Photobucket

Tuesday, January 19, 2010

Barang-barang Ikea

Barang-barang Ikea dalam perancangan nak jual sebab dah tak pakai setelah mempunyai Kitchen Cabinet.
Antaranya adalah seperti gambar dibawah.....

1.Rak pinggan


Kod Rak pinggan


2.Rak botol


Kod Rak botol



3.Rak penutup periuk


SOLD OUT ITEM 1 AND 2


Guppy


Setelah sebulan aquarium sepi tanpa isinya,tapi kini kembali menyeri kembali dan menceriakan suasana sekeliling.
Aku sekarang beralih peliharaan ikan lampam ke ikan guppy.Buat permulaan hanya 12 ekor sahaja dahulu.
Dari masa kesemasa aku akan tambah lagi jenis guppy yang berlainan jika rajin berjalan-jalan ke kedai ikan.

Thursday, January 14, 2010

Homework anak


Inilah hasil 1st homework yang cikgu bagi untuk anak aku.Nak suruh anak aku buat bukan main susah sekali.
Macam-macam janji aku cakap.....tak jadi apa......dia buat tak kisah jer.....
Adik dia pulak yang nak buat....hehhehhe...dan jugak 2 ke 3 garis adiknya belasah.

Kebetulan ada mini ice-cream dalam peti ais.....apa lagi aku umpanlah ice-cream tu.Jika buat homework
aku upahlah......itu pun tak jadi apa....adik dia jugak best dapat makan ice-cream.....
siap makan depan dia pun buat tak tahu.....siap tak bagi tengok kartun pun tak jadi apa.....
Dalam masa 1 jam jugak....last-last dia sendiri pergi buat.....sempatlah satu page siap.....lepas
tu terus tuntut ice-cream.....
Yang page last tu kena suruh lagi barulah nak buat sambil makan ice-cream.....
Nak kata tak pandai buat....nampak ok jer.......
Harap-harap lepas ni cikgu bagi homework dia ada keinginan nak buat...Insyaallah.

Tuesday, January 12, 2010

Selamat Pengantin Baru


Pada 9 Januari 2010 berlangsungnya raja sehari Syamsul dan Suhana di Felda Selancar 1, Segamat Johor.
Pertama sekali tahniah buat pengantin,welcome to the club.

Aku bergerak dari Semenyih pada jam 11:00 pagi.....selepas SMS Kash sebab ingin konvoi sekali.....
Walaubagaimanapun info dari Kash tak selesai lagi urusan di KL pagi tu......
Aku bertolak dahulu perlahan-lahan melalui jalan lama menuju ke Seremban....sementara Kash siap....
setibanya di bandar Seremban Kash dah settle urusannya melalui panggilan telefon......so aku pun lajak
lagi melalui jalan lama menuju ke Senawang dan exit ke Highway PLUS.....

Pemanduan aku hanya perlahan sahaja.....menuju ke Hentian R&R Air Keroh Melaka....untuk berjumpa disana.
Ketika aku sampai di R&R tak kurang 2 minit,MPVnya muncul.....perhhhh....lajunya pecut.....
Si Zizi pun turut sama berjumpa disitu melalui calling2 dari kash......
Konvoi berlangsung dengan 3 biji kereta yang diketuai oleh Gzi.....pemanduan dalam 130KM/j ke 140KM/j
sehingga exit Tangkak.

Dari Tangkak ke Selancar rupa-rupanya jauh jugak....ingankan dekat jer....itu yang gerak lewat sikit.
Jalan ke Segamat agak sesak sedikit kerana lori kelapa sawit melalauinya.....waktu tu...nak pecut pun
tak berapa....kena Q lori kelapa sawit 3 biji bersusun.....main belasah jer memotong double line .
kalau tak lewatlah sampai...
Tiba di rumah pengantin dalam pukul 3 petang...waktu tu dah takder orang....khemah pun dah nak kemas.
tapi ok lah janji sampai.....kita orang hanya berselisih dengan abg zaidi...dan chepool sahaja di
persimpangan jalan nak keluar....
kira rugilah tak jumpa geng bas sekolah yang dah lama tu......
Dalam 1 jam lebih jugak berada di rumah pengantin sebelum bertolak balik melalui jalan lama sehingga
sampai rumah......

