Photobucket

Friday, January 14, 2011

Galaxy Futsal Bangi

Hari ni jumaat 8 malam di Galaxy Futsal Bangi bermain bersama-sama members2 opis.Setelah 5 ke 6 tahun tak bermain futsal,kini kembali beraksi untuk kali pertama.
Memang penat tak ingat rasanya,kalau paksa jugak mahu nampak bintang berterbangan di atas kepala.Nasib baiklah boleh buat 3 team,dapatlah tukar-tukar.

Aku Masih Dara (2010) DVDRip




Sofea (Raja Farah) , Hani (Diana Amir) dan Aleesya (Yana) merupakan kawan baik walaupun berlainan latarbelakang. Masing masing mempunyai pandangan yang berbeza tentang islam. Setiap malam mereka akan ke disko dan melakukan maksiat. Sofea berbeza , beliau hanya menyimpan "mahkotanya" untuk seorang lelaki yang akan membimbingnya ke jalan allah. Kemunculan Daus (Ashraf Muslim) mengubah persepsi Sofea terhadap islam. Sofea ingin berubah, malangnya ditentang oleh dua rakan karibnya. Saksikan Aku Masih Dara untuk mengetahui kesudahan filem yang menginsafkan ini

DOWNLOAD SINGLE LINK
HotFile

Thursday, January 13, 2011

Semakan Pemilih

Adakah pilihanraya dah dekat atau sebaliknya.Sebab terima SMS untuk kemaskini para pengundi luar....ni nk suruh balik kampung mengundi ker.

Ikutkan mahu jer tukar tempat mengundi,tak payah susah-susah balik kampung.

Bolehlah semak tempat pengundi di web:
http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

Ngangkung [2010] DVDRip


Sipnosis
‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.
Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli.
Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka?

Download

Monday, January 10, 2011

Aiman lelah


Hari ini terpaksa MC jaga anak sebab tak sihat.Kini jika salah seorang tak sihat terpaksalah kedua-duanya tak pergi ke tadika.Umar Aiman dah kena lelah plak....1st pergi sedut jam 20:00pm.Untuk kali kedua jam 1:30am sebab nampak teruk sangat,nak tido pun tak selesa.Yang kali ke-3 adalah jam 8:00 am dan kali ke-4 adalah 12:00pm.....untuk next sedut jam 16:30pm jap lagi.....
harap2 oklah lepas ni.......

Sunday, January 9, 2011

Pulut Lepe


Hari ni menu selera Terengganu dengan dengan pulut lepa ikan.Gambo kat atah sebelum bakor....puah hati ah makang....sebab susoh ngat cari alik KL nie....

New Collection Frigle Magnet



Koleksi terbaru FM hasil pemberian kawan-kawan dan sanak saudara yang berjalan ke destinasi tersebut.Terima kasih.