Sabtu,memandangkan wife taklarat nak buat kerja disebabkan
tengah sarat mengandung,aku mengambil alih untuk memasak
tengahari.Menu untuk tengahari tersebut merangkap ke malam
adalah Nasi Ayam Madu.Aku perkenakan minuman oren bersama
nasi ayam madu.Sesiapa yang nak cuba buat bolehlah follow
seperti di bawah.
tengah sarat mengandung,aku mengambil alih untuk memasak
tengahari.Menu untuk tengahari tersebut merangkap ke malam
adalah Nasi Ayam Madu.Aku perkenakan minuman oren bersama
nasi ayam madu.Sesiapa yang nak cuba buat bolehlah follow
seperti di bawah.
Bahan untuk nasi
3 pot beras (untuk aku 4 beranak sampai ke malam).
3/4 halia.
2 biji bawang putih.
2 helai daun pandan.
1/2 sudu kecil garam.
2 sudu besar planta.
secubit ajinamoto.
air paras sukatan beras tadi.
Cara untuk membuat Nasi Ayam
Memandangkan aku guna periuk letrik..terpaksa tumis dalam
periuk lain dahulu.Panaskan periuk dengan planta tadi.
Kemudian masukkan halia bersama bawang putih yang telah
ditumbuk lumat ke dalanm periuk yang telah panas tadi.
Masukkan daun pandan sekali.Tumiskan sehingga naik bau
dan masukkan garam,secubit aginamoto dan
air(mengikut sukatan paras beras).
Lepas tu tuangkan air ke dalam periuk letrik bersama
beras tadi.Kemudian tutup dan biarkan ia masak.Nasi akan
menjadi kekuning kuningan bila masak nanti dan berbau harum.
Bahan untuk Sos
5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia.
1 sudu besar cuka.
garam dan gula secukup rasa
sedikit air.
Cara untuk membuat Sos
semua bahan tersebut dimasukkan sekali dan
dikisar.Rasa sekiranya ada kurang tambah garam gula
mengikut citarasa.
Bahan untuk Sup
Ayam (untuk rebus sahaja)
minyak masak (untuk tumis)
Bawang putih yang telah dikisar.
daun sup (potong halus)
garam/gula secukup rasa.
Cara untuk membuat sup
Panaskan periuk dengan sedikit minyak masak.kemudian
masukkan bawang putih yang telah dikisar tadi.Setelah
naik bau masukkan air(air mesti dapat menenggelamkan ayam).
Kemudian masukkan ayam dan rebus sehingga mendidih.
Jika nak tahu ayam dah masak cucuk peha ayam.
Angkat ayam yang telah masak dan sejatkan untuk digoreng
nanti.Kemudian masukkan garam dan gula ke dalam sup
secukup rasa.Tutup suis dapur dan taburkan daun sup kedalamnya.
Bahan untuk ayam
ayam
kicap
sos tiram
madu
Cara untuk ayam goreng madu
ayam yang telah direbus dan disejat tadi hendaklah di gaul
bersama sos tiram,kicap dan madu.(semua ini bergantung
kepada kita...nak lebih yang mana....aku madulah lebih).
Perapkan ayam tersebut dalam 5 ke 10 minit.Kemuadian goreng
dalam minyak panas.(sekejap
sahaja sebab ayam dah masak).Potonglah ayam tersebut untuk hidangan.
So siaplah jamuan tengahari aku bersama "Nasi ayam madu aku".
Jangan lupa sediakan daun salat,tomato,
timun batang....sebab jika tiada sayur tersebut tak bestlah nak makan.
Terima kasih kepada wife kerana memuji masakan aku...ehhehheh best
plak rasa masakan aku.....
Selamat menjamu selera.....Perhhhhh!!!!best kena bersama air oren dimusim panas ni.
Pada ahad plak aku hanya menyediakan nasi goreng sahaja bersama keropok keping
dan air Oldtown white coffee ais.
Jangan lupa sediakan daun salat,tomato,
timun batang....sebab jika tiada sayur tersebut tak bestlah nak makan.
Terima kasih kepada wife kerana memuji masakan aku...ehhehheh best
plak rasa masakan aku.....
Selamat menjamu selera.....Perhhhhh!!!!best kena bersama air oren dimusim panas ni.
Pada ahad plak aku hanya menyediakan nasi goreng sahaja bersama keropok keping
dan air Oldtown white coffee ais.
4 comments:
waaaa... terer la abg sab... kalah saya nie... huhuhuuhu.. :)
Husna lagi terror kut...:)
fuhh..buleh buka kedai nasi ayam ni..gerenti kalah nasi ayam sg besi.
hehhehe....Amin
Post a Comment