Photobucket

Friday, February 8, 2013

Baby hidung sumbat

Bagaimana anda rasa jika baby anda mengalami hidung tersumbat dan sukar bernafas?Tentu anda rasa risau  dan tak boleh tido malam gara-gara baby tak selesa minum susu dan tido.

Bebaru ni baby Uwais Aisar baru sahaja lepas 40 hari telah mengalami selesema dan hidung tersumbat,Kejadian ini disebabkan dari jangkitan dari abang-abangnya yang selesema yang mana asyik duduk sayang adiknya.

Cara yang paling senang untuk mengatasi masalah baby hidung tersumbat adalah dengan menyedut hidung baby dengan mulut kita sendiri.Tentu ada dikalangan kita yang rasa geli untuk melakukannya,.Demi anak kita sihat anda harus juga lakukannya.

Atau anda boleh juga menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan minyak kelapa dan sapu dibahagian T hidung baby tersebut  ataupun dengan menggunakan kunyit hidup yang diasah dan disapukan pada T hidung juga.

Untuk Uwais Aisar ini,cara sedut menggunakan mulut hanya sekejap sahaja lega kerana ada taik hidung yang keras kat dalam sana,Cara yang sesuai adalah dengan menggunakan spray yang dibeli di farmasi untuk mecairkan taik2 hidung serta selesama tadi.

Caranya dengan mengiringkan baby dan semburkan ke dalam hidung dengan satu picitan.Biarkan dalam seminit dua dimana hidung akan berair dengan kesan semburan tersebut,Lepas tu buat sebelah sana pula,Lepas tu kita dikehendaki menyedut dengan mulut lepas 2 ke 3 minit.
Alhamdulillah hidung Aisar dah ok dengan 3 kali guna.

No comments: