Photobucket

Friday, July 30, 2010

Cameron Highland





Pada 24 dan 25 July 2010 satu summer camp tadika Mimos telah diadakan di Cameron Highland dimana satu biji bas bergerak ke sana.Aku mengambil peluang tesebut bercuti sekali dengan menginap di Hotel Wira Awam di Brincang.Jarak dengan banglo penginapan budak-budak tadika hanya dalam 100m sahaja.
Sebanyak 5 biji kereta konvoi dengan bas waktu mendaki bukit melalui Tapah.
Segala aktiviti yang diadakan oleh pihak tadika hanya BBQ sahaja pada sebelah malam aku sertai.Aktiviti berakhir pada jam 2 petang dimana, semuanya selesai makan tengahari.
Aku mengambil terus anak dan membawa pulang menaik kereta.
Gambar di Cameron Barat setelah pekena tea di kaki bukit....memang view menarik jika berkunjung disini.
Ini adalah jagung bakar yang begitu manis sekali dan sedap rasanya.Sempat jugak aku membelinya 2 longgok.

Lagi gambar sekitar perjalanan di Cameron Highlands


No comments: