Photobucket

Monday, January 31, 2011

Adam

Umran Adam yang berusia 10bulan ++ kini dah pandai nak memanjat kerusi pula.......berjalan pun dah banyak langkah.....so kena monitor kut-kut nak panjat terpelanting ke belakang.

Tayar & Sport Rim

Hari minggu baru ni singgah kedai tayar.Apa lagi.....nak tukar tayar barulah....yang sudah botak dan makan tepi......kebetulan hari tu ramai plak orang...almaklumlah dah nak raya cina agaknya.......so ramailah yang ambil kesempatan servis kereta untuk balik kampung.

Sementara menunggu my turn dan siap sepenuhnya...acara cuci-cuci mata sport rimlah dulu.Kedai ni boleh tahan jugak banyak rim yang ada.....harga taklah tanya plak....meh kita lihat 3 photo rim mangkuk untuk tatapan pembaca blog.


RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Sunday, January 30, 2011

Restoran Char Kueh Teaw


Mencuba Char Kueh Teaw di Restoran Char Kueh Teaw Pelangi Semenyih.Ini disebabkan sambutan pelanggan amat menggalakkan.Boleh dikatakan setiap meja memang penuh hingga ke luar.itu pasal nak cuba!!!!!!

Tadi singgah beli 2 bungkus .......,memang banyaklah char kueh teaw dia,..........udang pun banyak.So okey lah dengan harganya RM4

Thursday, January 27, 2011

kepok lekor




Makan kerepok lekor jerlah.....ini pun balance balik raya haji tahun lepas,rasanya ok lagi takder masalah.Untuk tahan lama,kerepok tersebut potong kecil2 dan simpan di tempat beku.

Asam Pedas BBB

Anda pernah makan di sini? Ini 1st time makan kat Asam pedas setelah member ajak makan kat situ.Masakan asam pedas waktu pergi tu,ada asam pedas ikan tenggiri, kembong, merah, pari dan beberapa lagi. Selain itu lauk biasa pun ada......
Inilah rupa asam pedas pari yang aku order.Rasanya not bad...menyelerakan.Pengunjung di kedainya sentiasa penuh walaupun banyak kedai makan sekitar tersebut.


Wednesday, January 26, 2011

Bola Futsal

Kini bola futsal baru akan menggegarkan gawang di Galaxy Futsal Bandar Baru Bangi Ahad ni.Collection akan dibuat untuk kos bola tersebut dimana telah dipersetujui sebelum ini.Bola kat situ dah uzur siap tanggal kulit lagi......dengan adanya bola sendiri barulah best.....