Photobucket

Thursday, August 26, 2010

Kedua UA Demam


Hari ini masuk hari ke-5 Usman Affan demam.Pergi ke tadika pun hanya hari isnin sahaja.Temperaturenya memang tinggi........ sekali sekala temp. boleh mencecah 39++.Waktu yang teruk demamnya adalah waktu tengahari dan malam.Setiap jam terpaksalah monitor temp.terhadapnya.Keadaan tersebut, terpaksalah ibunya dan aku mengambil cuti untuk menjaganya mengikut giliran.

Pada petang semalam ,terima panggilan dari pengasuh mengatakan Umar Aiman pulak deman panas.Ini membuatkan risau disebabkan sejarah sawan yang lalu takut berulang terhadapnya.Nasib baiklah hari tersebut ibunya cuti menjaga Affan demam dan bolehlah menghantar ubat buntut ke rumah pengasuh.Selepas memberi ubat ,barulah temp.nya makin menurun dan panas kembali sebelah malam,terpaksalah bawa pergi ke klinik mintak ubat.

Pagi ini bawak kedua-duanya berjumpa ustaz mintak air tawar.Harap-harap besok Usman Affan boleh kembali ke tadika.Sekarang nampaknya kedua-dua tak boleh duduk diam kat rumah .....biar je dia main bagi berpeluh sikit.

Coretan 26.Aug.2010

Kuih raya-Sarang semut


Tahun ni projek membuat kuih raya sendiri sepenuhmya.Kuih tunjuk-tunjuk mungkin takder langsung,jika ada pun hanya kek lapis sahaja.Buat permulaan atau starting dengan kuih raya sarang semut.Penyediaan untuk membuat kuih ini senang sahaja.
Anak-anak memang suka makan kuih ini,tengok kuih dalam balang tu habis dimakannya.Kira berbaloi-baloi membuat sendiri dari membeli di kedai.Tapi jika nak membuatnya memerlukan masa dan komitmen.
Gambar kuih sarang semut di dalam balang
Kuih sarang semut yang siap untuk di bakar.

Wednesday, August 25, 2010

Beronok buat berbuka puasa


Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut.
Semalam berjaya menyediakan beronok seperti gambar di atas,memang menyelerakan.

Saturday, August 21, 2010

Krimer

Buat berbuka puasa hari ini,lama dok makan krimer ni......Selamat Berbuka Puasa semua.

Thursday, August 19, 2010

Juadah berbuka puasa

Inilah kuih yang dihasilkan oleh air tangan my wife buat berbuka puasa baru-baru ini.Rasanya memang best setelah sekian lama tidak merasainya.Namanya ialah buah bom,itu nama panggilan dari Terengganu.Jika di negeri lain entahlah apa namanya.
Yang ni pulak onde-onde atau kuih melaka......Biasa dijumpai pada bulan puasa sahaja.Memang sedap semuanya....terubat masakan kampung.....

*photo hanya hiasan.
photo sebenar blur

Thursday, August 12, 2010

1st day Ramadhan


Alhamdulillah selesai sudah hari pertama berbuka puasa pada tahun ini.1st day puasa aku terkena demamlah plak.waktu tengahari nak solat zuhur dah terketar-ketar kesejukan masa ambil air sembahyang....dahlah econ kat opis tu sejuk tak ingat.Waktu berbuka puasa,mulut nak makan pun tak sedap..terasa tawar jer.....dan terbongkang kejap....melepaslah ke tarawih malam tu.
Malam tu jugak pergi klinik dan Dr. pun offer MC...apa lagi sambar jerlah orang nak bagi.