Photobucket

Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu-Tinggal sejarah


Sebahagian daripada penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal yang terletak di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur mula dirobohkan malam semalam.

Penjara yang dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar itu pernah digunakan sebagai tempat tahanan tentera bersekutu yang ditawan oleh Jepun ketika perang dunia kedua.

Jentera berat termasuk jengkaut, traktor dan sebagainya digunakan bagi merobohkan sebahagian daripada 394 meter tembok yang mengelilingi penjara itu bagi projek kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu.

Projek berkenaan yang bermula malam semalam akan berlangsung sehingga 24 Jun ini.

Pembinaan penjara Pudu yang dibuat secara berperingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1895 manakala temboknya mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892.

Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negera jajahan British.

Semasa Perang Dunia Kedua, ramai tentera bersekutu dibunuh dan diseksa di penjara berkenaan.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di Dewan Rakyat berkata Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia.

Awang Adek menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji perkara itu dan memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai sebuah tapak warisan.


AL-Kisah di Penjara Pudu

Berlaku di Penjara Pudu KL di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang² tertentu sahaja. Sebelum Penjara Pudu di tutup dulu pernah di ceritakan bahawa terdapat 1 bilik di panggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu di tutup. Ia di namakan “BILIK TERAKHIR” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah di katakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri & berbagai lagi perlakuan kerana mnyesali kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu kerana di katakan x kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah di ketahui mereka. Menurut kata warden2 yg masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongn Penjara Pudu di jalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut. x kurang juga ada di antara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka & kemudian x pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yg dipanggil bagi memulihkn bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yg sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh2 pesalah yg mati di tali gantung tersebut x tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai2 seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira2 lebih kurang pukul 1 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari2 berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasn itu..

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga dari menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yg samar2 itu sambil meninjau2 didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun di dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangn lalu menjelmalah 1 lembaga yg mengerikan seraya berkata,

“Heyyyyyy manusiaaa. Jgn engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yg punyaaaa.. tp Ahmaaaaaad Albab yg punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yg punyaaaaaa..”

Udah tuuuuuuuuu.. pi buat keje..

Tahniah kerana anda minat membaca.


No comments: