Photobucket

Wednesday, March 9, 2011

Live Pakistan vs. Malaysia 09/03/2011: Tiada Siaran Langsung

Sebentar lagi kita bakal menyaksikan Pakistan bakal melayan kunjungan Malaysia pada pusingan kedua kelayakan Olampik dimana perlawanan pertama dahulu menyaksikan Malaysia berjaya mengalahkan Pakistan di Bukit Jalil dengan 2 gol.


Namun dalam keghairahan peminat bola Malaysia untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan itu di Astro dan TV1, ada satu perkhabaran yang kurang enak didengari. Kemungkinan siaran langsung tidak akan dapat disiarkan berikutan masalah yang timbul di stesen television Pakistan. Astro secara rasminya telah menyatakan masalah itu di Facebook.

Tuesday, March 8, 2011

sekolah

Dah call sekolah jap td ….memang betul kena register online kemasukan tahun 1 bagi sesi tahun depan walaupun dah daftar sebelum ini. Katanya arahan dari jabatan pendidikan Selangor untuk record…….dah lah takder apa-apa info dari sekolah atau arus media……bagitahu……yang tak tahu tu macam mana plak yer……

Dah siap semuanya…..kena hantar ke sekolah plak copynya berserta dokumen yang di minta.

Monday, March 7, 2011

Pendaftaran Sekolah (Online)


Sekarang dah pakai online registration utk anak darjah 1 tahun 2011.Kini dibuka sehingga 20 April 2o11.
Dah cuba check online mykids tiada dalam rekod.Mungkin pihak sekolah tak update walaupun dah register manual di sekolah.

so besok kena call sekoah adakah sah daftar manuaal atau kena online balik

Sunday, March 6, 2011

Perlawanan pertama Safee Sali


Keputusan perlawanan pertama antara Pelita jaya vs Sriwijaya FC membuahkan hasil oleh safee untuk 1 gol yang mana membawa kemenangan kepada Pelita Jaya.Beliau juga menjadi pemain terbaik untuk perlawanan tersebut.

Tahniah buat Safee sali membawa kebanggaan rakyat Malaysia

Dalam Kenangan

Hari ini bertukar milik pada seseorang........tinggal kenangan sepanjang perkhidmatannya

Saturday, March 5, 2011

stabilizer bar Ultra Racing-Sale



Untuk dijual sesuai untuk Waja dan Gen-2.Ori Ultra Racing
Harga RM100

Friday, March 4, 2011

Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder

MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.

Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.

Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.

Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.

Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.

Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.

Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam. Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda. Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.

Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.