Photobucket

Wednesday, February 27, 2013

Sup Tulang Janda Baik Sg.Besi



Sup tulang janda baik terletak di sg.besi berhampiran lapangan terbang sg.besi.Yang tahu ni,dari rakan-rakan duduk sembang pasal makan dan juga pernah keluar dalan JJCM.Itu yang membuatkan nak test rasa.
Memang meletop sup tulangnya dan daging  pun banyak.Nak kena repeat lagi ni.



Monday, February 25, 2013

TT Sticker

TT Sticker adalah TT penyerahan borang pendaftaran Exorian Ros dan tampal sticker baru.Acara telah diadakan di Stadium Mini Shah Alam dengan kehadiran hampir 70 pesawat.Alhamdulillah sambutan amat mengalakkan,Semoga EOCM gah di mata dunia.

Beberapa photo di tempat kejadian








Friday, February 22, 2013

Ice-cream


Kalau disebutkan ice-cream dan dimakan waktu musim panas memang sedap sekali.
Alhamdulillah hasil usaha Mem. dapatlah menghasilkan ice-cream buatan tangan sendiri.
Recipe dapat dari jiran-jiran dan pakai pakcik google ajer…..
Rasanya memang sedap mengalahkan ice-cream dekat kedai.Lepas dah tak perlu beli lagi.


Tuesday, February 19, 2013

Birthday Aiman



Sambutan Ulangtahun ke-6 diadakan secara bersahaja buat anakda Umar Aiman.Antara yang hadir adalah anak-anak jiran dekat rumah .......simple tapi meriah.





Monday, February 18, 2013

Pantai airport

Beriadah bersama anak-anak selepas makan ikan celop tepung di Pantai Airport.Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di pantai airport ini.Salah satunya adalah bermain laying-layang,menunggang kuda ,berkelah bersama keluarga dan sebagainya. Jika waktu dahulu pantainya agak dekat dengan jalanraya tetapi kini dah ditambak pasir serta banteng batu untuk mencantikkan lagi pemandangan pantai.Jika anak nak bermain pun senang.
Usmana menunggang kuda dengan bayaran RM3 untuk satu orang sebanyak 3 kali pusingan.

Layang-layang yang dijual di pantai airport
anak-anak yang begitu gembira sekali setelah dapat bermain-main di pantai.

Thursday, February 14, 2013

Ikan celup Tepung

Pekena ikan celop tepung di belakang airport Kuala Terengganu,Sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan dimana banyak gerai makan yang baru wujud.Suasana pun dah lain,boleh dikatakan sepanjang jalan penuh dengan kenderaan....ini mengalahkan pantai batu buruk.
Tunjuk 3 ekor dulu...agak mahal ikan kembong RM4 seekor.....nasib baiklah bersaiz besar.
hahhahah...dah tinggal sedikit  sotong celop tepung...baru nak snap gambo.....
tu dia tinggal rangka sahaja setelah dikerjakan,

Wednesday, February 13, 2013

Satar Kemaman

Sempena cuti Hari Wilayah bebaru ni sempatlah balik kampung di Terengganu.Ontheway balik tak lupa singgah di geliga Kemaman,pekena satar dan otak-otak.Untuk pemgetahuan kedai yang biasa beli dulu dah tak sedap macam biasa.Saiznya dah kecil jauh sekali bezanya
 Ada satu kedai di bawah pokok,yang ni memang best dan terbaik.Sempatlah singgah waktu nak balik ke KL
Pada cuti raya cina naklah  singgah sekali lagi,tapi hampe kedai tutup.So hanya singgah kedai sebelah sahaja.Kebetulan kedai tersebut ada juga menjual satar.
Menu lain pun ada  termasuklah nasi minyak,nasi lemal,nasi dagang dan macam-macam lagi.
Inilah nasi minyak yang di order......rasanya not bad oklah.....
Ni nasi lemak,anak yang order.....ikannya lain sikit iaitu ikan rebus,nasib baik sambal sedap.