Photobucket

Sunday, October 3, 2010

Open House

Pada minggu-minggu terakhir bulan syawal pada kali ini, bertambah banyak pulak undangan rumah terbuka.Pada hari ini sahaja ada 3 undangan....Untuk pit stop pertama di Cheras,Jalan ikan Mas....sepanjang perjalanan ke sana amat sesak.Alhamdulillah sampai juga di sana dengan hidangan yang amat menarik dan menyelerakan.

Untuk undangan ke 2 adalah pi Puncak Jalil, dimana jalan MRR2 pulak jem...terpaksalah layan sehingga sampai di sana.Perut ketika itu ala-ala kenyang lagi.....tapi terpaksa jugak layan makan maklumlah rumah terbuka.....terpaksalah jamah sedikit apa yang patut.

Last lokasi adalah di Saujana Putra.....dengan melalui highway baru SKVE dimana betul2 exit di pintu masuk Saujana Putra......memang cepat dan menjimatkan masa melalui highway baru ini dengan kadar tol RM1.90.Time ni perut dah boleh diisi dengan selesa kembali....sehinggalah pulang ke rumah pada jam 20:00pm.

Tapi sebelum itu dah ada Hari Raya Gathering opis di Bukit Jalil Golf Resort dan Dept untuk dua hari berturut-turut.Dua hari ini makan kambing golek sahaja.....memang berbaloi-baloi.....

antara anak-anak Tadika Mimos yang turut hadir pada Majlis tersebut dengan diiringi oleh cikgu-cikgunya.
Kambing golek yang akan dikerjakan oleh semua di dalam gambar tersebut

No comments: