Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya
tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang
benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an
itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak
di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang
saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan
tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak
lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk
mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama Ada
mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun
lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi
pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus
dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal
dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua,
Umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya
sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di
tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas
semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik
saya, Rafeah.
Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak
kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin
banyak yang keluar.
"He, Ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak
sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45
minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami
memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila
semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik
Sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila
mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana
kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari
sahaja.
"He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik saya.
Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami
sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya
di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah
sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah
bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami
tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak
mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu
Dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain
kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung
dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya
mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik
sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor
pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama
saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang
dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa
hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan
segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu
semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat
arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah, saya
sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi
untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti
membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh
menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup
bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya
terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum
mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian
dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya.
Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja
pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang
benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.Ketika
jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup
panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya,
jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur
siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang
lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang
hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga.
Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah,
cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.
Masing-masing menghembus nafas lega.
Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri
tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat
dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang
membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih
yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup
sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran
Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti
kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah
salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah,
memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke
atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin
ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan.
Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam,
hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai
tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan
itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar
membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan
keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku
menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih
hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri.
Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya
lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca
kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali
petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar,
tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya
Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya.
Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada
sebarang kesan najis.
"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung
kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum
menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu
selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak
mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan
takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.
Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang
besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24
ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja
mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali
pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah
perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang
halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah
Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai
seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong
orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza
dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau
mencaci tetapi itulah hakikatnya.
Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan
agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah
selamat didunia dan akhirat.
P/s: Kepada Kaum Hawa janganlah cepat melatah,
jadikan ia sebagai pengajaran.
Kaum Adam pun sama-samalah ambil iktibar
No comments:
Post a Comment