Photobucket

Saturday, June 30, 2012

Sukan Tahunan Sek.keb.

Hari ini adalah hari sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma.Anakda Usman Affan terlibat dalam 2 acara. Hanya satu acara telah mendapat tempat pertama.

Yang tak seronoknya anakda yang dapat tempat pertama tidak dapat hadiah gara-gara kesilapan guru dalam proses penyampaian hadiah.Mak ayah yang menonton dari jauh bukan main bagi sokongan buat anak-anaknya untuk menang.Anak-anak dah bising dengan kata-kata "apalah cikgu ni dapat no 1 tak dapat hadiah".

Adalah beberapa keluarga dari kumpulan tersebut telah bertanyakan guru berkenaan kes ini.Akhirnya dia mintak maaf di atas kesilapannya..dan akan bagi waktu sekolah nanti .......tak seronoklah budak tu.....kalau mak bapak tak bertanya...mesti cikgu buat senyap jer....

oklah.....tengok gambolah plok



Thursday, June 28, 2012

Jalan Kembali:Bohsia 2 (2012)

 
DOWNLOAD

My Birthday

Hari ni adalah my birthday.......begitu sekejap sahaja masa berlalu tanpa menunggu kita.....

Alhamdullillah Allah telah memberi kesihatan yang baik pada diri ku ini dan keluarga.

Di FB ramai rakan-rakan memberi ucapan,jika tiada FB mungkin mereka tidak tahu birthday aku hari ini.

Terima kasih banyak-banyak buat my wife yang menghadiahkan buku " RASULULLAH"

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.
Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

Ceramah Ustaz Azhar Dataran Shah Alam



 
 

Tuesday, June 26, 2012

MC Donalds

Baru jer selesai makan MC D dengan keluarga sempena birthday aku,w/pun birthday sebenarnya 2 hari lagi.Ini gara-gara anak nak makan sangat MC D atau nak permainan jer.
Tapi takperlah , gaji dah masuk....so bolehlah makan.

Mek comel


mek comel
 
Makanan tradisional Terengganu.....resepinya mudah je
Mungkin dah ramai yg tahu membuatnya

Bahan - bahannya:
  • Ubi Keledek ( kat trg keledek dinamakan Ubi Stele
  • Tepung gandum - secukupnya
  • gula
  • minyak masak utk menggoreng
Cara - caranya:
  1. Keledek direbus dan dipenyek. Berapa byk keledek tu, dok kisah…ada yg wak2 butir jer…....itupun byk gak dapat kuih mek comel ni...
  2. Selepas tu masukkan tpg gandum sedikit demi sedikit sehingga dpt doh yg diingini....kalau boleh jgn byk sangat buh tpg nanti dok rasa ubi plok....cukup boleh dibentuk, stoplah .
  3. Kemudian bulat2kan doh tadi dan masukkan gula ke dlm setiap doh tadi....slps tu bujurkan...dan bolehlah digoreng....
  4. Ingat!...dlm adunan tadi jgn sekali2 ditambah air...