Baby boy
Semalam bergerak ke Muar melihat anak saudara yang baru lahir di sana..Keluarga belah kampung dah bertolak pada sabtu lagi.So bertambahlah cucu bagi Mak ayah aku ni yang ke-15 orang dan bulan 3 ni lagi sorang akan lahir lagi Insyaallah
Pada jam 8:30am dari Semenyih ke Muar mengambil masa 2 jam sahaja. Highway takderlah sibuk mana….perjalanan lancar sehinggalah exit tol tangkak mengambil masa 1 jam 1/2.Setengah jam lagi dari tol ke bandar Muar.
Sampai disana sebahagiannya dah pergi berjalan-jalan ke Melaka.Semua budak-budak takderlah.Ini menyebabkan anak-anak aku dah puas + boring sebab takder geng……siap ajak balik rumah dah……
Layan bermain di Tanjung Emas
Seronoknya
Aku terpaksalah bawa anak jalan-jalan ke Tanjung Emas tak jauh dari situ.View dia memang menarik dan ada tempat permainan kanak-kanak.Apa lagi ajak balik pun tak nak dah …..bukan main sukalah.Siap kelentong barulah boleh balik setelah jam menunjukkan jam hampir 2 petang…..maklumlah
perut dah panggil untuk diisi. Disitu ada tempat menjual alat-alat permainan plak….aduhai…..nasib baik anak aku tak terpengaruh
Semua itu……siap penjualnya menghala ke budak-dudak tu belon sabun dengan tiupannya.
Pada jam 3:30 lebih gitu barulah geng ronda ke Melaka baru balik…….sukalah anak aku sebab member dah ramai……ajak balik pun dah tak nak…….habislah satu rumah di tawafnya berlari-lari….dengan main pasir +air habis seluar basah……..
Jam 5:00 petang aku dah start nak bertolak balik sebab takut jem kat highway……almaklumlah cuti panjang……Memang betullah sangkaan aku tu…….sampai je area Senawang memang slow bergerak…
Last-last aku cilok masuk exit Seremban/PD lalu jalan dalam….ah lega rasanya……sehingga sampai rumah.
tunggu photo baby yer
No comments:
Post a Comment