Photobucket

Tuesday, November 1, 2011

Bus stand lama

Ini adalah bus stand lama kuala Terengganu yang terletak di tengah-tengah bandar.Sekarang dah jadi tapak stesen teksi kerana dah ada pembinaan yang baru.
Banyak kenangan waktu ini dimana zaman sekolah dulu.Tambang bas pun murah...kalau hari minggu,memang ramai orang yang menaiki bas sampai ke tangga....dan kadang-kadang aku tak sempat nak bayar dah sampai ....hehhehe....
Di lorong-lorong situ banyaklah peniaga yang menjual air tebu,keropok dan juga digelar lorong bombay.....kira banyaklah kedai-kedai keset kat situ

Kejohanan Futsal EOCM 2011


KEJOHANAN FUTSAL EOCM 2011 PADA 30 OKTOBER 2011 BERTEMPAT D FERRO FUTSAL SUBANG.

Inilah pasukan aku Geng Ari yang menjadi Johan Futsal CR 2011.
tu dia aksi iklan sos chili
allo bang.....no berapa tu....
team juara bersama piala
Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai.tp ramai dah pulang waktu ni

Tuesday, October 25, 2011

DIY tabung gula

DIY untuk bekas(tabung)gula.Tabung ini dapat dari kawan dimana rupanya memang lawa kalau dipandang.DIY hanya untuk menanggalkan kesan gam sticker sahaja yang banyak terlekat pada tabung tersebut.
autosol digunakan untuk menanggalkan segala kesan gam pada tabung tersebut.
Ini sebahagian yang telah digosok untuk penutupnya dengan menggunakan autosol
rupa gam yang masih terlekat
acara mengosok sedang dilakukan

inilah hasilnya setelah gula atau apa saja yang nak disimpan.

Sunday, October 23, 2011

Nasi dagang

Pagi ni makan Nasi daganglah plok....sempena Ganu boleh pergi peringkat akhir piala Malaysia

rupa kukusan yang dah siap masak nasi....

inilah hasil nasi dagangnya...cukup2 untuk 6 orang makan

lauk ikan ayer yang terbaik terutamanya kepala

dah siap sedia menjamu selera bersama keluarga

Saturday, October 22, 2011

Final Piala Maaysia 29 Oct 2011

Tahniah Negeri Sembilan dan Terengganu yang melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan lawan masing-masing dalam separuh akhir piala malaysioa 2011. Kepada pasukan-pasukan lain, cuba lagi untuk edisi akan datang.

Thursday, October 20, 2011

Raya Tak Jadi [2011] DVDRip

Best jugak layan cerita Raya tak jadi yang mengisahkan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.


ada sesiapa yg nk mendownload bolehlah klik disini

Fileserve Download

Fileserve

Mediafire Download

Mediafirel




Wednesday, October 19, 2011

Rim Kriss

ada sesiapa berminat.....nak tolak murah2 jer....