Photobucket

Wednesday, January 6, 2010

Tadika Mimos


Salam semua blogger,Selamat tahun baru dengan 1st topic iaitu anakku ke Tadika.
Kini anak aku dah masuk 5 tahun dan bermulalah alam pra persekolahan di Tadika Mimos.Tahun depan
mungkin adiknya turut bersekolah bersama bagi umur 4 tahun.

Waktu register dan collect baju uniform tadika,anak aku memang excited untuk pakai dimana siap mandi
lagi.Selain itu dengan adanya beg dan kasut baru bertambahlah semangatnya.....
Adiknya hanya pasrah je.....tengok abangnya beruniform sekolah.Aku hanya membeli beg sahaja bagi
dia suka kerana kasut dan baju tak dapat.......pertanyaannya ada juga "adik punya mana"kita boleh
nampak riaksinya bertapa sedihnya...

Pada hari pertama di tadika anak aku menangis kejap sahaja mengikut info dari cikgunya
dimana beliau telah mencari aku......
Ini gara-gara aku nak simpan kereta kejap dan pi usar balik lepas tu......waktu usar tu nampak
ok jer bermain mainan disitu......aku malaslah nak tegur ...just cabut gitu jer......




Pada keesokkannya bersemangat juga nak ke sekolah tetapi setelah jejak dalam kelas
dia pun dah mula nak nangis.....bila aku nak gerak ke opis....cikgulah yang menenangkannya.
waktu balik mengambilnya memang ada perbezaan di hari pertama dan kedua....ini mungkin dah ada
kenalan baru yang bermain bersama.Aku panggil pun tak dengar asyik bermain jer.....
Harap-harap hari berikutnya takder masalah.......


No comments: