Photobucket

Monday, March 8, 2010

Masakan Hari Minggu




Masakan hari minggu yang dapat aku sediakan ialah kari kepala ikan merah.
Wife still tak larat nak buat kerja berat,masih menunggu masa sahaja nak
bersalin.

Bahan-hahan
kepala ikan merah
bendi
tomato
daun kari
bawang merah,putih dikisar
asam jawa
rempah kari ayam
garam + gula

cara-cara membuat
panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar sebanyak 4 sudu besar
(sebab tak pakai santan) dan daun kari.tunggu sampai pecah minyak.
Masukkan sedikit air yang digaul bersama asam jawa dan tapis.
Masukkan rempah serbuk kari 5 ke 6 sudu(bergantung keadaan air).
Jika air mendidih tambahkan air mengikut kesesuaian kepala ikan.
Lepas tu bolehlah masukkkan kepala ikan merah bersama bendi dan tomato.
Garam dan gula secukup rasa dan tunggu sehingga masak.



selamat menjamu selera.

No comments: