Photobucket

Thursday, February 25, 2010

Umar Aiman deman panas

Keadaan Umar Aiman yang tak sihat


Jam 10 malam,21 feb,Umar Aiman telah deman.
Aku bawak pergi ke klinik yang berdekatan dengan rumah.
Demannya bertambah kuat pada jam 2 ke 3 pagi dimana suhunya bermain antara 38 ke 39.8. sahaja.
Walaupun aku basahkan kepalanya suhu still sama macam tu dari malam tu.

Pagi tu jugak pergi ke klinik yang sama dan masuk ubat bontot.Dr. telah buat surat rujukan supaya membuat rawatan lanjut di Hospital kerana deman tak surut.Aku telah membuat pilihan untuk ke Hospital Kajang Plaza medical Center Kajang (KPMC).Disitu Dr.telah mengambil darah untuk di test dan keputusan ok.Alhamdulillah risau jugak dibuatnya. Dr.check paru-paru semuanya ok dan suruh sentiasa basahkan kepalanya dan juga offer jika nak masuk wad untuk rawatan susulan.
Aku pilih balik jerlah dan monitor dirumah sahaja......dari jam 4 pagi sampai ke petang suhunya sama tak lari dari 38 ke 39.++ juga.Pada jam 5 petang aku bawa semula Aiman ke KPMC untuk di periksa keadaannya.
Waktu dalam perjalanan,dimana tak sampai 4Km Aiman telah kena sawan .....ini mesti dah cecah 40 lebih dan oksigen tak sampai ke otak.Nasib baiklah ada air dalam kereta.....buat sapu kepalanya sehingga dia sedar. Kejadian tersebut ada dalam 2 ke 3 minit jugak.Lepas sedar terus sahaja ke KPMC dan terus masuk wad.
Di wad 2 malam jugak menginap......pada malam pertama tu demannya still tinggi jugak......sempat jugaklah
2 kali masuk ubat bontot.....itu pun tak jadi apa....Demannya sekejap ok sekejap tinggi.
Rupa-rupanya dekat anak tekaknya ada ulsur dan tonsen.
Keadaan Umar Aiman sekep ok sekejap tak

Pada malam ke 2 baru lah ok demannya sampai boleh balik t.hari tersebut,dimana Dr telah memberi ubat deman dan pain relief dimana selang 4 jam sekali.
Sebanyak 2 1/2 botol jugaklah masuk air dalam badannya......
Walaupun boleh balik tengahari tersebut,pada petang itu badannya still panas jugak....suhunya cecah ke 38++.
Ini mungkin cuaca yang begitu bahang sekali dan dia pun tak berapa nak ok lagi....sebab ulsurnya belum
baik sepenuhnya.Aku terpaksa juga monitor walaupun malam tu suhunya dah ok......still kena tidur-tidur ayam.

Aku terpaksalah EL 2 1/2 hari...untuk jaganya di KPMC.Lupa plak nak mintak MC dengan Dr....aduhai....
Dan ucapan jutaan terima kasih buat semua kakitangan di KPMC terutamanya Dr.Saiful yang telah merawat anak aku.


Rupa budak yang dah sihat

2 comments:

ibu ilham said...

dah ok ke skang anak abg sab??semoga cepat sembuh ye... abg sab jd la follower saya.. hihihihihi

irbas said...

ok.....jangan lupa jadi follow saya juga.....anak dah sihat