah Laksa kuah merah Terengganu,wow dah lama tak makan ni....tambah banyak kali jugak ni...
Thanks to my wife kerana masakan yang Best....
Lawatan Menara Taming Sari
Gambar-gambar lawatan Menara Taming Sari,Bandar Hilir,Melaka....pada waktu malam...
(gambar tidak memuaskan......)
Kita boleh menyaksikan panorama yang indah dan keseluhuran tempat bersejarah di Bandar Hilir Melaka.
Pada ketinggian 80 meter kita boleh melihat sehingga 5 KM.
Keindahannya yang tidak dapat anda gambarkan.
Nama : Menara Taming Sari (360 deg penglihatan)
Ketinggian: 110 meter
Muatan satu masa : 66 orang
Teknologi : Gyro / Switzerland
Masa : 7 minit

Gambar waktu berada di atas ketinggian 80 meter

Gambar dari bawah kedudukan Menara waktu naik

Gambar dari bawah sebelum naik ke Menara Taming Sari

Gambar waktu memasuki pintu masuk ke Menara Taming Sari
(gambar tidak memuaskan......)
Kita boleh menyaksikan panorama yang indah dan keseluhuran tempat bersejarah di Bandar Hilir Melaka.
Pada ketinggian 80 meter kita boleh melihat sehingga 5 KM.
Keindahannya yang tidak dapat anda gambarkan.
Nama : Menara Taming Sari (360 deg penglihatan)
Ketinggian: 110 meter
Muatan satu masa : 66 orang
Teknologi : Gyro / Switzerland
Masa : 7 minit
Gambar waktu berada di atas ketinggian 80 meter
Gambar dari bawah kedudukan Menara waktu naik
Gambar dari bawah sebelum naik ke Menara Taming Sari
Gambar waktu memasuki pintu masuk ke Menara Taming Sari
Subscribe to:
Posts (Atom)