From khaiphoto

Wednesday, January 6, 2010

Tadika Mimos


Salam semua blogger,Selamat tahun baru dengan 1st topic iaitu anakku ke Tadika.
Kini anak aku dah masuk 5 tahun dan bermulalah alam pra persekolahan di Tadika Mimos.Tahun depan
mungkin adiknya turut bersekolah bersama bagi umur 4 tahun.

Waktu register dan collect baju uniform tadika,anak aku memang excited untuk pakai dimana siap mandi
lagi.Selain itu dengan adanya beg dan kasut baru bertambahlah semangatnya.....
Adiknya hanya pasrah je.....tengok abangnya beruniform sekolah.Aku hanya membeli beg sahaja bagi
dia suka kerana kasut dan baju tak dapat.......pertanyaannya ada juga "adik punya mana"kita boleh
nampak riaksinya bertapa sedihnya...

Pada hari pertama di tadika anak aku menangis kejap sahaja mengikut info dari cikgunya
dimana beliau telah mencari aku......
Ini gara-gara aku nak simpan kereta kejap dan pi usar balik lepas tu......waktu usar tu nampak
ok jer bermain mainan disitu......aku malaslah nak tegur ...just cabut gitu jer......




Pada keesokkannya bersemangat juga nak ke sekolah tetapi setelah jejak dalam kelas
dia pun dah mula nak nangis.....bila aku nak gerak ke opis....cikgulah yang menenangkannya.
waktu balik mengambilnya memang ada perbezaan di hari pertama dan kedua....ini mungkin dah ada
kenalan baru yang bermain bersama.Aku panggil pun tak dengar asyik bermain jer.....
Harap-harap hari berikutnya takder masalah.......


Tuesday, December 22, 2009

Jubah dari Mekah


Anak-anak aku dah tak sabar nak pakai jubah baru.Ini adalah hadiah dari Pak saudara yang baru
pulang dari tanah suci Mekah baru-baru ini.
Mak aku yang bawak dari kampung kebetulan sama-sama nak pergi melihat baby baru di Muar.
Waktu sampai jer rumah terus nak pakai walaupun labuh sangat menyapu lantai.
Nasib baiklah dekat rumah ada mesin jahit.....bolehlah jahit terus.....
terus bergaya mereka berdua.........
Terima kasih Ayoh Ngoh Cek Ngoh.......

Monday, December 21, 2009

Ke Muar


Baby boy

Semalam bergerak ke Muar melihat anak saudara yang baru lahir di sana..Keluarga belah kampung dah bertolak pada sabtu lagi.So bertambahlah cucu bagi Mak ayah aku ni yang ke-15 orang dan bulan 3 ni lagi sorang akan lahir lagi Insyaallah

Pada jam 8:30am dari Semenyih ke Muar mengambil masa 2 jam sahaja. Highway takderlah sibuk mana….perjalanan lancar sehinggalah exit tol tangkak mengambil masa 1 jam 1/2.Setengah jam lagi dari tol ke bandar Muar.

Sampai disana sebahagiannya dah pergi berjalan-jalan ke Melaka.Semua budak-budak takderlah.Ini menyebabkan anak-anak aku dah puas + boring sebab takder geng……siap ajak balik rumah dah……

Layan bermain di Tanjung Emas

Seronoknya
Aku terpaksalah bawa anak jalan-jalan ke Tanjung Emas tak jauh dari situ.View dia memang menarik dan ada tempat permainan kanak-kanak.Apa lagi ajak balik pun tak nak dah …..bukan main sukalah.
Siap kelentong barulah boleh balik setelah jam menunjukkan jam hampir 2 petang…..maklumlah
perut dah panggil untuk diisi. Disitu ada tempat menjual alat-alat permainan plak….aduhai…..nasib baik anak aku tak terpengaruh
Semua itu……siap penjualnya menghala ke budak-dudak tu belon sabun dengan tiupannya.

Pada jam 3:30 lebih gitu barulah geng ronda ke Melaka baru balik…….sukalah anak aku sebab member dah ramai……ajak balik pun dah tak nak…….habislah satu rumah di tawafnya berlari-lari….dengan main pasir +air habis seluar basah……..

Jam 5:00 petang aku dah start nak bertolak balik sebab takut jem kat highway……almaklumlah cuti panjang……Memang betullah sangkaan aku tu…….sampai je area Senawang memang slow bergerak…
Last-last aku cilok masuk exit Seremban/PD lalu jalan dalam….ah lega rasanya……sehingga sampai rumah.

tunggu photo baby yer