Pada sebelah petang berjalan-jalan ke Nilai 3, Negeri Sembilan. Jarak dari rumah mengambil masa dalam 30 minit.Perjalanan melalui jalan lama iaitu melalui batang benar dan terus ke Nilai.Sewaktu perjalanan ke sana, arah berlawanan terdapat kenderaan yang begitu banyak sekali. Kebanyakan kenderaan ingin memasuki highway silk dan mungkin baru pulang dari kampung dimana persekolahan akan bermula 2 hari lagi.
Di Nilai 3 aku ingin mencari karpet lap kaki sahaja.So sempatlah aku singgah di gedung karpet yang terbesar di tepi jalan.Di dalamnya memang penuh dengan karpet yang cantik-cantik.Harganya pun boleh tahan jugak tapi memang berbaloi jika boleh memilikinya.
Ni anakda yang tak boleh duduk diam,asyik nak panjat atas karpet jer....seronok sangatlah tu dapat tengok karpet yang pijak tenggelam kaki.
Lihatlah karpet yang begitu banyak sekali dengan timbunan yang pelbagai corak dan warna.Karpet yang di gantung tu corak dia semuanya menarik.
Jalan-jalan mencuci mata sahaja sepanjang gudang dengan pelbagai harga yang di gantung.
No comments:
Post a Comment